BUKIT MERTAJAM 2 Okt. — Sepasang suami isteri yang berselisih faham
mengenai arah kiblat di rumah mereka di Taman Haji Mohd Amin, Permatang
Pauh di sini terkejut apabila sejadah yang terdapat dalam salah sebuah
bilik di kediaman mereka tiba-tiba ’berdiri’ dengan sendiri malam tadi.

Pasangan Mohamad Shuhaimi Md Ilias dan Zainab Ramli masing-masing
berusia 26 tahun menyedari kejadian ganjil berkenaan kira-kira pukul
9.30 malam dan masih lagi dalam keadaan demikian setakat 1.30 tengah
hari.

Mohamad Shuhaimi yang bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di sini
berkata, sejadah berkenaan merupakan hantaran perkahwinan mereka dan ia
digunakan sejak tiga tahun lepas.

“Sebelum ini kami tidak pernah berselisih faham mengenai arah kiblat di
rumah dan ia mula menjadi pertikaian semalam selepas arah kiblat
berbeza dengan apa digunakan masjid berhampiran rumah,” katanya di sini
hari ini.

Katanya, ketika kejadian beliau sedang memandikan anak perempuan mereka
berusia dua tahun, manakala isterinya pula sedang menggosok pakaian di
bilik berlakunya kejadian ganjil itu.-Bernama

Sumber : Utusan Malaysia Online

IlyTrolak : Allah membantu hambaNya dengan banyak cara, asalkan
hambaNya sentiasa berusaha




--
Dicatat Oleh IlyTrolak ke ::::: Aku Budak Trolak ::::: di 10/02/2009
06:46:00 PM

Kirim email ke