Masihkah kita ingat cerita di bawah ? Atau Melayu mudah lupa ? Inikah yang 
dinamakan pembangunan tetapi nasib orang Melayu tertindas ?

****************************
13 peniaga kecewa tindakan MPPD

Sinar Harian. TANJUNG BIRU – `Sudah jatuh, ditimpa tangga', begitulah nasib 
yang menimpa 13 peniaga di sini apabila diarahkan keluar dari premis perniagaan 
masing-masing dan tambah mengecewakan barang perniagaan telah disediakan untuk 
jualan musim cuti merdeka akan datang.

Sebanyak 13 gerai peniaga akan dirobohkan Majlis Perbandaran Port Dickson 
(MPPD) dalam masa terdekat berikutan kawasan tersebut bakal dinaik taraf dengan 
pelbagai kemudahan baru untuk keselesaan pelancongan.

Salah seorang wakil peniaga, Mohd Dahlan Mohd Yusof memberitahu, tindakan Pihak 
Berkuasa Tempatan (PBT) itu benar-benar mengecewakan mereka kerana ia dilakukan 
tanpa notis bertulis supaya premis ini dikosongkan secepat mungkin.

“Sudah 25 tahun kami berniaga di sini, dan kami tidak akan berpindah kerana 
tempat ini adalah sumber rezeki kami untuk membesarkan anak-anak.

“Walaupun kawasan ini agak terasing dari jalan utama, namun ini adalah kawasan 
pelancongan terkenal Port Dickson dan setiap minggu ia adalah tumpuan 
pelancongan,” katanya.

Beliau juga mendakwa, MPPD akan merobohkan keseluruhan gerai yang ada, tetapi 
hanya empat unit gerai dan tiga kiosk sahaja akan dibangunkan.

“Pembangunan sebegini adalah tidak adil kerana bilangan kami adalah lebih ramai 
berbanding kemudahan premis yang bakal disediakan. Kami juga terpaksa memohon 
kembali berniaga di gerai tersebut, malah bukan sahaja akan bersaing sesama 
sendiri tetapi bersaing dengan orang luar,” katanya.

Menerusi maklumat yang diterima, MPPD mengeluarkan notis perpindahan pada tahun 
2006, namun tiada sebarang notis bertulis dikeluarkan selepas itu kecuali notis 
secara lisan oleh pegawai MPPD dalam tempoh terdekat.

Peniaga juga mendakwa, mereka tidak pernah diberi cadangan untuk dibenarkan 
berniaga di sekitar kawasan iaitu ketika pembangunan dijalankan malah pengusaha 
hotel sekitar juga tidak dimaklumkan tentang penutupan lokasi itu selama 9 
bulan.

Wakil peniaga turut mendakwa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan itu 
tidak pernah turun padang dan langsung tidak mengendahkan masalah tersebut.

“Kami pernah menghubungi wakil rakyat kawasan ini untuk mengadu masalah ini 
tetapi tiada sebarang tindakan dan lebih mengejutkan kami, beliau menyuruh kami 
menyelesaikan masalah ini sendiri,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story1852566.asp
http://amkns.blogspot.com/2008/08/siapa-yang-menindas-melayu-nsembilan.html





Kirim email ke