Salam Ustaz,
Saya mempunyai seorang rakan saudara baru lelaki yg mengalami masalah 
rumahtangga dan tidak dpt menyelesaikannya sehingga kini.

Masalahnya beliau masuk Islam sebelum ini kerana ingin berkahwin dgn calon 
isterinya pada waktu itu dan sekarang saya bimbang sekiranya dia gagal 
mempertahankan rumahtangganya, dia mungkin akan kembali ke agama asal.

Dalam masa yg sama saya juga mendapati beliau memang sgt dengkel ilmu agamanya. 
Saya telahpun berusaha membantu sekadar terbaik namun saya perlukan bantuan 
ustaz untuk membimbing beliau secara berterusan melalui program serta kelas 
ilmu asas Islam.

Harap mendapat pandangan bernas Ustaz.



----- Original Message -----
From: [email protected] <[email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Tue Oct 20 00:36:29 2009
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Belajar Faraid

  

Assalaamualaikum pls contact me 4 your answer  my no 0192235811

Sent from my iPhone

On Oct 6, 2009, at 5:26 PM, Azati Annuar  wrote:



          

                salam ustaz....
        
        saya ingin bertanya soalan...
        
        1. Ada seorang ibu yang sudah tua di tanggung oleh anak lelakinya yang 
tidak berkahwin, dan tidak mempunyai saudara mara yang lain. Segala 
perbelanjaan si ibu termasuk kos rawatan yang mahal setiap bulan semuanyer di 
tanggung oleh si anak. Di takdirkan, bukan ibu yang pergi dahulu tetapi si anak 
ini. Setelah permergian anaknya ini, si ibu cuma memperolehi 1/3 dari 
keseluruhan harta si anak. yang lain semua adalah milik baitulmal. Bagaimana si 
ibu ini harus meneruskan kehidupannya dengan kos rawatan yang mahal dan tiada 
punca nafkah? Adakah cara yang sesuai yang boleh dilakukan oleh si anak utuk 
memastikan si ibu dapat sepenuhnya harta peninggalannyer nanti?
        
        
        2. Seorang ayah ingin menyerahkan sebahagian beasr hartanya kepada anak 
gadisnya kerana anak gadisnyalah yang bersusah payah menjaga dia selama ini. 
anak anak lelaki semua tak bole di harap. Jika menurut ustaz wasiat tidak boleh 
digunakan untuk memastikan anak gadisnya mendapat lebih dari saudara lelakinya, 
bagaimanakah cara yang sesuai? terutama dari segi duit di dalam bank. 
        
        harap ustaz dapat memberikan pedoman, 
        

        ________________________________

        From: "[email protected]" <[email protected]>
        To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
        Sent: Thursday, September 17, 2009 5:58:15 PM
        Subject: Help Palestine [hidayahnet] Belajar Faraid
        
          

        
         

        
        Belajar Faraid 
<http://tokkupasirgudang.blogspot.com/2009/04/blajar-faraid.html>  


        Oleh: Ustaz Mat Esa Bin Deraman

         

        Bismillah..Ilmu yang pertama Allah Taala angkat dari dada manusia ialah 
ilmu harta pusaka yang dikenali sebagai Faraid. Ada orang kata susah nak faham 
ilmu ini. Bagi saya, tidaklah susah kalau kita faham kaedahnya dan hanya 
aplikasikannya kepada keluarga kita. Maksud saya ialah hanya melihatnya dengan 
ruang yang khusus untuk kita sahaja. Katakan kita mempunyai seorang ibu dan 3 
adik beradik. Selesaikannya dengan mengandaikan salah seorang daripada keluarga 
kita meninggal. Contoh kalau ibu meninggal, maka yang akan mewaisi 3 beradik 
tadi. Kalau semua lelaki dibahagikan dengan sama rata. kalau 2 lelaki dan 
seorang perempuan maka nisbahnya adalah 2:2:1

        saya ingin berkongsi ilmu ini kepada sesiapa yang berminat. Di sini 
saya lampirkan muqadimah ilmu faraid yang saya catatkan ketika berada di Mesir, 
Alhamdulillah.
        Ilmu pusaka ialah satu ilmu yang membicarakankan bagaimana harta orang 
yang meninggal dunia dibahagikan kepada waris-waris yang berhak mengikut ilmu 
syarak.
        
        Apabila seseorang itu meninggal dunia maka menjadi kewajiban bagi 
mereka yang hidup untuk membahagikan harta simati mengikut hukum Faraid yang 
terkandung dalam Al-Quran,Hadist dan juga Ijma’ Ulama’(persepakatan mereka 
dalam satu-satu hukum syarak)
        
        Hak-hak yang berkait dengan harta simati
        Tiap-tiap harta yang ditinggalkan oleh simati samada berbentuk wang 
ringgit,saham, imbuhan,insuran, rumah,tanah dan sebagainya sebelum dibahagikan 
hendaklah dilaksanakan perkara-perkara yang berikut:


        1-Pengurusan jenazah.
         
        Segala perbelanjaan pengurusan jenazah sepeti upah mandi,kafan dan 
pengkebumian hendak diambil daripada harta simati melainkan kalau ada waris 
yang ingin mengeluarkan perbelanjaan sendiri.Perlu diingat bahawa pemberian 
saguhati kepada orang yang melakukan solat jenazah ataupun belanja untuk 
mengadakan tahlil arwah tidak boleh diambil daripada harta pusaka.


        2-Menunaikan wasiat yang berupa pemberian atau agihan harta.
        
        Sebelum dibahagikan harta pusak waris hendaklah memastikan bahawa 
simati tidak meninggalkan wasiat yang berbentuk pemberian atau agihan 
harta.sekiranya simati sebelum meninggal dunia ada meninggalkan apa-apa wasiat 
maka wajib ditunaikan wasiat ini sebelum dibahagikan harta pusaka dengan syarat 
tidak melebihi 1/3 dan bukannya wasiat ini ditujukan kepada waris yang sudah 
berhak mendapat harta pusaka.Contohnya, kalau sianak sudahpun berhak menerima 
pusaka daripada ayahnya maka dia tidak layak menerima harta wasiat lagi.Dalam 
satu hadist Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud “Tidak boleh wasiat kepada waris”
        
        3-Membayar Hutang
         
        Harta-harta yang ditinggalkan oleh simati diboleh diambil oleh 
mana-mana waris melainkan sesudah dijelaskan hutang simati.Sabda Rasululah 
s.a.w yang bermaksud.”Jiwa orang beriman tergantung disebabkan hutangnya 
sehinggalah dia menjelaskannya” .


        4-Membahagikan harta pusaka kepada mereka yang berhak.
         
        Sesudah dilaksanakan tiga perkara tersebut barulah waris-waris yang 
berhak boleh mengambil harta ini mengikut bahagian-bahagian yang ditentukan 
oleh Allah.
        
        Peringatan.
        Antara hutang dengan wasiat maka perlu didahulukan hutang.sekiranya 
harta yang ditinggalkan hanya cukup untuk penyenggaraan jenazah maka waris akan 
menanggung hutang tersebut.Kalau sekiranya waris tidak mampu maka menjadi 
tanggungjawab Kerajaan Islam bagi membayarnya samada menggunakan wang zakat 
atau seumpamanya.


        Bahagian-bahagian pusaka dalam Al-Quran
         
        Allah s.w.t menyebut tentang kefarduan umat Islam dalam pembahagian 
harta yang adil mengikut hukum syarak.Didalam surah An-Nisa’ dinyatakan secara 
terperinci bahagian-bahagian yang menjadi hak waris-waris tertentu. Antara 
pecahan-pecahan yang disebut oleh Allah ialah 1/3, 1/6, 2/3, 1/2, 1/4, 1/8 dan 
gandaan serta baki selepas penerimaan pecahan.
        Golongan-golongan yang berhak
        
        Apabila seseorang itu meninggal dunia ada 3 golongan yang berhak 
mendapat harta pusaka samada banyak ataupun sedikit.

        1-Suami atau isteri
        2-Ibubapa simati
        3-Anak lelaki atau perempuan
         
        Golongan ini dinamakan sebagai golongan yang wajib menerima harta 
pusaka dan tidak ada yang dapat menghalang mereka sama sekali. Secara umumnya 
kita boleh menyenaraikan kesemua mereka yang berhak mendapat harta. Namun 
dikalangan mereka ini kadang-kadang tidak berhak disebabkan adanya waris yang 
lebih dekat dengan simati.

         
        Ada 15 golongan waris yang lelaki yang berhak mewarisi
         
        1-Ayah
        2-Datuk
        3-Anak Lelaki
        4-Cucu lelaki daripada anak lelaki hingga kebawah seperti cicit dll.
        5-Adik-beradik lelaki seibu sebapa
        6-Adik-beradik lelaki sebapa sahaja
        7-Adik-beradik lelaki seibu sahaja
        8-Anak saudara lelaki seibu sebapa
        9-Anak saudara lelaki sebapa
        10-Bapa saudara seibu sebapa
        11-Bapa saudara sebapa sahaja
        12-Anak bapa saudara seibu sebapa (sepupu)
        13-Anak bapa saudara sebapa (sepupu)
        14-Suami
        15-Bekas tuan yang membebaskan hambanya

         
        Ada 10 golongan perempuan yang dianggap menjadi waris bagi simati
        
         
        1-Ibu
        2-Isteri
        3-Anak perempuan 
        4-Cucu perempuan daripada anak lelaki hingga kebawah seperti cicit 
        dll.
        5-Adik-beradik perempuan seibu sebapa
        6-Adik-beradik perempuan sebapa sahaja
        7-Adik-beradik perempuan seibu sahaja
        8-Nenek sebelah ibu
        9-Nenek sebelah bapa
        10-Bekas tuan yang membebaskan hambanya
         
         
         
        
<http://tokkupasirgudang.blogspot.com/search?updated-min=2009-04-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&updated-max=2009-05-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&max-results=3>
 http://tokkupasirgu dang.blogspot. com/search? updated-min= 2009-04-01T00% 
3A00%3A00% 2B08%3A00&updated-max= 2009-05-01T00% 3A00%3A00% 
2B08%3A00&max-results= 3
         


                Messages in this topic 
<http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/message/44132;_ylc=X3oDMTM3dmdrcmJuBF9TAzk3MzU5NzE0BGdycElkAzEwOTU3NjgxBGdycHNwSWQDMTcwNTA3NjE3OQRtc2dJZAM0NDI0MQRzZWMDZnRyBHNsawN2dHBjBHN0aW1lAzEyNTU4OTUwOTkEdHBjSWQDNDQxMzI->
 (2) Reply (via web post) 
<http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/post;_ylc=X3oDMTJyYzNvNXZkBF9TAzk3MzU5NzE0BGdycElkAzEwOTU3NjgxBGdycHNwSWQDMTcwNTA3NjE3OQRtc2dJZAM0NDI0MQRzZWMDZnRyBHNsawNycGx5BHN0aW1lAzEyNTU4OTUwOTk-?act=reply&messageNum=44241>
 | Start a new topic 
<http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/post;_ylc=X3oDMTJmdG04amkzBF9TAzk3MzU5NzE0BGdycElkAzEwOTU3NjgxBGdycHNwSWQDMTcwNTA3NjE3OQRzZWMDZnRyBHNsawNudHBjBHN0aW1lAzEyNTU4OTUwOTk->
 
        MARKETPLACE
        Mom Power: Discover the community of moms doing more for their 
families, for the world and for each other 
<http://us.ard.yahoo.com/SIG=14k0d1cn0/M=493064.12016295.13271503.10835568/D=groups/S=1705076179:MKP1/Y=YAHOO/EXP=1255902299/L=/B=0XEqBkPDhF4-/J=1255895099283316/K=3Wnhct.loN9ZEPMBbXV8tQ/A=5697381/R=0/SIG=11eaa5dke/*http://groups.yahoo.com/group/mompowergroup/>
  




DISCLAIMER: This e-mail and any files transmitted with it ("Message") are 
intended only 
for the use of the recipient(s) named above and may contain confidential 
information.
You are hereby notified that the taking of any action in reliance upon, or any 
review, retransmission,
dissemination, distribution, printing or copying of this Message or any part 
thereof by anyone other than
the recipient(s) is strictly prohibited. If you have received this Message in 
error, you should
delete this Message immediately and advise the sender by return e-mail. 
Opinions, conclusions
and other information in this Message that do not relate to the MCMC shall be 
understood as neither
given nor endorsed by the MCMC.

Kirim email ke