*Salam, Diharap dapat kiranya MOD lepaskan email ini, Terima kasih diatas kerjasama anda. Memanjangkan email dari seorang sahabat. Yang penting berusaha, berdoa dan selebihnya tawakkal. Muga ALLAH akan mempermudahkan jalanan hidup Khai & Keluarga,*
Salam sahabat yg dirahmati Allah.. Saya ingin memohon jasa baik sahabat semua agar dapat membantu saya bagi memasar dan menjual cenderahati saya. Cenderahati ini saya buat adalah bagi mencari pendpatan tambahan dan mncari dana serba sedikt utk rawatan perubatan saya selepas saya mendermakan hati pada tahun 2004. Cenderahati yang ingin saya jualkan adalah: *1. Penanda buku 'Love Heart' (5 corak) - Berharga RM1 setiap satu* *2. CD (Kisahnya Secebis Hati) - Berharga RM5 sekeping* CD ini adalah kisah sebelum, ketika dan selepas pembedahan. Bermula ketika saya ingin mendermakan hati kepada Allahyarham adik Atiqah. Kemudian beliau meninggal dunia. Selepas itu saya ingin mendermakan hati kpd Allahyarham Adik Yohitt pula. Kisah saya mencari dana sebanyak RM245k yang saya namakan 'Kembara Secebis Hati' iaitu pengembaraan saya pada bulan Ramadhan tahunn 2004. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan dana sebanyak RM245k mencukupi setelah 2 minggu saya mmbuat 'road show'. Pada 18.12.2004, detik bersejarah apabila saya dan adik Yohitt berkongsi hati yang dinamakan 'Dua Jiwa 1 Hati' di Subang Jaya Medical Centre (SJMC). Namun setelah 42 hari, Adik yohitt telah kembali ke rahmatullah akibat komplikasi ubat yang digunakan. Berikut adalah serba sedikit sinopsis CD tersebut. Keratan-keratan akhbar, suntingan video dan berita diperolehi media tempatan dan koleksi sendiri. Walaupun dengan hanya RM5 sahaja, tetapi pengalaman yang saya lalui ini amat berharga untuk tatapan semua. Kepada sahabat yang dapat menjemput atau menganjurkan majlis untun sesi ceramah dalam atau luar negara, saya amat mengalu- alukan bantuan anda. Mohon dapat disebarkan kepada sahabat-sahabat samada di Malaysia mahupun seluruh dunia. Semoga bantuan dan usaha anda ini dapat menjadi sumber insprasi agama dan bangsa kita. Sebarang bayaran boleh dimasukkan dalam akaun *Maybank 162106646530 (Ahmad Khariri Al-Hadi bin Md Yusop)* dan barangan akan saya poskan ke alamat anda dengan kos RM4. Sekian, terima kasih -- Jangan menampal dunia dengan mengoyakkan akhirat. Janganlah menjadi begitu masin.. sehingga orang meludahmu.. Dan janganlah pula berlaku terlampau manis, sehingga mereka menelan dirimu begitu saja... Have a unique character like salt its presence is not felt but its absence makes things tasteless.
