SEKETUL KEJU DAN SEHELAI TUALA KECIL
�
�
oleh: Ustazah Noorbayah Mahmood.
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke
dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung
kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang
kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah
bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas
gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi
berjumpa ibuku di dalam neraka.
Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga
kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana
kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada
sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk
menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia
menerima balasan sebegitu
rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan
ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda
itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan
kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan
hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang
menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.
Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.
Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung
azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu
amat mentaatimu dan menurut perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah
dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu
adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk
sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat
air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga
melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.
Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis
itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu
menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis
tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau
dan semua umat islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas
berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan
pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah- mudahan segala dosanya terampun.
INSYALLAH"
"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK
MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..."
�
regards
mazlina
www.pokoksena85.blogspot.com
www.mazlina85.blogspot.com