Meninjau atau menziarahi orang zakit sangat ditekankan dalam Islam. Banyak 
hadith Nabi SAW  mengenai kelebihan serta ganjaran daripada Allah swt keatas 
mereka yang menziarahi orang sakit. Memandangkan ianya semakin diabaikan kerana 
barangkali ramai yang sibuk dengan urusan mencari duit dan macam-macam 
kesibukan dunia yang lain maka apa yang dianjurkan oleh Nabi semakin diabaikan. 
Bahkan yang sibuk dengan urusan ibadah pergi balik masjid pun ramai yang tidak 
mengambil tahu urusan jiran/saudaranya (orang Islam yang sedang uzur/sakit), 
 
  Islam bukan agama yang sekadar menekan hubungan seseorang dengan Tuhannya 
sahaja tapi juga hubungan sesama manusia. Nabi sendiri pernah menziarahi 
jirannya ? seorang Yahudi yang selalu mengganggunya. Apabila satu hari dia 
tidak mengganggu Nabi maka Nabi berasa hairan lalu beginda pergi bertanya kabar 
dan mendapati dia sedang sakit. Maka barulah Yahudi itu mengiktiraf bahawa Nabi 
kita itu benarlah seorang Nabi dan Rasul kerana peribadinya sama sebagaimana 
Nabi/Rasul-Rasul yang telah diutuskan sebelum ini.
 
    Menyedari keadaan ini masjid di tempat saya sedang berusaha menggerakan 
aktiviti ziarah dalam kumpulan secara berterusan di mana imam sendiri ambil 
bahagian (disamping bertindak sebagai Pengerusi program). Biasanya kita hanya 
ziarah orang-orang yang rapat dengan kita tapi jika diatur secara kumpulan atas 
dasar sesama Islam tidak penting sama ada yang sakit itu rapat dengan kita atau 
tidak. Baru-baru ini jadual ziarah telah diatur tapi seorang dari yang bakal di 
ziarah yang telah lama uzur telah meninggal dunia dua hari sebelum sempat di 
ziarahi. Ini juga satu pengajaran agar ziarah harus disegerakan jika seseorang 
itu telah lama sakit. Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal
 
 

--- On Mon, 9/7/09, [email protected] <[email protected]> wrote:


From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : 7 Perkara Yang Disuruh
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>, "Abu Heakal" 
<[email protected]>
Date: Monday, September 7, 2009, 7:00 PM


 





Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita 
semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu 
meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, 
menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan 
melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.

















      

Kirim email ke