Apabila manusia dirundung pelbagai masalah dalam kehidupan dan seolah-olah 
tiada insan lain yang ingin menghulurkan bantuan untuk mengharungi kedukaan 
tersebut, janganlah merasa gelisah kerana sesungguhnya Allah S.W.T. sentiasa 
berada bersama kita dan mendengar doa permohonan hamba-hamba-Nya. Rasulullah 
s.a.w. bersabda: Doa adalah ibadah. (Lalu baginda membaca ayat): Dan Tuhan kamu 
berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan 
kamu.” [Hadis riwayat Imam al-Tirmdzi]

Menerusi hadis di atas dapat kita perhatikan bahawa doa itu termasuk dalam 
perkara ibadah. Justeru wajib doa itu dimohonkan ikhlas hanya kepada Allah 
S.W.T. dan tatacara doa itu hendaklah mengikuti apa yang telah diperintahkan 
oleh Allah S.W.T. dan mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w. Maka timbul 
pertanyaan bagaimanakah amalan tawassul yang diamalkan oleh segelintir manusia 
yang berdoa menerusi perantaraan zat atau kemuliaan Nabi s.a.w. ataupun 
orang-orang soleh yang telah meninggal dunia? Adakah tatacara ini bersesuaian 
dengan Sunnah Nabi s.a.w. seperti tanggapan sesetengah pihak?

Untuk meklumat lanjut sila ke :

http://akob73.blogspot.com/2009/10/tawassul-antara-sunnah-dan-bidah.html

Selamat membaca dan Wassalaam




Kirim email ke