Subject:
FW: kena baca..tuntutan rapatkan saf
Assalamualaikum...
Banyak yg terlupa pasal benda yang amat penting ketika solat berjemaah.
Perintah Dan Tuntutan Merapatkan Saf
Persoalan menjaga saf dan merapatkan saf di dalam solat adalah merupakan
suatu permasalahan yang kian terabai. Ramai dari kalangan masyarakat hari
ini, mengambil mudah dalam hal ini sebagaimana yang banyak berlaku di
masjid-masjid sekeliling kita. Saf-saf solat mereka kelihatan renggang,
tidak sekata, dan lebih mengecewakan adalah apabila para imam sendiri
tidak
ambil endah berkenaan hal ini. Sedangkan jika dilihat kepada hadis-hadis
Rasulullah s.a.w. dan atsar para sahabat, dalam persoalan merapatkan saf
ini, sungguh betapa dititik beratkan kesempurnaannya, dan malah jika gagal
menyempurnakannya, ada pula hadis-hadis yang berbentuk ancaman.
Meluruskan dan merapatkan saf (barisan) dalam solat berjamaah adalah
merupakan suatu hal yang sangat diperintahkan (dituntut), sebagaimana di
dalam hadis Nabi s.a.w., (maksudnya), "Luruskan saf-mu, kerana
sesungguhnya
meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat". (Hadis
Riwayat Muslim, no. 433) Dalam Riwayat yang lain, "Sesungguhnya meluruskan
saf itu merupakan sebahagian dari mendirikan solat." (Hadis Riwayat
Bukhari, no. 722. Muslim, no. 435) "Sesungguhnya menegakkan saf (meratakan
saf), adalah sebahagian dari kebaikan solat." (Hadis Riwayat Bukhari, no.
723)
Hadis tersebut dan hadis-hadis lain yang seumpamanya, kata lbnu Hazm,
merupakan dalil wajibnya merapikan saf sebelum dan sepanjang melaksanakan
solat. Kerana menyempurnakan solat itu wajib, sedang kesempurnaan saf
merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat, maka merapikan saf merupakan
kewajiban. Juga lafaz 'amr (perintah) dalam hadis di atas menunjukkan
wajib. Selain itu, Rasulullah s.a.w. setiap kali akan memulakan solat
(berjemaah), selalu menghadap kepada jamaah dan memerintahkan untuk
meluruskan saf, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a.
Umar bin Khaththab r.a. pernah memukul Abu Utsman al-Nahdi kerana keluar
dari barisan solatnya. Juga Bilal pernah melakukan hal yang sama, seperti
yang dikatakan oleh Suwaid bin Ghaflah bahawa Umar dan Bilal pernah
memukul
bahu kami dan mereka tidak akan memukul orang lain, kecuali kerana
meninggalkan sesuatu yang diwajibkan. (Rujuk Fathul Bari, 2/447). Anas
r.a.
ketika tiba di kota Madinah ditanya, "Apa yang engkau ingkari dari
perbuatan kami sejak sepeninggalan Rasulullah?" Dia menjawab, "Tidak ada
perbuatan kalian yang aku ingkari kecuali ketika kalian tidak meluruskan
saf-saf kalian." (Diriwayatkan oleh Bukhari di dalam Sahihnya, no. 724)
Bahkan Rasulullah s.a.w. sebelum memulakan solat, beliau berjalan
merapikan
saf dan memegang dada dan bahu para sahabat lalu bersabda, "Hendaklah
kalian meluruskan saf-saf kalian atau Allah akan membalikkan wajah-wajah
kalian." (Hadis Riwayat Bukhari, no. 717, Muslim, no. 436)
Di dalam riwayat Abu Hurairah r.a.. dia berkata, "Rasulullah biasa masuk
memeriksa ke saf-saf bermula dari satu hujung (sisi) ke hujung yang lain,
memegang dada dan bahu kami seraya bersabda, "Jangan lah kalian berbeza
(tidak lurus safnya), kerana akan menjadikan hati kalian
berselisih." (Hadis Riwayat Muslim)
Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari an-Nu'man
bin
Basyir: beliau berkata, "Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga
sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah
faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah
rapi
- pent.), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau
berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang
yang
dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:
"Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau
Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian". (Diriwayatkan oleh
Muslim,
no. 436)
Sedangkan hadis yang diriwayatkan dari Anas r.a., Beliau bersabda,
"Luruskan dan rapatkan saf-saf kalian, kerana sesungguhnya aku melihat
kalian dari balik punggungku." (Diriwayatkan oleh Abu Ya'la di dalam
al-Musnad, no. 3720, al-Mukhlis di dalam al-Fawaid (1/10/2), Sa'id ibn
Manshur di dalam al-Sunan, dan al-Ismaili sebagaimana di dalam Fathul Bari
(2/211). Sanad hadis ini adalah sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim
seperti disebutkan di dalam al-Silsilah as-Sahihah)
Imam al-Qurthubi berkata, "Yang dimaksudkan dengan perselisihan hati pada
hadis di atas adalah bahawa ketika seseorang tidak lurus di dalam safnya
dengan berdiri ke depan atau ke belakang, menunjukkan kesombongan di dalam
hatinya yang tidak mahu diatur. Yang demikian itu, akan merosakkan hati
dan
memungkinkan menimbulkan perpecahan." (Rujuk: Fathul Bari 2/443) Pendapat
ini juga didukung oleh Imam al-Nawawi, beliau berkata, "Berbeza hati
maksudnya, terjadi di antara mereka kebencian dan permusuhan serta
pertentangan hati. Perbezaan ketika ber-saf merupakan perbezaan zahir dan
perbezaan zahir adalah wujud dari perbezaan batin iaitu hati."
Sementara Qadhi Iyyadh menafsirkannya dengan mengatakan "Allah akan
mengubah hati mereka secara fizikal, sebagaimana di dalam riwayat lain
(Allah akan mengubah wajah mereka)". Hal itu merupakan ancaman yang berat
dari Allah. Sebagaimana Dia mengancam orang yang mengangkat kepalanya
sebelum imam (i'tidal), maka Allah akan mengubah wajahnya menjadi wajah
keldai. Imam al-Kirmani menyimpulkan, "Akibat dari pertentangan dan
perbezaan di dalam saf, boleh menimbulkan perubahan anggota atau tujuan
atau juga perbezaan balasan dengan memberikan balasan yang sempurna bagi
mereka yang meluruskan saf dan memberikan balasan keburukan bagi mereka
yang tidak meluruskan safnya."
Berdiri di dalam saf bukan hanya sekadar berbaris lurus, tetapi juga
dengan
merapatkan kaki dan bahu antara satu dengan yang lainnya seperti yang
dilakukan oleh para sahabat. Dari Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w.
bersabda, "Rapatkanlah saf, dekatkan (jarak) antara saf-saf itu dan
ratakan
bahu-bahu." (Hadis Riwayat Abu Daud dan an-Nasai, disahihkan oleh Ibnu
Hibban)
Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada
di
tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana
masuknya anak kambing." (Diriwayatkan oleh Abu Daud, no. 666. an-Nasa'i,
2/93. Ahmad, 2/97)
Bahkan sehingga ada sebahagian ulama yang mewajibkan hal itu, sebagaimana
perkataan Sheikh al-Albani rahimahullah dalam mengulas sabda Nabi s.a.w.
"...atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian," dengan
menyatakan, "Sesungguhnya ancaman seperti ini tidak boleh dikatakan
termasuk perkara yang tidak diwajibkan, sebagaimana tidak samar lagi."
Akan
tetapi sungguh amat sangat disayangkan, sunnah meluruskan dan merapatkan
saf ini telah diremehkan bahkan dilupakan kecuali oleh segelintir kaum
muslimin.
Menurut Sheikh Masyhur Hasan Salman (Rujuk: Koreksi Total Ritual Solat,
oleh Sheikh Masyhur Hasan Salman, m/s. 212-231):
Apabila jamaah solat tidak melaksanakan sebagaimana yang dilakukan oleh
Anas dan al-Nu'man maka akan selalu ada celah dan ketidaksempurnaan dalam
saf. Dan pada kenyataannya (kebanyakannya) para jemaah solat apabila
mereka
merapatkan saf maka akan luaslah saf (menampung banyak jemaah) khususnya
saf pertama kemudian yang kedua dan yang ketiga. Apabila mereka tidak
melakukannya, maka:
Pertama: Mereka terjerumus ke dalam suatu bentuk larangan syar'i, iaitu
tidak meluruskan dan merapatkan saf.
Kedua: Mereka menyediakan celah untuk syaitan dan Allah akan memutuskan
mereka, sebagaimana hadis dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhuma bahawasanya
Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, "Tegakkan saf-saf kalian dan
rapatkan bahu-bahu kalian dan tutuplah celah-celah dan jangan kalian
tinggalkan celah untuk syaitan, barangsiapa yang menyambung saf nescaya
Allah akan menyambungnya dan barangsiapa memutuskan saf nescaya Allah akan
memutuskannya." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 666 di dalam Sunannya.
Disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dan al-Hakim)
Menurut Sheikh al-Albani (rahimahullah) , "Yang benar, menutup ruang
kosong
di antara saf hukumnya adalah wajib."
Ketiga: Terjadi perselisihan dalam hati-hati mereka dan timbul banyak
pertentangan di antara mereka, sebagaimana dalam hadis an-Nu'man terdapat
faedah yang menjadi terkenal dalam ilmu jiwa, iaitu sesungguhnya rosaknya
zahir mempengaruhi rosaknya batin dan begitu jugalah sebaliknya. Di
samping
itu bahawa sunnah meluruskan dan merapatkan saf menunjukkan rasa
persaudaraan dan saling tolong-menolong, sehingga bahu si miskin menempel
dengan bahu si kaya dan kaki orang lemah merapat dengan kaki orang kuat,
semuanya dalam satu barisan seperti bangunan yang kuat, saling menopang
satu sama lainnya.
Keempat: Mereka kehilangan pahala dan fadhilat yang besar yang dikhabarkan
melalui hadis-hadis yang sahih, di antaranya sabda Nabi Shallallahu
'alaihi
wa Sallam, "Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada
orang
yang menyambung saf." (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan
al-Hakim. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Kitabnya Sahih at-Targhib
wa at-Tarhib, 1/335)
Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul
1 - Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan
mata kaki sebagaimana hadis berikut:
"Dari Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan
bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan
lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki
saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Azan, no. 76. Abu Daud, no.
616)
2 - Meratakan/meluruska n telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan
meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.
"Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "(Pada waktu solat) masing-masing dari
kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan
telapak kaki saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, no. 725)
"Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke
arah Kiblat". (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud) Baginda s.a.w.
mengarahkan jari jemari kakinya ke arah kiblat. (Rujuk: Tuntutan
Rasulullah
Dalam Ibadah, hlm. 19. Ibn Qaiyyim al-Jauziyah - Dinukil dari buku:
Solatlah Sebagaimana Rasulullah s.a.w. Solat, Oleh Ustaz Rasul Dahri)
Betul - Kaki diluruskan ke arah hadapan (Kiblat)
Salah - Kaki tidak lurus ke hadapan
3 - Menutup ruang/celahan di antara saf.
Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah
celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan
saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan.
Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa
yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya." (Hadis Riwayat Abu Daud,
no. 666. an-Nasa'i, 2/93. Ahmad, 2/97. Juga dinilai Sahih oleh al-Albani
di
dalam Sahih Abi Daud, 1/197) Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w.
bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk
di
celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing." (Hadis Riwayat Abu
Daud, no. 667. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud,
1/198)
4 - Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baik/betul.
Dari an-Nu'man bin Basyir: beliau berkata, "Dahulu Rasullullah meluruskan
saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau
memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami
(sehingga saf kami telah rapi - pent.), kemudian suatu hari beliau keluar
(untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan
bertakbir,
beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:
"Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau
Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian". (Diriwayatkan oleh
Muslim,
no. 436)
Keudukan/susunan Saf Yang Betul Dan Rapi
Kedukan/Susunan Saf Yang Salah yang mana banyak terjadi di sekeliling kita
Masa ini
Larangan Membuat Saf Sendirian
Seorang makmum dilarang membuat saf sendirian, berdasarkan hadis yang
diriwayatkan oleh Wabishah bin Mi'bad, bahawa Rasulullah s.a.w. melihat
seseorang solat di belakang saf sendirian, maka beliau memerintahkan untuk
mengulang solatnya. (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmidzi.
Disahihkan
oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud, 1/299 dan Irwaa'ul Ghalil,
no. 541)
Menurut Sheikh Muhammad bin Soleh al-Utsaimin (rujuk: asy-Syarhul Mumti',
4/376-385), jika seseorang menjumpai saf yang sudah penuh, sementara ia
sendirian dan tidak ada yang ditunggu, maka boleh baginya solat sendiri di
belakang saf itu.
Untuk menjaga keutuhan, seseorang dibolehkan untuk maju atau bergerak ke
hadapan ketika mana mendapati ada saf di hadapannya yang terputus. Sabda
Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Juhaifah, beliau bersabda,
"Barangsiapa yang memenuhi celah yang ada pada saf maka Allah akan
mengampuni dosanya." (Hadis Riwayat al-Bazzar dengan sanad yang hasan)
Tiada langkah paling baik melebihi yang dilakukan oleh seseorang untuk
menutupi celah di dalam saf. Dan semakin banyak teman dan saf dalam solat
berjamaah akan semakin afdhal, sebegaimana yang diriwayatkan oleh Ubay bin
Ka'ab, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Solat seorang bersama seseorang lebih
baik daripada solat sendirian, dan solat bersama dua orang lebih baik dari
solat bersama seseorang. Dan bila lebih banyak maka yang demikian lebih
disukai oleh Allah 'Azza wa Jalla." (Muttafaq 'Alaih)
Terpisahnya Makmum Dengan Imam Kerana Dinding,
Diriwayatkan dari Aisyah, dia berkata, "Rasulullah s.a.w. solat pada malam
hari di kamarnya. Sementara dinding kamar itu pendek, sehingga orang-orang
dapat melihat Nabi s.a.w., maka sejumlah orang berdiri mengikuti
solatnya..." (Hadis Riwayat Bukhari, no. 729)
Memasuki Saf Dalam Keadaan Tenang
Dan ketika memasuki saf untuk solat disunnahkan untuk melakukannya dengan
tenang iaitu tidak terburu-buru, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abi
Bakrah, bahawasanya ia solat dan mendapati Nabi sedang ruku' lalu dia ikut
ruku' sebelum sampai kepada saf, maka Nabi berkata kepadanya, "Semoga
Allah
menambahkan kepadamu semangat (kemahuan), tetapi jangan kamu ulangi
lagi." (Hadis Diriwayatkan oleh Bukhari) Dan dalam Riwayat Abu Daud, ada
tambahan, "Ia ruku' sebelum sampai di saf lalu dia berjalan menuju
saf." (Rujuk artikel berkenaan hal ini di pautan berikut: http://fiqh-
sunnah.blogspot. com/2008/ 02/082-persoalan -masbuk-ketika- imam-sedang.