RAUB: Mengaibkan apabila tiga wanita Melayu tergamak mencemarkan 1
Syawal dengan mengadakan kenduri seks bersama 19 lelaki warga
Bangladesh di sebuah rumah kongsi di Felda Krau, dekat sini, Ahad lalu.

Malah, ketiga-tiganya yang sedang 'beraksi' tidak sedar diintip dan
dikepung apabila diserbu sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis
Daerah Raub (IPD), kira-kira 2.30 pagi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman, berkata
dalam serbuan itu, polis menahan tiga wanita berusia antara 17 dan 43
tahun.

Beliau berkata, polis difahamkan semua wanita terbabit adalah penduduk
tempatan, termasuk seorang gadis berusia 17 tahun yang berhenti sekolah
dan mempunyai masalah keluarga.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati ketiga-tiga wanita terbabit
sudah berkurung di rumah itu dua malam berturut-turut untuk melayan
nafsu semua warga Bangladesh berusia antara 20 dan 30 tahun.

"Ketiga-tiga wanita terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut
mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencari
pelanggan bagi maksud persundalan.

"Polis turut menemui beberapa kondom terpakai yang berselerakan di
lantai," katanya, semalam.

Menurutnya, selepas polis memasuki rumah kongsi itu, beberapa warga
Bangladesh terbabit cuba melarikan diri, namun mereka gagal kerana
kawasan itu sudah dikepung.

"Hasil pemeriksaan, kita mendapati rumah berkenaan dibahagikan kepada
beberapa bilik," katanya.

Beliau berkata, semua warga Bangladesh terbabit turut ditahan bagi
membantu siasatan berhubung kegiatan tidak bermoral itu.

Menurutnya, seorang lelaki berusia 56 tahun dipercayai ‘bapa ayam’ yang
menjadi dalang di sebalik kegiatan haram itu turut ditahan dan disiasat
mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan mana-mana
orang bagi tujuan persundalan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara
15 tahun, sebatan dan denda.

IlyTrolak : Terima kasih Abi atas emel yang diberi. Sedih dengan gejala
sosial yang tidak bermaruah yang berlaku di kawasan FELDA.



--
Dicatat Oleh IlyTrolak ke ::::: Aku Budak Trolak ::::: di 9/23/2009
03:18:00 PM

Kirim email ke