PROGRAM CUTI SEKOLAH...
SYARIKAT : ADNIN MANAGEMENT & TRAINING CENTRE
BLOG : adnintc.blogspot.com
EMEL : [email protected]


PROGRAM:
KEM MOTIVASI ANAK SOLEH

TARIKH & TEMPAT:
22 - 24 NOV 2009
MUARA BEACH RESORT, PANTAI REKREASI BALOK, KUANTAN, PAHANG

12 -14 DIS 2009
KEM SRI RAUDHAH, GOMBAK SELANGOR

TEMPOH PROGRAM:
3 HARI 2 MALAM
PENDAFTARAN : 11.00 PAGI

YURAN :
RM 165.00
( MAKAN, MINUM, TEMPAT TINGGAL, FAIL PROGRAM, MODUL & BUKU PROGRAM)

OBJEKTIF:
MENGIMBANGI KEPERLUAN ASAS PESERTA DARI SUDUT JASMANI, EMOSI. ROHANI & 
INTELEKTUAL.

MEMBAWA ANAK - ANAK KEMBALI MERASAI SEMANGAT RASA HIDUP BERTUHAN.

MEMUPUK DAN MENANAM BENIH SEMANGAT KEKELUARGAAN, KASIH SAYANG, BERTOLAK ANSUR, 
BIJAK BERDIKARI, PANDAI MENILAI KEKURANGAN DIRI.

MEMBERI & BERKONGSI TIPS - TIPS MERUBAH DIRI AGAR MENJADI INSAN YANG BERANI DAN 
MENGHARGAI DIRI.

MEMBERI KESEDARAN KEPEDA PESERTA NIKMAT BERIBU DAN BERBAPA HANYA SEMENTARA 
SAHAJA. BILA BILA MASA MEREKA AKAN PULANG MENGHADAP YANG ESA.

BERMINAT/ PERTANYAAN:
SMS/ EMELKAN MAKLUMAT NAMA, TAHUN @ TINGKATAN, ALAMAT DAN NO.TEL  PESERTA KE : 
013 984 0474














--- On Sun, 10/25/09, [email protected] <[email protected]> wrote:

From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Sejadah Berdiri??
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Sunday, October 25, 2009, 3:38 PM






 






Dari:  http://muzir. wordpress. com/2009/ 10/24/sejadah- berdiri/

Sejadah Berdiri
Posted on October 24, 2009 by shahmuzir


 
Oleh:  Shahmuzir Nordzahir (www.muzir.wordpress .com)
 
Semalam (Jumaat), saya diberitahu bahawa berlaku fenomena sejadah berdiri di 
sebuah sekolah agama di Klang.  Saya mengerut dahi, memikiri ia barangkali 
diambil contoh dari beberapa peritiwa yang dilaporkan berlaku di Kelantan dan 
Kedah baru-baru ini.
 
2 orang muslimah menunjukkan gambar 2 sejadah ‘berdiri’ yang dirakamkan oleh 
mereka di surau sekolah tersebut.  Satu di hadapan dan satu lagi di belakang.  
Terdapat rehal al-Quran di hadapan 2 sejadah yang ‘berdiri’ tu.
 
“Wah, ni siap ada sutrah ni.  Bagus ni.  Ikut sunnah.”  Saya bergurau.
 
“Hehe”  dua orang muslimah yang menunjukkan gambar itu kepada saya tersenyum.
 
“Sudah dirungkai sejadah-sejadah tu?”  Saya bertanya.
 
“Ya, sudah”  Mereka menjawab.
 
“Alhamdulillah, bagus.  Jangan dikongsi dengan sesiapa pun akan gambar tu.  
Jangan di’publish’ di internet seperti di blog atau youtube.  Nanti ’susah’”  
Pesan saya, lalu menasihati mereka beberapa perkara yang berkaitan dengan 
peristiwa tersebut.
 
Ada 2 kemungkinan sahaja.  Samada ia benar atau palsu. 
 
Jika ia benar, orang yang melihat fenomena itu sepatutnya mengambil iktibar 
dari hal yang berlaku.  Barangkali ia peluang buatnya melihat keajaiban 
tersebut dan hendaklah dia mengucapkan syukur padaNYA kerana asbab darinya 
imannya semakin bertambah kepada ALLAH subhanahu wata’ala.  Dan selepas itu, 
simpanlah ia kemas-kemas di dalam memori buat diri sendiri dan jika ingin 
berkongsi, kongsilah dengan orang yang dipercayai dan amanah orangnya. 
 
Namun, dikhuatiri dengan mengongsikan berita tersebut, diri kita akan 
dihinggapi riak dan ujub.  Apa yang biasa dilakukan oleh para soleh, 
perkara-perkara ajaib yang berlaku pada dirinya, dia diamkan sahaja.  Ini 
dipanggil karomah.
 
Itu jika benar.  Dan tidak mustahil ia mungkin benar.  Kerana ALLAH subhanahu 
wata’ala berkuasa untuk menjadikan sesuatu samada akal boleh menerimanya atau 
tidak.  Kerana DIA MAHA BERKUASA.  DIA kata “kun”, “fayakun”.
 
Namun, pelikkah peristiwa sejadah ‘berdiri’ yang berlaku?  Benarkah berita 
itu, sehingga perlu untuk kita mengambilnya sebagai sesuatu yang serius?  
Jangan tergesa-gesa dan terburu-buru mempercayainya.  Orang yang cerdik akan 
selidik dahulu berita yang sampai kepadanya.  Antara percaya dengan tidak 
sikapnya, sehinggalah disahkan akan kesahihan berita itu.  Bukan sahaja 
disahkan kesahihan berita, malah sahih pulak untuk dijadikan hujjah.
 
Saya cenderung untuk tidak mengambilnya sebagai suatu berita yang serius (namun 
hakikat hal benar atau salah saya serahkan pada Yang Maha Mengetahui).  Ada 
beberapa sebab:


Berita tentang sejadah berdiri yang dikatakan sedang solat ini sudah saya dapat 
lebih kurang 2 tahun yg lalu melalui youtube.  Ia barangkali ditiru dari 
kejadian yang berlaku di sana oleh budak-budak nakal yang ingin mengusik. 

Ia barangkali dilakukan oleh individu atau sekumpulan individu yang bertujuan 
ingin menimbulkan keinsafan di kalangan masyarakat.  Tapi, menggunakan penipuan 
dan pembohongan untuk menyampaikan mesej taqwa.  Ini suatu tindakan yang 
salah.  Terlalu ramai orang melakukan perkara ini.  Konon untuk meninsafkan 
orang lain.  ‘Hadith-hadith palsu’ dicipta oleh golongan ini.

Media perdana melaporkan peristiwa tersebut berlaku di Kelantan, kemudian di 
Kedah dan ia akan menjadi contoh untuk dilakukan di tempat-tempat lain untuk 
disensasikan.  Biasanya begitulah berlaku.

Bentuk sejadah yang ‘berdiri’ itu tidak pelik.  Kerana ia mudah dilakukan oleh 
sesiapa pun.  Justeru, ia bukan benda yang ajaib yang perlu kita rasa ajaib.
Muslimin muslimat sekalian,
 
Memang fitrah manusia suka akan berita-berita sensasi, pelik dan ajaib ini.  
Sebahagian kisah2 sensasi, ajaib dan pelik ini digunakan untuk menarik 
perhatian manusia lain, untuk diambil manfaat dan iktibar, untuk menginsafkan 
orang lain, untuk suka-suka, untuk berhibur dan bermacam-macam tujuan.
 
Namun, apabila kisah2 ajaib dan pelik ini ingin dikaitkan dengan agama, kita 
harus berhati-hati.  Kerana hal agama bukan benda main-main.  Ia suatu yang 
tinggi yang datangnya dari Yang Maha Tinggi.  Takut ia menjadi fitnah kepada 
agama yang suci. 
 
Kejadian yang berlaku pada diri kita sudah sangat ajaib untuk kita berasa 
ajaib.  Tubuh badan yang terdiri dari pelbagai sistem boleh saja kita syukuri 
dan takjubi akan kejadiannya. 
Malah awan yang berjalan di langit, semut yang merangkak, air yang mengalir, 
udara yang disedut, bukit yang gah berdiri, matahari, bulan dan segala-gala 
yang wujud dan berlaku di sekeliling kita bisa saja menjadikan kita manusia 
yang sangat-sangat bersyukur, andai kita mahu merenung dan berfikir tentangnya 
dan mengaitkannya pula dengan Yang Maha Pencipta.
 
Menyentuh kisah sejadah ‘berdiri’ yang kecoh musim ini, kita tidak memerlukan 
kisah ajaib yang tidak ajaib ini.  Apa yang merisaukan kita adalah kisah-kisah 
ini bakal menjadikan kita ummat yang ditertawakan.  Telah banyak kisah-kisah 
yang disebut di dalam akhbar dan internet yang dikhabarkan sebagai ajaib dan 
pelik dan dikaitkan pula dengan ISLAM, walhal ia direka-reka oleh individu yang 
tidak bertanggungjawab.  Tujuannya baik, namun disebabkan caranya salah, dengan 
mudah ia dibuktikan palsu oleh orang lain.  Dan secara tidak langsung atau 
secara langsung, kepalsuan itu akan dikaitkan dengan agama kita lantaran sikap 
bodoh dan terburu-buru sebahagian ummatnya.  Terfitnahlah ISLAM!
 
Ikhwanul muslimin,
 
Terkandung di dalam Al-Quran dan as-Sunnah pelbagai rahsia untuk kita 
rungkaikan.  Dan dijamin ia adalah datang dari Tuhan Yang Maha Benar.  Telah 
ramai yang masuk ISLAM apabila mereka mula membaca dan memahami inti al-Quran 
dan as-Sunnah.  Kerana keajaibannya tidak dapat ditandingi dek lain-lain 
keajaiban.  Iman bisa naik dan subur tatkala kita cuba memahaminya.
 
Tinggalkanlah segala hal dan berita yang belum pasti.  Buangkanlah perasaan 
ghairah terhadap perkara-perkara pelik dan ajaib yang belum sohih.  Kembalilah 
kepada kalam ALLAH yang pasti benar.
 
Akhir kalam, renungkanlah firman ALLAH yang dipetik dari surah al-Baqarah, ayat 
190 & 191 yang berikut untuk sama-sama kita ambil manfaat daripadanya:

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَاخْتِلافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ 
لآيَاتٍ لأولِي الألْبَابِ
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan 
siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,”
 
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ 
وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا 
بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam 
keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi 
(seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan 
sia-sia.  Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.”

 
SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR
Takaful IKHLAS - Financial Advisor
h/p  :  019-3826408
email:  shahmu...@yahoo. com
 































      

Kirim email ke