setip election di Semananjung jelas PR memang dan BN tertonggek kalah meski 
medianya begitu hebat memutar belit fakta dan menambah-tambah yang benar..

Yang benar jadi tidak benar dan tidak benar jadi benar. Begitulah pak 
ampu/bodek upahan BN. Penulis, wartawan dan mereka yang hipokrit membohong 
keadaan yang nyata. penulis, wartawan semacam itu akan menerima bala kerana 
memfitnah, membohong dan menipu rakyat.

Kenapa setiap electin di penang dan lain-lain PR memang melulu? dan yang di 
Sabah pula berbeda keputusannya? jawabannya antara yang jelas ialah rakyat di 
Sabah dan Sarawak tidak sepenuhnya tahu keadaan yang sebenarnya.

Misalnya di Sarawak/ramai pengundi tinggal jauh di ulu/dalam hutan dan hanya 
bisa dilalui melalui sungai yang memakan waktu berhari-hari dengan menggunakan 
perahu dan di sana yang jauh di pedalaman tidak ada tivi dan internetpun jauh 
sekali. Untuk pemimpin masuk ke dalam memang sukar untuk menyebarkan keadaan 
sebenar. Itulah masalahnya.

Di Sabah pula/yang di pedalaman sama juga dengan apa yang berlaku 
di Sarawak/keadaan di Sabah lagi teruk. Rakyat Sabah dimiskinkan oleh BN 
sehingga termiskin di Malaysia. Bila miskin/masa pilihan raya/anak sekolah 
rendah dikasihb RM450 seorang dan pengundi pula/dikawasan tempat saya 
bertanding tidak kurang RM300 dan esok election subuhnya duit dihambur begitu 
rupa dan bendera PKR tiba-tiba turun dan segera beralih/apa lagi ada juga 
diantara orang kita masuk parti kerana kejar wangnya bukan untuk kepentingan 
negara bangsa. Apa mau dikata? dan akhirnya begitulah.

Nah, lantaran lokasi dan keadaan di Sabah dan sarawak berbeda dengan yang 
berlaku di penang atau selangor, kedah, trengganu agak lain, maka saya 
simpulkan antara faktor kekalahan PR di Sabah ialah hal-hal yang dinyatakan di 
atas termasuk DAP Sabah yang melihat masa itu PR kuat, maka mereka jadi tamak 
dan mahu 25 kerusi termasuk yang majoritinya Dusun dan Bajau, alasan mereka DAP 
juga ada pemimpin Kadazan Dusun dan sebagainya. Inilah akhirnya ayam terlepas 
tangan bau tahi.

Sudah tentu kepimpinan di atas/lewat election akan datang melihat keadaan ini 
dari fokas mata sedar dan harus mula sekarang bergerak menjelaskan kepada 
rakyat jelata, tetapi saya yakin orang Sabah/kalau mahu berubah biasanya 
mendadak seperti tumbangnya USNO, BERJAYA dan  segala macam. PBS tidak tumbang 
ketika itu, tetapi akibat ditipu/kerana duit mereka melompat ke UMNO dan 
akhirnya rakyat Sabah menjadi mangsa. Asoi!


 ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
[email protected]

Kirim email ke