Pilihanraya Kecil di Bagan Pinang sepatutnya menjadi medan “WIN WIN SITUATION” 
untuk Negeri Sembilan secara amnya dan rakyat di negeri ini secara khususnya.

Inilah masanya Negeri Sembilan menjadi tumpuan seluruh Malaysia atau mungkin 
seluruh dunia.

Mungkin tiada projek “Mee Segera” di Negeri Sembilan , tetapi mana-mana projek 
sebelum ini yang telah dirancang haruslah segera dilaksanakan. Mana-mana projek 
yang selama ini tertangguh haruslah segera disiapkan.

Dalam sektor pelancongan misalnya Negeri Sembilan jauh ketinggalan jika 
dibandingkan dengan jiran yang lebih kecil iaitu Melaka.

Baru-baru ini saya berkesempatan menemui seorang usahawan bumiputera di 
Seremban Plaza (Bangunan MARA) yang mengusahakan perniagaan kapalterbang mainan 
kawalan jauh (remote control).

Agak kagum dengan kesungguhan Encik Safri yang mempunyai begitu banyak variasi 
kapalterbang, helikopter, jet dan bot mainan kawalan jauh yang menggunakan 
kuasa petrol (nitro) di kedainya.

Perniagaan ini diusahakan oleh beliau secara solo dengan dibantu oleh 
isterinya. Saya bertanyakan kepada beliau ada tak mana-mana sekolah yang 
mengadakan kelab kapalterbang mainan di sekolah-sekolah. Menurut beliau tak 
banyak lagi di Negeri Sembilan ini.

Setakat ini beliau menyertai pertunjukan udara di Chembong dan beberapa latihan 
bersama teman-teman di sekitar Seremban.

Sepatutnya Negeri Sembilan telah lama ada landasan terbang atau air strip untuk 
aktiviti udara termasuk microlite aircraft.

Secara tidak langsung ianya akan menjadi daya tarikan pelancongan sukan. Di 
samping itu aktiviti seperti ini akan menanam minat para remaja dan pelajar 
sekolah untuk menceburi bidang avionik , kejuruteraan penerbangan dan angkasa.

Menurut Encik Safri aktiviti microlite aircraft di Negeri Sembilan ini 
dijayakan oleh seorang usahawan bukan bumiputera yang juga temannya di Rantau.

Satu ledakan kesedaran semua pihak terutamanya kerajaan negeri dan agensi 
kerajaan diperlukan untuk merancakkan aktiviti ekonomi, pelancongan, industri , 
kesukanan di Negeri Sembilan ini.

Dan Pilihanraya Kecil di Bagan Pinang harus membuka mata semua pihak untuk 
membawa Negeri Sembilan lebih maju ke hadapan bukannya memainkan isu-isu lapok 
, sentimen perkauman dan serangan peribadi.

Saya sarankan kepada ibu bapa bawalah anak-anak melawat RC HOBBY FLY untuk 
menarik minat anak-anak kita terhadap sains dan teknologi terutamanya 
kejuruteraan angkasa. Saya pasti anak-anak kita semua terutama yang lelaki akan 
terpikat apabila mengunjungi RC HOBBY FLY di Seremban Plaza (Bangunan MARA).

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :
Encik Safri bin Semail
RC HOBBY FLY
G.05 Seremban Plaza (Bangunan MARA), Jalan Dato' Muda Linggi, 70100 Seremban
Tel : 019-3976021 , 019-6692214 , 06-7674802
E-mel : [email protected]
Laman web : http://rchobbyfly.webs.com

Perkhidmatan :
- Menjual alat-alat permainan jauh seperti jet, kapalterbang, helikopter, bot & 
kereta yang menggunakan minyak atau bateri.
- Memasang, membaiki, mengajar (dalam tempoh promosi latihan diberikan secara 
percuma)
- Menerima undangan untuk sebarang majlis(gimik perasmian atau pertunjukkan)





Kirim email ke