*H*endak berlaku adil dalam pemerintahan bukanlah mudah.Sedangkan pemerintah yang tidak adil, akan di rejam ke dalam neraka.Dalam pengalaman sejarah dunia, hanya beberapa kerat sahaja pemerintah yang adil, yakni yang layak untuk ke Syurga. Selain mereka, semuanya ke neraka.Apakah anda suka kiranya jawatan memerintah itu membukakan pintu neraka untuk anda? Tidak, bukan? Sebab itu, takutlah pada Allah kiranya anda tercalon untuk jadi pemimpin.Sebab umumnya ramai pemimpin gagal dalam tugasnya. Terlalu sedikit pemimpin yang berjaya jadi adil.
Memimpin sebenarnya kerja yang sangat berat dan sulit.Orang yang ingat Allah akan rasa tidak munasabah untuk merebut jawatan pemimpin. Kalau ada orang yang lebih baik hendak ambil jawatan pemimpin dari kita, kita sepatutnya bersyukur.Umpamanya , apakah kita mahu berebut untuk panjat pokok kelapa. Kalaulah ada orang lain boleh panjat, kita rasa lega.Demikianlah utuk menjadi pemimpin yang adil, hakikatnya jauh lebih susah dari kerja memanjat pokok kelapa.Apa pendapat anda. Salaam & Regards *Amri el Wahab* SMS 0122441105 Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com Mutiara Kata:"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu". Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.
