Baru-baru saya berkesempatan menjamu selera, makan tengahari di Medan Ikan 
Bakar, Kg Telok, Pasir Panjang, Port Dickson.  Pertama kali saya ke sini.

Terdapat Medan Selera yang agak baru didirikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Makan tengahari tiada ikan bakar. Yang ada ialah Nasi Putih dengan Masak Asam. 
Masak asam menggunakan ikan segar, tokeh kedai kata ikan baru tangkap dan hidup 
lagi tadi. Ada ikan sembilang, ikan pari dan ikan kembung.

Sahabat saya minta ikan sembilang, saya minta ikan pari. Tambah lagi dengan 
sayur kailan goreng. 

Sambil duduk menunggu makanan kami menikmati keindahan jeti nelayan dan 
kedamaian suasana teluk. Pada pandangan saya tempat ini boleh dimajukan lagi 
jika ada perkhidmatan sewa bot mengelilingi kawasan telok dan pantai 
berhampiran. Yang ada terdapat di jeti hanyalah bot-bot kecil para nelayan 
tempatan.

Lama juga tunggu hidangan makanan. Rupa-rupanya masak asam pedas di masak 
apabila ditempah menggunakan periuk tanah (clay pot) , cukup istimewa.

Hidangan nasi putih yang menyelerakan menggunakan beras berkualiti, ditambah 
dengan timun serta sambal belacan dan popodum. 

Terperanjat tengok dua set hidangan asam pedas tadi rasanya boleh makan 8 
orang. Dalam hati saya rabaklah poket nak bayar nanti. Terpaksa pesan satu 
pinggan lagi nasi tambah.

Bila bayar sekali lagi terperanjat, cuma RM 25 sahaja. Kalau macam ni,lepas ni 
boleh bawa satu famili dan keluarga di kampung untuk makan tengahari.

Untuk makan malam ikan bakar belum cuba lagi. Saya pasti harga dan kualiti 
makanan tak jauh berbeza.

Kerajaan Negeri Sembilan harus lebih mempromosikan dan memajukan tempat ini 
sebagai satu pusat pelancongan yang terkenal.

Tahap kebersihan kawasan persekitaran haruslah diambil berat oleh penduduk dan 
peniaga setempat, para pengunjung dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Perusahan bot pelancongan haruslah diadakan bagi menambahkan lagi aktiviti 
rekreasi di sini.

Lebih kurang 100 meter selepas Medan Ikan Bakar ini terdapat Hutan Rekreasi, 
Kolej Uniti dan Pusat Belia Negara. Juga terdapat Kem PLKN berhampiran tempat 
ini.

Kepada mereka yang belum pernah ke sini, saya sarankan agar mencubanya.

Peta ke Medan Ikan Bakar, foto gerai dan hidangan masak asam pada pautan berikut
http://waghih.blogspot.com/2009/10/medan-ikan-bakar-kg-telok-pasir-panjang.html 




      

Kirim email ke