*
Diceritakan oleh Syeikh Malik bin Dinar bahawa ketika beliau sedang
makan di dalam rumah, tiba-tiba beliau terpandang seekor kucing datang
meluru ke arahnya. Lantas mengambil seketul daging dari pinggannya lalu
melarikan diri.

Beliau terperanjat melihatkan yang demikian. Walau bagaimana pun beliau
terus bangun lalu mengikut dari belakang ke manakah si kucing tadi
membawa seketul daging tersebut. Rupa-rupanya si kucing berlari sambil
menggigit seketul daging menuju ke sebuah lubang. BIla sampai di depan
lubang tersebut si kucing pun mencampakkan daging yang digigitnya itu.
Lalu berundur sedikit ke belakang.

Tidak lama kemudian rupa-rupanya keluar seekor ular yang buta kedua
matanya lalu memakan daging tersebut.

Begitulah Allah SWT memberi rezeki kepada sekalian makhluk-Nya.

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 11/03/2009 09:51:00 AM

Kirim email ke