Pada tahun 2008 PAS Kawasan Rembau telah menganjurkan Projek “SEKOLAHKAN 
MEREKA” dengan sasaran Sifar Keciciran di kalangan pelajar sekolah rendah dan 
menengah di seluruh parlimen Rembau.

PAS Kawasan Rembau yang dipimpin oleh Yang Dipertuanya YB Tuan Hj Mohamad 
Taufek Abd Ghani (ADUN Paroi) , menyedari masih ada kanak-kanak dan para remaja 
yang tidak mampu untuk meneruskan persekolahan samada peringkat rendah mahu pun 
sekolah menengah.

Keciciran pelajar akan mendatangkan kepada pelbagai masalah antaranya gejala 
sosial , kerugian sumber manusia , kemiskinan dan ketidak seimbangan ekonomi.

Antara masalah yang ditemui mengapa kanak-kanak serta para remaja tidak dapat 
menamatkan persekolahan peringkat rendah dan menengah tidak mampu membayar buku 
tambahan, yuran peperiksaan , pakaian sekolah , pengangkutan ke sekolah dan 
perbelanjaan makan minum di sekolah.

Antara faktor yang menyebabkan pelajar ini dikategori bermasalah dari segi 
kewangan ialah kematian ibu bapa atau penjaga , ibu bapa atau penjaga 
menghadapi penyakit yang kritikal atau ditimpa kemalangan serta ibu bapa yang 
dipenjarakan yang menyebabkan mereka terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja 
sebagai pekerja bawah umur untuk membantu menyara keluarga serta menjaga 
adik-adik.

Justeru itu PAS Kawasan Rembau menggesa kepada semua pihak yang mempunyai 
maklumat pelajar-pelajar yang tidak dapat meneruskan persekolahan di daerah ini 
agar menghubungi AJK PAS Kawasan Rembau.

Projek “SEKOLAHKAN MEREKA , MATLAMAT SIFAR KECICIRAN” ini tidak akan berjaya 
tanpa sokongan daripada semua pihak. Mereka yang ingin membantu menyekolahkan 
pelajar yang keciciran dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan , 
pakaian dan kelengkapan persekolahan dan sebagainya bolehlah menghubungi nombor 
berikut :

Tn Hj Roni 012-2268230 Ketua Lajnah Kebajikan Kawasan Rembau
Sdr Sufian 017-2446215 Ketua Pemuda Kawasan Rembau
Pn Wani 013-3851202 Ketua Muslimat Kawasan Rembau
Sdr Rozmal 012-2267406 Timbalan Dipertua Kawasan Rembau

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Akaun : DEWAN PEMUDA PAS KAW REMBAU , 
No Akaun : 05012010065457 Bank Islam Malaysia Berhad.

Disamping melancarkan projek SEKOLAHKAN MEREKA , PAS Kawasan Rembau juga sedang 
merangka pelan bertindak untuk mengatasi masalah ponteng sekolah dengan sasaran 
sifar ponteng sekolah.

Rencana Projek Sekolahkan Mereka Musim Pertama pada pautan berikut 
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/10/pas-rembau-lancar-projek-sekolahkan.html





Kirim email ke