Program Ibadah Qurban Eidul Adha 1430H / 2009M Persatuan Ulama Malaysia Allah swt berfirman: "Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah (sebagai tanda syukur)" - Al Kautsar (108:1-2) Seringkali kita didedahkan dengan keadaan umat Islam yang serba kekurangan ketika menyambut perayaan utama Islam seperti Eidul Fitri dan Eidul Adha. Paparan kesedihan, kedaifan, ketiadaan makanan dan sebagainya cukup menginsafkan. Pada tahun ini, PUM terus prihatin dan rasa terpanggil untuk membantu mereka dengan kaedah pelaksaan Ibadah Qurban. Hasrat kami, agihan daging qurban akan diusahakan untuk fakir miskin, saudara baru yang kurang terbela seperti masyarakat orang Asli, umat Islam yang berada di daerah minoriti seperti di Thailand / Filipina, ibu tunggal setempat dan lain-lain golongan yang kurang bernasib baik. Oleh itu, pihak PUM merayu dan menjemput pihak-pihak yang berminat untuk melaksanakan ibadah qurban yang murni ini untuk bersama-sama dengan kami membantu rakan umat Islam yang berada di dalam keadaan susah. Harga Satu bahagian lembu: RM 350.00. Pemilihan Binatang Qurban Pemilihan binatang qurban akan dilakukan dengan cermat berdasarkan syarat binatang yang boleh dibuat qurban itu sendiri iaitu: i. cukup umur: binatang qurban akan dipastikan berumur lebih 2 tahun ii. tidak cacat: binatang qurban akan dipastikan tidak mempunyai sebarang kecacatan seperti tempang, cacat mata, kurus yang melampau dan lain-lain. iii. Sembelihan sah: binatang qurban akan dipastikan disembelih dengan sah pada hari 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah, dan terus diagihkan kepada penerima. Tempat Majlis : i. Sasaran khusus: Masyarakat orang Asli saudara baru di Kampung Putra, Spg Durian, Jelebu, Negeri Sembilan, dan Masyarakat Islam Timor Leste. ii. Sasaran umum: akan ditentukan kelak (rumah anak yatim / saudara baru/ masjid / surau / luar Negara (Palestin / Mindanao / Kemboja / Vietnam / Selatan Thai / Aceh) Doa Wakil Wakil yang melakukan sembelihan membaca doa seperti: “Dengan nama Allah dan Engkau Yang Maha Besar, ini daripadaMu dan untukMu. Terimalah Ya Allah daripada si fulan, si fulan.....” Bantulah mereka dengan Ibadah qurban kita. "saya menyeru kepada yang berkemampuan agar kita melakukan ibadah qurban sebagai salah satu bentuk sumbangan dari kita demi membantu masyarakat yang kurang bernasib baik dikalangan umat Islam. Semoga dengan dengan niat yang ikhlas dan murni dalam melaksanakan ibadah qurban ini memungkinkan kita meraih ganjaran Ilahi buat bekalan di hari kemudian." Dato' Al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir, YDP-PUM. HUBUNGI: Sekretariat Ibadah Qurban PUM, 8-4, The Right Angle, Jalan 14/22, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Sdr. Azmi : 03-79554300 / 013-384 0710 Tel / Faks : 03-7955 4300 Email : [email protected] Website : http://qurbandiulamak.wordpress.com Borang : http://qurbandiulamak.files.wordpress.com/2009/10/borang-penyertaan-qurban-pum4.pdf Persatuan Ulama' Malaysia 8-4 The Right Angle, Jalan 14/22, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan http://www.e-ulama.org http://ulamadaily.blogspot.com/
