*OLEH YANG BERBAHAGIA USTAZ MAT ISA DERAMAN
*
Hukum solat sunat selepas
witir<http://tokkupasirgudang.blogspot.com/2009/08/hukum-solat-sunat-selepas-witir.html>

"Apa hukum solat sunat lepas solat witir, ustaz"? Itulah soalan yang sering
ditanya kepada saya. Kalau selama ini, saya hanya menjawab dalam sesi soal
jawab agama pada hari ahad, kuliah dhuha tetapi hari ini saya akan
menjawabnya dalam saluran blog pula. Semoga ianya lebih kekal dan senang
dipindahkan kepada rakan-rakan yang bertanya sokmo soalan ni.

 Kita tahu solat witir adalah antara solat yang tidak pernah ditinggalkan
oleh Nabi s.a.w. dan dinamakan sunat muakkad yaitu sangat dituntut untuk
dilakukan setiap hari sebelum tidur atau bila bangun daripada tidur untuk
bertahajjud. Menjadi kebiasaan, ianya menjadi solat penutup kepada semua
solat-solat sunat dan dilakukan dengan ganjil samada satu, tiga, lima
hinggalah jumlah yang paling maksimum 13 rakaat.

 Sebaik-baiknya, ianya dilakukan dua rakaat satu salam. Namun demikian harus
dilakukan semua jumlah rakaat yang tersebut itu dengan satu salam sahaja.
Dilakukan secara bersambung terus, dengan dua tashahhud (tahiyyat). Tahiyyat
pertama pada rakaat sebelum akhir, manakala satu lagi tahiyyat pada rakaat
terakhir sekali.

 Perbuatan menyambung solat witir sekaligus 3,5,7,9,11,13 rakaat dengan satu
salam pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. (Riwayat Bukhori, Muslim, Ibnu
Majah dan lain-lain).

 Bacaan dalam solat witir kalau dilakukan tiga rakaat ialah, rakaat pertama
selepas fatihah ialah surah Al-A'la, manakala rakaat kedua sesudah Fatihah
surah Al-Kafirun. Pada rakaat ketiga pula di baca surah 3 qul.

 Kembali kepada persoalan asas kita, adakah boleh dilakukan solat sunat yang
lain selepas solat witir? Jawabnya; Boleh. Nabi s.a.w pernah melakukan solat
sunat selepas melaksanakan solat witir sebagaimana disebut dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi dan lain-lainnya.
 Ummu Salamah r.a. menyatakan bahawa baginda s.a.w pernah melaksanakan solat
sunat sesudah melakukan solat witir.

 Tetapi perlu diingat tidak boleh melakukan dua kali witir dalam satu malam.
Maksudnya, pada awal malam sudah dilakukan witir, kemudian bila bangun malam
berwitir sekali lagi. boleh solat sunat yang lain tetapi bukannya solat
witir berdasarkan satu hadis yang bermaksud: "Tiada dua witir dalam satu
malam". (Abu Daud, at-Tirmizi dan An-Nasaie).

Semoga terjawab segala persoalan dan tersingkap segala kekeliruan. Amin


http://tokkupasirgudang.blogspot.com/search?updated-min=2009-08-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&updated-max=2009-09-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&max-results=33

Kirim email ke