Macamana rakyat tak marah, jalan berlubang hampir separuh jalan dah hampir 2 
bulan tidak dibaiki. Jalan pula jalan utama di Senawang, iaitu Persiaran 
Senawang 2 depan Taman Kemuning.

Setakat 6 November 2009 jalan berlubang yang runtuh hampir separuh jalan masih 
belum dibaiki. Entah berapa kali ada kemalangan atau hampir kemalangan tak 
tahulah.

Dalam akhbar dah dilapor pada 18 Sep 2009. Pada wakil rakyat YB Hj Mohamad 
Taufek ADUN Paroi (AJK PAS Pusat) dah dilapor, pada ahli parlimen Rembau YB 
Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO Malaysia) mungkin dah dilapor. Power-power 
semua tu. Tapi jalan tak juga repair-repair.

Ini bukan fitnah, ini kenyataan.

Gambar jalan rosak dan lokasi pada pautan berikut 
http://waghih.blogspot.com/2009/11/camne-orang-senawang-tak-marah-kat.html

******************
Dari Blog ADUN Paroi 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2009/09/jalan-berlubang-undang-bahaya.html

Sinar Harian 18 Sep 2009

SENAWANG – Pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa segera membaiki jalan berlubang 
berhampiran Taman Kemuning dan Taman Senawang Jaya dekat sini yang dikhuatiri 
mengundang risiko kemalangan jalan raya di kawasan terbabit.

Jalan berlubang dipercayai disebabkan kerja mengorek longkang itu tidak ubah 
seperti perangkap maut yang boleh mengakibatkan kemalangan serius terutamanya 
kepada penunggang motosikal.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, sememangnya terdapat penghalang jalan 
diletakkan, namun ia merbahaya dan mengganggu lalu lintas terutama ketika waktu 
puncak memandangkan sebahagian jalan terpaksa ditutup disebabkan masalah 
berkenaan.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story4977224.asp





Kirim email ke