http://akob73.blogspot.com/2009/09/penawar-bagi-penyakit-wahhabiphobia.html

Assalaamu’alaikum

Jika kita melihat suasana gerakan dakwah di Malaysia, seakan-akan ada suatu 
penyakit yang sedang menghinggapi sesetengah golongan agamawan dan pendakwah. 
Penyakit ini nama saintifiknya adalah Wahhabiphobia. Meraka ini seolah-olah 
tidak boleh mendengar istilah wahhabi atau mendengar pandangan atau ajaran 
tokoh-tokoh yang mereka labelkan wahhabi. Jika mereka terdengar maka mula lah 
mereka menjadi tidak keruan dan haru-biru. Pelbagai kata-kata cemuhan dan 
tuduhan-tuduhan liar dilemparkan. Bahkan masjid-masjid turut dijadikan medan 
untuk menabur fitnah. Penceramah-penceramah yang mereka anggap berfahaman 
Wahhabi disekat dari diberi tauliah mengajar bahkan disesetengah negeri ada 
yang ditangkap seperti penjenayah.

Saya secara peribadi mengikuti segala tuduhan yang dilontarkan oleh mereka yang 
berpenyakit Wahhabiphobia ini semenjak sekian lama. Bercampur-baur perasaan 
saya bila melihat telatah mereka ini.

Bagaimana mereka yang berjubah ulama atau berstatus ustaz sanggup melakukan 
fitnah yang sekeji ini?

Kenapa mereka yang dikatakan ulama dan ustaz-ustaz ini tidak melakukan sedikit 
usaha untuk membuat kajian perbandingan sedangkan adalah begitu mudah untuk 
mendapat bahan-bahan rujukan berkaitan dengan isu ini. Adakah kerana mereka ini 
pemalas atau terlalu taksub sehingga dihinggapi satu lagi penyakit iaitu taklid 
buta?

Terkadang lucu pun ada. Hujah yang dibawa oleh golongan wahhabiphobia ini 
sebenarnya amat dangkal dan KESEMUANYA telah dibantah oleh para ulama yang 
ikhlas di seluruh dunia? Maka ke hulu ke hilir lah si wahhabiphobia ini membawa 
hujah-hujah dangkal ini untuk mempengaruhi orang ramai agar turut dijangkiti 
penyakit wahhabiphobia. Orang ramai yang tidak begitu mengerti tentang isu ini 
bahkan tidak mampu untuk membuat kajian perbandingan akan menelan bulat-bulat 
kata-kata si wahhabiphobia ini kerana si wahhabiphobia ini kononnya bergelar 
syaikh, ulama, guru mursyid, pak kiyai, ustaz, pak lebai, imam dan sebagainya.

Jadi kita kembali kepada isu utama. Adakah penawar bagi penyakit Wahhabiphobia 
ini? Bolehkah kita menghalang diri kita dari dijangkit penyakit Wahhabiphobia 
ini? Jawapannya ADA dan BOLEH iaitu menerusi buku bertajuk Membersihkan Salah 
Faham Terhadap Dakwah Syaikh Muhammad Abdul Wahhab karya Syaikh Abdul Aziz bin 
Muhammad bin Ali al-Abd. Buku ini telah diterjemahkan oleh sahabat kami Mohd 
Amin Yaacob. Dapatkan buku ini dan baca isi kandungannya dengan teliti. 
Kemudian dapatkan segala tulisan atau dengarkan segala ceramah mereka yang 
terkena penyakit Wahhabiphobia ini. Kemudian anda lakukan penilaian secara adil 
dan saksama. Hasilnya saya yakin anda akan bersetuju dengan saya bahawa SEMUA 
hujah golongan Wahhabiphobia ini telah dijawab dan dibantah secara kemas 
lengkap dengan dalil dari al-Qur’an dan al-Sunnah sebagaimana yang difahami 
oleh generasi Salafussoleh.

Dapatkan juga buku Hanya Islam Bukan Wahhabi karya Prof. Dr. Nashir Abdul Karim 
al-‘Aql yang juga turut memperjelaskan isu Wahhabi ini. Sinopsis kedua-dua buku 
ini saya sertakan di bawah. Pastikan anda berusaha untuk memiliki 
sekurang-kurangnya salah satu daripada dua buku tersebut.

Saya tutupi nukilan saya hari ini dengan firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi 
orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; 
dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu 
kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa 
jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada 
Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu 
lakukan.” al-Maaidah (5) : 8

Sekian

(1)

Tajuk : Membersihkan Salah Faham Terhadap Dakwah Syaikh Muhammad Abdul Wahhab

Penulis : Abdul Aziz bin Muhammad bin Ali al-Abd

ISBN: 978-967-308-188-2

Pages: 623,

HardcoverPrice: RM 75.00

UNTUK MEMBELI SECARA ONLINE SILA KE :

http://www.jahabersa.com.my/en/umum/membersihkan-salah-faham-terhadap-dakwah-syaikh-muhammad-bin-abdul-wahab

Synopsis:

Dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab sering dikaitkan dengan pelbagaituduhan 
negatif oleh sebahgian masyarakat. Dakwah beliau, ynag masyhur digelar sebagai 
'Wahabi',sering dikatakan menyalahi apa yang lazim dipelajari dan diamalkan 
oleh masyarakat. Bahkan ia dikaitkan juga dengan peperangan dan pembunuhan ke 
atas umat Islam serta penumbangan Kerajaan Islam TurkiUthmaniyah.Buku ini 
membersihkan segala tuduhan dan salah faham di atas.Ia mengutiptuduhan-tuduhan 
yang lazim dikemukakan, kemudian menjawab tuduhan iniberdasarkan nas-nas 
al-Qur'an dan al-Hadith, serta penjelasannya olehSyaikh Muhammad bin Abdul 
Wahhab dan tokoh ilmuan lain yang sependapat dengan beliau

(2)

Book Name: Hanya Islam Bukan Wahhabi

Author: Prof. Dr. Nashir Abdul Karim al-‘Aql

Publisher:Darul Falah

Price:RM89

Weight:1000 gram

UNTUK URUSAN PEMBELIAN SILA HUBUNGI [email protected] atau ke url 
http://galeriniaga.blogspot.com/2008/06/90-kitab-hanya-islam-bukan-wahhabi.html

Description:

Kitab ini merupakan sebuah hasil kajian dan pembentangan yang begitu istimewa 
oleh asy-Syaikh Prof. Dr. Nashir Abdul Karim al-‘Aql berkenaan terbinanya 
daulah Saudi Arabia dan hubungannya dengan bani Su’ud, Sheikh Muhammad Abdul 
Wahhab serta dakwah aqidah yang berlangsung di sana, sekaligus menjawab 
pelbagai tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan kepada negara Saudi Arabia yang 
di atas-namakan sebagai dinasti wahhabiyah.

Buku setebal 800 muka surat ini mengupas kepelbagaian fakta-fakta sejarah yang 
banyak tidak diketahui oleh dunia Islam terhadap kehebatan dakwah aqidah yang 
diletuskan oleh Sheikh Muhammad Abdul Wahhab yang bermula dari wilayah Najad, 
Hijaz, sehinggalah kepada tertubuhnya kesatuan Saudi Arabia. Pada masa itu, 
masyarakat arab di sekitar Najad, Hijaz, Uyainah, dan wilayah-wilayah lain yang 
kini berada di bawah pentadbiran Saudi Arabia kesemuanya saling berpecah belah 
dan tidak bersatu. Pelbagai ritual dan perbuatan syirik begitu subur berlaku 
seperti perbuatan menyembah kuburan dan memuja sesuatu di samping Allah 
subhanahu wa Ta’ala.

Dengan buku ini, terjawablah siapa sebenarnya Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab 
yang didakwa dan dimomokkan ke dalam masyarakat sebagai pengasas gerakan 
Wahhabiyah. Yang mana sebenarnya, beliau adalah salah seorang ulama besar dan 
pejuang penegak bendera aqidah di tanah arab pada zaman ini. Sanjungan kepada 
beliau juga turut dinukilkan dari pelbagai lapisan ulama ke dalam buku ini. 
Kepada anda yang masih meragui siapa sebenarnya beliau dan apa sebenarnya 
wahhabi, semoga dapat menjadikan buku ini sebagai salah satu rujukan yang tidak 
harus ditinggalkan.





Kirim email ke