Malaysia kini peneraju kewangan Islam

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Malaysia kini menjadi peneraju dalam pasaran kewangan 
Islam antarabangsa dengan modal pasaran mencecah RM803 bilion sehingga 31 Ogos 
lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jumlah pasaran modal itu 
mewakili 54 peratus daripada modal pasaran Bursa Malaysia.

Sukuk juga mengekalkan penguasaannya dalam pasaran bon Malaysia yang berjumlah 
58 peratus daripada jumlah pasaran bon tempatan.

"Pasaran modal kewangan Islam Malaysia merupakan antara yang terbaik dan tumbuh 
begitu pantas pada kadar yang berpatutan dan dengan pelbagai tawaran produk, 
infrastruktur serta pelabur berpotensi mampu meletakkan Malaysia sebagai sebuah 
negara perkembangan kewangan Islam terbesar di dunia," katanya dalam ucapan 
perasmian Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) keenam di sini hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, sejak pengenalan sukuk pada tahun 
2002, sudah terdapat petanda yang konsisten di dalam aliran inovasi kewangan 
berasaskan syariah di negara ini.

Ujarnya, melihat kepada masa depan permintaan produk-produk pasaran modal Islam 
tidak akan berkurangan sama ada dalam negeri atau antarabangsa.

"Permintaan yang tinggi di kalangan pasaran kewangan antarabangsa untuk 
meningkatkan industri ini akan membantu meluaskan lagi capaian kewangan Islam 
dan kemahiran peserta-peserta industri ini di peringkat lebih tinggi," katanya.

Najib berkata, sehingga suku kedua tahun ini Malaysia telah mencapai kejayaan 
yang membanggakan di dalam kewangan Islam dan ia telah dibuktikan dengan sektor 
itu telah mengeluarkan pembiayaan sebanyak RM115 bilion yang mewakili 15.5 
peratus portfolio keseluruhan industri perbankan tempatan serta pembiayaan 
tidak berbayar kekal pada kadar 2.4 peratus.

Selain itu katanya, sektor takaful juga menunjukkan pertumbuhan 
memberangsangkan dengan jumlah dana aset terkumpul meningkat 19 peratus bagi 
tempoh sehingga 30 Jun lalu.

Mohd Faizal Bin Zulkifli
BEng (Hons) Mechanical
Technical Engineer/Unit Trust Agent ( Public Mutual )
Resintech-Kapar Sdn Bhd
H/P: 013-6286519
Email: [email protected]
Website: www.resintechmalaysia.com
Blog: www.webvideoklip.blogspot.com


Kirim email ke