Assallamualikum, Kebanyakkan kepulauan Indonesia sememangnya termasuk dalam lingkaran api yang mana kebanyakkan fenomena alam seperti gempa ( tsunami terjadi akibat dari gempa yang kuat dan dasar laut terjadi gelinciran yang besar ) dan letusan gunung berapi . Kalu dulu kurangnya terjadinya fenomena alam di rantau ini ( ada terjadi tetapi tak sekerap sekarang ) kerana ianya menjadi semakin aktif apabila terjadinya gempa dan ianya akan mengaktifkan yang lain . Dari masa kesemasa yang lain Indonesia takkan sunyi dari kejadian alam ini sehinggalah " habis tempohnya " ( termasuklah kejadian letusan gunung berapi ). Memanglah semua kejadian telah Allah SWT tetapkan di Loh Mahfuz, tapi kalu nak samakan dengan masa dan ayat Al Quran rasanya tak adil . Satu aje soalannya " Apakah sama jam kita ( manusia ) dgn JAM ALLAH SWT " ???? . Sedangkan tarikh Islam kita pun kelam kabut, apalagi kita nak tentukan masa dan saat . Sebagai contoh kalu dolu kita nak tetapkan puasa dan raya guna rukyah ( anak bulan ), akibatnya Nusantara ini punya tarikh yang berbeza..sekarang inilah kita guna falak dan rukyah . Jadi tak yalah kita nak meramal kemurkaan Allah SWT dengan guna akal kita yang pendek. Tak tercapaileh otak kita yang lembab nii. Cuma kita sebagai manusia yang punya perjanjian dgn Allah semasa terpacul di dunia ini perlulah sentiasa ingat dan kerjakan suruhannya . Tak yalah nak pandai2 keluarkan " fatwa " sendiri. Kan Allah dah berfirman " Jika Dia berkehendakkan sesuatu maka katanya Jadilah lalu Jadilah ia " Wassallam -----Original Message----- From: [email protected] [mailto:[email protected]] On Behalf Of rozaimy baharuddin Sent: Monday, October 26, 2009 11:31 AM To: Ikhwanul Muslimun Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Kisah Jemaah Tabligh di Padang, Sumatera aku nak kata, mari kita belajar geografi balik. bukan ke memang sepanjang sumatera, pulau jawa sehingga belakang sabah adalah garisan gempa bumi (entah apa nama saintifiknya). Maka normalle kalau selalu berlaku gempa bumi. Tak ada kena mengena dengan dosa atau pahala. Just kejadian alam bagi aku. Biasa le kita, bila berlaku bencana senang-senang tuduh itu ini. Siap samakan dgn surah-surah tertentu dlm Al-Quran (sama jam minit gempa bumi dgn nombor ayat). semua tu mengarut aje. Depa lupa Nabi kita pernah memohon Allah tidak menjatuhkan bala seperti mana yg berlaku ke atas kaum-kaum sebelumnya. 2009/10/20 <> Salam. Saudara Rozmal dan lain-lain, Mungkin ramai yang tidak perasan yang muslim di Indonesia mengamal ajaran Mazhab yang lain dari Shafie. Sebab itu tuan ada sebut mereka memelihara anjing, termasuk ulama. Jangan terperanjat mereka juga diharuskan memakan anjing. Dalam ayat Quran Allah hanya menyebut pengaharaman Darah, bangkai, babi dan sembelihan yang disebut selain Allah. Justeru kepada mereka anjing is ok. Bukan kerana lamah agama, itu adalah lumrah dan tidak haram bagi mereka. Begitu juga dengan orang Pakistan, bagi mereka tidak mengapa bersentuhan dengan anjing melainkan terkena air liur anjing. Kalau di Afrika, ikan keli itu haram. Ramai orang Malaysia yang mengatakan orang Islam Afrika bodoh. Mereka kelaparan sedangkan dalam sungai dan parit mereka banyak ikan keli. Nak buat macam mana. Ini soal faith (aqidah?), bagi mereka haram. Perhatikan pemimpin besar Pakistan seorang Presiden seorang perempuan/wanita. Mereka boleh terima dan mereka sanjung. Adakah orang Melayu di Malaysia boleh terima Perdana Menteri seorang perempuan? Apa kata Islam? Pada tahun 70'an dan 80'an, ramai orang Indonesia di Malaysia yang memakan anjing, mungkin pada sangkaan mereka orang Malaysia juga begitu. Malah pernah kecoh kerana ada yang menjual sate daging anjing, berjaja dengan motosikal di kawasan perumahan. Tambah lagi ada pula yang bukan Islam. Sebelum menyedari mungkin sudah ramai orang Malaysia yang termakannya. Kalau di tempat binaan, kalau ramai pekerja Indnesia, rezeki besar bagi mereka jika anjing liar berkeliaran. Setelah menyedari bahawa amalan kita berbeda mereka lakukannya secara sulit. Jika orang Malaysia keluar negara, baru mereka sedar bahawa di luar sana tidak sama dengan Malaysia. Mazhab berbeda maka sudah semestinya amalan dan cara hidup turut berbeda. Orang Islam di negara Bulkan, orang perempuan pakai skirt ke paras betis. Saya kira orang Indonesia juga begitu. Bagi mereka OK. Jangan kita harapkan bahawa orang lain sama dengan kita,. Inilah yang banyak silap dengan orang Melayu, mereka fikirkan bahawa orang lain harus sama dengan mereka. Hakikatnya TIDAK. Kita yang perlu memahami dan mengerti dan terima hakikat ini. Sudah ada peringatan lama dahulu di Indonesa. Ia berlaku di Lampong, tsunami yang menenggelamkan Lampong. Kemudian di Acheh sekali lagi. Kini di Padang dengan Gempa Bumi. Semasa berlaku tsunami di Acheh, Kuala Muda, Kedah dilanda dengan tempiasannya. Apa yang kita dan para ulama buat ialah fikir dan kaji kenapa ia melanda di kawsan tersebut. Apa yang mereka buat yang orang lain tidak buat atau apa yang mereka tidak amalkan yang orang lain amalkan. Kini kita ada dok mengatakan Indonesia, dengan berbagai ragam amalan agama atau non-agama. Kalau kita tengok generasi muda kini, termasuk yang tua juga, insyaAllah tidak lama lagi fenomina yang sama menular di Malaysia. Bezanya kita lambat sikit. Hakikatnya kita pun menuju ke arah sebegitu juga. Fikir-fikirkanlah. _____
From: "roz...@yahoo. <mailto:[email protected]> com" <roz...@yahoo. <mailto:[email protected]> com> To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro <mailto:[email protected]> ups.com> Sent: Tuesday, October 6, 2009 3:21:43 Subject: Help Palestine [hidayahnet] Kisah Jemaah Tabligh di Padang, Sumatera (Padang banyak kaitannya dengan Negeri Sembilan , terutamanya di Rembau. Janganlah biarkan masjid-masjid di Rembau dan seluruh N.Sembilan ini mati apatah lagi dirobohkan) Diedit dari laman blog Ustaz Hambali http://hambalialors tari.blogspot. com/2009/ <http://hambalialorstari.blogspot.com/2009/10/padang-yang-aku-kenali.htm l> 10/padang- yang-aku- kenali.html Padang Yang Aku Kenali : Namun begitu usaha agama di Padang agak perlahan berbanding dengan Medan, Pekan Baru dan juga Jambi. Kesemua tempat ini telah pernah aku keluar di sana. Pekan Baru pada tahun 1985, Medan pada tahun 1997 dan Jambi 2006. Masjid lebih ramai wanita yang hadir daripada lelaki. Malah ada masjid yang pengerusinya (Ketua masjid) adalah perempuan. Malah ada sesetengah masjid yang ada tempat mandiannya mereka mandi bogel tanpa sebarang rasa malu. Ini berlaku di hadapan mata kami sendiri. Hairannya tidak ada sebarang teguran dibuat. Antara perkara unik yang aku dapati adalah pemeliharaan anjing di rumah orang-orang Islam seperti memelihara kucing di sini. Malah ada ulama yang aku khususi pun memelihara anjing. Bila usaha agama begitu lembab maka natijahnya amalan agama makin pudar. Satu pulau yang berdekatan hampir 80% penduduk Islam di sana telah murtad. Sebenarnya Padang adalah tempat lahir berbagai ulama besar di Indonesia, Imam Bonjol, Kiyai H.Sulaiman Rasyid dan Prof.Dr. Hamka adalah berasal dari sini. Hari ini Padang telah musnah dengan gerak gempa. Ratapan, tangisan dan kesedihan oleh penduduknya hasil kesan dari bencana berkenaan. Semuga Allah swt mengembalikan Padang seperti peringkat awalnya dan ianya memerlukan usaha dan doa kita semua. ************ ********* ******* AMAL MALAYSIA rayu bantuan mangsa gempa bumi Padang KUALA LUMPUR, 6 Okt: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia) menyeru seluruh rakyat yang prihatin untuk menghulurkan sumbangan kepada mangsa gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, Indonesia Rabu lalu. Menurut Presidennya, Husin Ismail dalam laman rasmi NGO berkenaan, Amal Malaysia mangambil tanggungjawab untuk menjadi perantara kepada masyarakat Malaysia yang mempunyai kesedaran untuk menyalurkan bantuan khususnya bantuan kewangan kepada mangsa yang sedang berhadapan dengan ancaman maut akibat bencana alam yang melanda. "Misi bantuan kemanusiaan AMAL lebih tertumpu kepada bidang perubatan, bantuan makanan, khemah penginapan sementara, dan bekalan air bersih. Sehubungan itu, beliau berkata, AMAL Malaysia mengalu-alukan penyertaan tenaga-tenaga perubatan serta tenaga-tenaga pakar yang ingin mengambil pengalaman berkhidmat dengan misi kemanusiaan. Mereka boleh dihubungi di talian 03-61874382 atau datang terus ke pejabat di alamat 127-2, Jalan SBC 1, TAman Seri Batu Caves, Selangor. Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut juga boleh menghubungi Husin sendiri di talian 019-9511860, Jamuliddin yang juga Ketua Bantuan Kemanusian di talian 019 6644796 atau laman web http://www.amalmala ysia.net <http://www.amalmalaysia.net/> Manakala bantuan kewangan boleh disalurkan ke akaun Yayasan AMAL Malaysia iaitu: MAYBANK Malaysia Berhad (MBMB) NO: 553010122090, Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) NO: 13010002499715 dan Hongkong & Shanghai Bank (HSBC No: 001057884021 http://harakahdaily .net/index. php?option= <http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22704 &Itemid=1> com_content& task=view& id=22704& Itemid=1 _____ New Email names for you! <http://sg.rd.yahoo.com/aa/mail/domainchoice/mail/signature/*http:/mail. promotions.yahoo.com/newdomains/aa/> Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail. Hurry before someone else does! -- Rozaimy Baharuddin http://www.komputer <http://www.komputer.com.my> .com.my OFFER buang saka RM130, jaminan 6 bulan
