ASSALAMU'ALAIKUM WRTH
kepada SESIAPA YANG BERMINAT Ybhg. Dato'/Datin / Tuan/ Puan, UNDANGAN KE SEMINAR TAKHRIJ HADITH NUSANTARA 2009 Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan Seminar Takhrij Hadith Nusantara peringkat antarabangsa pada 30 dan 31 Disember 2009. Butir-butir seminar adalah seperti berikut: Hari: Rabu dan Khamis Tarikh: 30 dan 31 Disember 2009 Tempat: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Seminar ini akan dihadiri oleh para pembentang utama yang dijemput dari dalam negeri dan pembentang dari luar seperti Indonesia, Singapura dan Brunei. Penyertaan dari pihak yang berminat amatlah di alu-alukan. Sila hubungi Sekretariat Seminar Takhrij Hadith Nusantara untuk urusan penyertaan atau membentangkan kertas kerja (jika berminat) dalam seminar ini. Kesudian Dato'/Datin / Tuan/ Puan untuk melapangkan masa bagi menghadiri siri seminar ini didahului dengan ucapan terima kasih. Khadher Ahmad S/U Seminar Takhrij Hadith Nusantara 2009 Nota: Sekretariat Seminar Takhrij Hadith Nusantara Tel : +603-79676010 / 6046 / 6155 H/P : +6012-6652451 (En. Khadher), +6019-5565611 (En. Hasbullah) Email : [email protected] <mailto:[email protected]> Blog : www.takhrijhadith.blogspot.com <http://www.takhrijhadith.blogspot.com/>
