*
Saidatina 'Aishah r.ha. berkata : "Ada sekali Rasulullah s.a.w. masuk
ke rumah dan saya agak dari air mukanya bahawa sesuatu telah berlaku
kepadanya. Baginda tidak bertutur kepada sesiapa pun, dan setelah
berwudhu beliau masuk ke mesjid. Saya cuba dengar dari belakang dinding
apa yang beliau bersabda. Beliau duduk di atas mimbar dan setelah
memuji Allah s.w.t. beliau berkhutbah: " Hai manusia Allah telah
memerintah kamu supaya menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka
dari melakukan maksiat; kalau tidak, akan tiba satu masa manakala kamu
berdoa kepadaNya,
Dia tidak akan mendengari doa mu; kamu akan memohon keperluanmu dariNya
tetapi Dia tidak akan memberinya; kamu akan memohon akan bantuanNya
terhadap musuh-musuh kamu, tetapi Dia tidak akan membantu kamu." ( H.R.
Ibnu Majah dan Ibnu Hibban-Targhib ).


*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 9/28/2009 09:53:00 AM

Kirim email ke