Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya, "Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Manakah amalan yang lebih utama?"
Beliau s.a.w. menjawab: "Iaitu solat tepat pada waktunya." Saya bertanya lagi, "Kemudian amalan apakah?" Beliau s.a.w. menjawab: "Berbakti kepada kedua orang tua." Saya bertanya pula, "Kemudian apa lagi?" Beliau s.a.w. menjawab: "Iaitu berjihad fi-sabilillah." (Muttafaq 'alaih)
