Salam,

Banyak kali juga dah saya jumpa dan berbual beberapa kenalan tentang dakwah. 
Rata-ratanya bersetuju bahawa dakwah wajib dilakukan, biarpun kita menjadi 
penyokong atau penyumbang. Dan lebih lanjut lagi, ramai juga yang mendominasi 
perbualan tentang dakwah terfokus hanya bab teknik atau uslub (tatacara). Ada 
yang kata kita kena berhemah, ada yang kata kita kena berlembut/sopan, jangan 
menyinggung madh'u (prospek). Biar penampilan kita manis muka, jangan tampil 
dengan garang, bengis, intolerent dan semacamnya, sebab nanti madh'u cabut 
lari, objektif dakwah tak tercapai. Ya, memang ramai yang ambil pendekatan 
berdakwah macam ni, dan memfokuskan dakwah dalam bab teknik semata.

Dakwah sepatutnya dilihat dari 2 elemen; inti dan teknik.

Adapun inti dakwah bergantung kepada objektif yang ingin dicapai. Setahu saya 
ada 2 inti dakwah yang perlu dibezakan untuk mencapai objektif; aqidah dan 
syariah. Aqidah Islam berkait dengan soal keyakinan hati (amal qalb). Maka 
dalam membentuk amal qalb perlu kepada hujjah-hujjah aqliyyah yang rasional 
sehingga memuaskan akal, memberi ketenangan jiwa dan sesuai dengan fitrah kita. 
Jalan menuju keimanan atau membina aqidah adalah melalui gabungan ihsasul fikr 
(pemikiran yang berkaitan realiti dan fakta) dan wijdan (hunjaman perasaan yang 
kukuh). Misalnya firman Allah SWT;

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan 
siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) 
bagi orang-orang yang berakal" [TMQ Ali-Imran (3):190]

Ayat ini berikan tips kepada kita untuk menggunakan hujjah rasional (ihsas) 
hingga menjadikan wijdan pada madh'u terpaut pada aqidah Islamiyyah. Sudah 
tentu diawal aqidah Islam adalah beriman kepada Allah SWT. Maka bagi 
orang-orang kafir, menyampaikan hujjah-hujjah rasional tentang ketuhanan adalah 
wajar, bukan mempertikai syariah, fiqh, firqah dan sebagainya. Hanya aqidah. 
Ini adalah kerana Rasulullah SAW sentiasa mengajak orang-orang kafir menjadikan 
Allah sebagai Rabb yang Maha Esa. Rasulullah SAW tidak pernah menghormati 
aqidah kufur bahkan mencela sesembahan mereka. Rasulullah SAW juga tidak pernah 
berkompromi dengan orang-orang kafir dalam hal yang berkaitan aqidah 
sepertimana asbab an-nuzul surah Al-Kafirun. Rasulullah SAW sentiasa berpegang 
teguh pada aqidah Islam dan konsisten memikul dakwah samada orang-orang 
menerimanya, atau menolaknya bahkan menentangnya. Rasulullah SAW sendiri tidak 
bermuka-muka atau menyembunyikan inti dakwahnya melainkan
 berterus-terang dan tidak mempedulikan kebiasaan, adat resam, budaya mahupun 
kepentingan diri. Yang didakwahkan adalah aqidah Islam.

Satu ketika Rasulullah SAW mendatangi Bani Tsaqif dan mengajak mereka memeluk 
Islam. Kemudian Bani  Tsaqif menerima ajakkan Rasulullah SAW dan kemudian 
meminta agar berhala Latta tidak dihancurkan dalam tempoh 3 tahun serta 
mengecualikan mereka dari kewajipan solat. Rasulullah SAW menolak permohonan 
mereka seterusnya menolak permintaan mereka untuk tidak menghancurkan Latta 
dalam tempoh 2 tahun, seterusnya sebulan. Dan akhirnya mereka meminta agar 
Latta dihancurkan oleh orang selain kaum mereka. Maka Rasulullah SAW 
mengutuskan Abu Sufyan dan Mughirah Bin Syu'bah untuk menghancurkan Latta. 
Jelas dari sirah ini, Rasulullah SAW tidak berkompromi dalam soal aqidah tetapi 
beliau bertolak ansur dalam soal teknik (menghancurkan Latta).

Manakala dalam soal syariah pula, kita melakukan dakwah kepada umat Islam dalam 
konteks muhasabah (amar maaruf dan nahi mungkar) kerana syariah itu sendiri 
intinya adalah sebagai problem solving (muajalah masyakil insan). Syariah 
merupakan himpunan peraturan-peraturan hidup dalam Islam dimana setiap 
rinciannya menyelesaikan masalah interaksi manusia sesama sendiri mahupun 
dengan alam agar keperluan dan keinginan mereka terpenuhi. Maka jika berlaku 
suatu pelanggaran syariah, maka perlu ada yang muhasabah, memperkasa dalam 
kontek amar maaruf dan nahi mungkar. Ketika ini syariah tidak berlangsung dalam 
kehidupan seharian umat Islam seluruhnya. Kita hanya mengambil syariah secara 
partial (juzuk). Ini menjadikan kehidupan kita sangat asing dari kehidupan 
Islam yang sebenar. Kita dihimpit kesempitan ekonomi, keruntuhan sosial, 
kejelekan politik, diperangi, dijajah dan dieksploitasi, bahan ujian, bidikan 
peluru dan bom kuffar!! Semua ini berakibat dari
 kelalaian dan kecuaian kita dari hidup didalam syariah.

Jadi, dakwah yang berkaitan dengan penegakkan semula syariah adalah wajar 
disampaikan kepada kaum muslimin keseluruhannya. Kita perlu sedar bahawa 
syariah tak kan mampu ditegakkan tanpa dukungan sebuah institusi politik, 
ad-daulah Islamiyyah. Sesuai dengan portfolio daulah i.e. menerap dan 
mengembangkan Islam didalam mahupun diluar, Umar al-Khattab ada menyatakan 
dalam atsarnya, "La 'izzata illa bi al-Islam.. wa la Islama illa bi syari'ah.. 
wa syari'atu illa bi ad-daulah" [Tiada kemuliaan tanpa Islam.. dan tiada Islam 
tanpa (penegakkan) syariah.. dan tiada syariah tanpa daulah]. Inilah inti 
dakwah yang wajib kita fokus dan laksanakan sekarang disamping kita memupuk 
amal-amal Islam seperti solat, berpuasa, haji, zakat, sedekah, nafilah dan 
seumpamanya sebagai mengukuh nafsiyyah (pola laku) Islamiyyah.

Dalam soal teknik pula, sudah tentu ianya boleh berubah-ubah bentuk dan gaya. 
Rasulullah SAW pernah menggunakan utusan (wakil) untuk menyampaikan dakwahnya 
seperti mengutus Jaafar bin Abi Talib ke Habsyah. Nabi SAW pernah pula 
menggunakan surat (tulisan) sebagai teknik berdakwah misalnya dalam surat 
beliau ke Kaisar Rom dan Parsi. Nabi SAW juga tidak melarang Abu Bakar r.a. 
yang menggunakan teknik lembut lagi bijaksana dalam berdakwah, Nabi SAW juga 
tidak menegah Umat Al-Khattab r.a berdakwah dengan teknik ketegasan dan 
sebagainya. Apapun teknik yang bersesuaian dengan syarak dibenarkan diguna bagi 
menyampaikan maksud (inti) dakwah. Ground rule is kita laksanakan dakwah, bukan 
berdiam diri dan bukan mengira-ngira kesan.

Layari
http://www.mykhilafah.com


      

Kirim email ke