Salam,

Rasa saya, sejak
dilahirkan kita telah didedah dan dipupuk dengan beberapa doktrin pemikiran
yang memiliki daya tertentu melangsungkan kehidupan. Dari kecil orang melayu
diasuh dengan budaya hormat menghormati, sopan santun, lemah lembut dan
sebagainya. Inilah sebahagian dari contoh-contoh doktrin yang wujud sekitar
kita daru dulu, kini dan entah sampai bila. Kini, kita masih mendukung doktrin
yang sama; diterap dan dipraktik dalam setiap aspek kehidupan, baik sesama
melayu, muslim bahkan selainnya. Tak hairanlah kalau kita sering bertemu dengan
pertembungan yang bertentangan praktik antara dua doktrin; Melayu dan Islam.
Sebagai contoh, baru-baru ini fenomena rumah terbuka dan kongsiraya. Betapa
kita boleh saksikan orang melayu semakin ‘sporting’ menyambut perayaan Islam
bersama orang-orang kafir, ironiknya jika tidak demikian seolah-olah Aidilfitri
tak meriah. Alasannya, kemeriahan itulah yang jadi motif (‘illat) pergaulan dan
toleransi biarpun Islam hakikatnya melarangnya. Rasulullah SAW dan para sahabat
r.a tak pernah berdepan dengan fenomena tersebut kerana berpegang teguh dengan
perintah Allah, “bagimu deen kamu, bagiku deen ku”. Begitulah contoh doktrin
orang melayu yang semakin sopan menolak ketetapan syarie dengan ‘illat-‘illat
yang direka-reka dengan hawa nafsu.

Semua ini
sebenarnya adalah strategi halus kufur terutama barat meracuni pemikiran kita.
Salah satu agenda mereka adalah menjaja idea nilai sejagat (universal value).
Saya terjumpa beberapa tafsiran mengenainya,

“Sesuatu perkara
adalah salah satu daripada nilai sejagat sekiranya ia memiliki nilai atau
bernilai untuk semua atau hampir kesemua manusia. Pada kenyataan ini ada dua
perbezaan yang penting. Pertama, nilai yang setiap orang dapati ianya berharga
(valuable) seperti kenyataan Isaiah Berlin, seorang filosof dan sejarawan
Eropah, “..nilai sejagat.. adalah nilai-nilai yang majoriti manusia di majoriti
tempat serta keadaan, pada hampir setiap masa, memiliki kesamaan, baik secara
sedar atau eksplisit atau terpancar melalui tabie..” [Jahanbegloo 1991, p37].
Kedua, sesuatu termasuk nilai sejagat apabila semua orang memiliki alasan untuk
mempercayai nilainya. Amartya Kumar Sen, seorang tokoh nobel ekonomi berbangsa
India menyanggah kenyataan Mahatma Gandhi “non-violence is universal value”
dengan mengatakan setiap orang memiliki alasan terhadap ‘non-violence’, bukan
semua orang menilai ‘non-violence’. Beberapa contoh nilai sejagat seperti
kebahagiaan dan demokrasi.”

Ringkasnya, nilai
sejagat ditentukan oleh majoriti persepsi manusia. Lebih tepat lagi, manusialah
yang menentukan suatu nilai, padahal Islam hanya mengiktiraf nilai yang
dinyatakan oleh syarak. Misalnya, bunuh. Menurut manusia pembunuhan adalah
suatu yang tidak baik, seeloknya dielak seboleh mungkin baik dalam soal zina,
murtad mahupun selainnya. Tetapi Islam menetapkan bahawa membunuh tanpa hak
adalah suatu dosa (tidak baik) yang perlu dibalas (qisas) manakala membunuh
dengan hak pula adalah suatu yang terpuji (hasan) seperti merejam penzina
muhsan atau memancung kepala orang-orang murtad. Dalam hal ini Allah SWT
berfirman,

“Kamu diwajibkan
berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara
yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi
kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan
(ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak
mengetahuinya. [TMQ Al-Baqarah (2):216]

Predikat terakhir
itu sangat berharga untuk kita menolak perasaan kita dalam menilai sesuatu,
termasuk menolak persepsi orang lain; apakah dapat diterima atau ditolak idea
atau tindakan kita. Yang penting, kita dengar (faham) perintah dan larangan
Allah, kita laksanakan saja. Namun sebaliknya, jika kita memenangkan perasaan
kita atau orang lain, maknanya kita menolak ketentuan Ilahi Yang Maha Perkasa
lagi Maha Bijaksana. Wajarkah demikian? Tepuk dada, tanya iman.

Boleh saya
simpulkan disini bahawa nilai sejagat bermaksud meneutralkan persepsi kita
terhadap sesuatu biarpun sesuatu itu termasuk akidah mahupun ibadah kita. Nilai
sejagat juga meleburkan pegangan kukuh kita terhadap Iman dan Islam dengan
menjadikan alasan-alasan tertentu sebagai motif. Bukan itu sahaja, bahkan
muncul suatu bentuk ancaman seperti gelaran ‘ekstreme’, ganas, liar, intolerate
dan seumpamanya jika kita tidak menuruti arus nilai sejagat. Nah, sekarang cuba 
kita
perhatikan dengan mata Islam. Apakah nilai sejagat sesuai diterima pakai?
Penting dan perlukah kita menangkan (pleasure) hati orang-orang kafir dari 
memenuhi tuntutan Ilahi? Sekali lagi, tepuk dada, tanya iman.
 Layari
http://www.mykhilafah.com



Kirim email ke