Cepat-cepatlah sesapa ambil Cik Zailina ni. Kalau lambat nanti diambil orang 
lain.
Semoga CikZailina mendapat suami yang soleh dan bertaqwa. Amin.




________________________________
From: "[email protected]" <[email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Thursday, October 22, 2009 5:36:40
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Mudahnya Mencari Isteri Solehah (Tips 
Khusus Buat Lelaki)

 
Assalamualaikum adik2 yg akak sayang..
Semoga semua ceria dan tabah mengharungi cabaran hidup.

Artikel kali ini, akak tujukan khusus buat adik2 lelaki akak di sini..
Adik2 lelaki yg masih bujang yg sedang tercari2 calon isteri,
jua yg telah bergelar suami tetapi masih tercari2 cara untuk menbentuk isteri 
sedia ada agar menjadi isteri solehah idaman hati.. (Tp pompuan pun leh baca 
jugak tau)..

Ada ungkapan yang mengatakan bahawa sukarnya mencari wanita solehah sama 
seperti mencari gagak putih.(Nak cari lelaki soleh pun susah juga). Ungkapan 
ini ada kebenarannya, terutama kita yang hidup di akhir zaman ini. Namun 
begitu, walau apapun cabarannya, wanita solehah tetap menjadi idaman semua 
lelaki, khususnya lelaki beriman. Malah, lelaki yang jahat sekalipun, jika 
ditanya, pasti inginkan wanita solehah sebagai pasangan hidupnya. Apa nak 
dihairankan, bukankah si pengotor juga sukakan kebersihan?

Sebelum akak kupas topik ini lebih lanjut..ada baiknya kita hayati kisah 
berikut.

CERITANYA BEGINI…

“Emmm..Sukar betul nak cari isteri yang solehah,” luah seorang pemuda ketika 
menghadiri satu seminar anjuran sebuah badan NGO.

“Macam nak cari gagak putih,” tambahnya.
“Agaknya memang dah jadi hukum dunia , yang berharga itu susah mendapatkannya,” 
katanya lagi sambil merenung saya(ni yg lemah ni),
mungkin dia memancing respon saya. Saya cuma tersenyum.
Akhirnya saya bertanya dgn selamba, “Dah kawin?”
“Belum lagi..Kenapa?” Dia membalas sambil tersenyum. (Aduh...Hensem gak mamat 
nih)..
“Belum jumpa yg solehah ke?” Saya terus mengusiknya.
“Kira-kira saya dah lewat 3 tahun ni,” katanya sambil menjeling mesra pada saya 
dan mengulangi dengan lebih tegas, “Lewat 3 tahun!”
Saya kehairanan.
“Saya dah 28 tahun. Umur ideal untuk kahwin kan 25? Saya dah terlayak 3 tahun.”
“Oh gitu.. biar terlajak usia, asal jangan tersalah pilih!” usik saya lagi.
Seronok berbual dengan pemuda ceria sepertinya.

“Nak cari yg betul-betul solehah bukan senang.”
“Kalau tak jumpa, macam mana?”
“Tulah yang saya pening ni. Adakah syarat-syarat saya ni terlalu sukar 
dipenuhi?”
“Apa syaratnya?”
“Syarat-syarat wanita solehah.. mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup 
aurat, pandai mengaji, puasa sunat…”
“Macam tu tak susahlah.. Ramai yang ada syarat-syarat macam tu,” balas saya.
“Tu yg lahiriah. Yang paling penting bertakwa,” katanya lagi.
“Macam mana pula nak ukur takwa tu?” Tanya saya.
“Tu yg pening. Takwa tu dlm hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, Saya 
nakkan juga isteri yang solehah, isteri yg bertakwa!”

“Nak tak kalau saya kongsi tips yg mudah bagaimana nak dapat isteri solehah?” 
pelawa saya.
“Adakah cara mudah? Tak percaya pula saya.”
“Tak payah susah-susah nak ukur, telek, nilai dan kaji orang lain..”
(diam jap sambil tengok muka blur dia)
“Tak payah nak teropong takwa dan iman di dada orang lain..” tambah saya.
Dia semakin hairan.
“Saya tak faham. Macam mana kita boleh memilih calon isteri tanpa menilai 
syarat-syaratnya. Itu kan panduan daripada hadis?”
“Itu satu cara. Tapi ada cara lain yg juga menggunakan prinsip yg sama.”

“Apa caranya tu?”
“Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri sendiri dulu calon suami yg soleh!” 
tegas saya.
Dia terdiam sejenak. Sebelum sempat dia bersuara, saya susuli dgn penjelasan:
“Cuba cari ciri2 suami yg soleh..Bina semua ciri tu dalam diri. Bina sahsiah 
lahiriah seorang lelaki soleh. Kemudian muhasabah pula soal hati.. ukur iman 
dan takwa diri kita”
“Nak ukur iman dan takwa kita sendiri? .. susah tu. Itu soal maknawi!”
“Tapi itu jauh lebih mudah daripada nak ukur iman dan takwa org lain..”
Dia mengangguk.

“Alhamdulillah, tersingkap 1 dimensi lain dlm usaha saya mencari isteri yg 
solehah. Tp apa jaminan cara ini lebih cepat?”
“Saya tak maksudkan lebih cepat, tetapi mungkin lebih tepat. Sebab cara ini ada 
kelebihannya. .”

“Apa kelebihannya?”
“Sebab semuanya terletak pada diri sendiri. Lebih cepat awak membina ciri2 
lelaki soleh, lebih cepatlah awak meningkatkan iman dan takwa dalam diri.. Maka 
lebih cerahlah peluang untuk mdapat isteri solehah. Semuanya atas usaha 
terhadap diri sendiri dulu.”
“Jaminan 100%?”
“Mana ada jaminan macam tu dari manusia biasa? Yakin janji Tuhan..InsyaAllah. 
Kan jodoh pertemuan di tangan Allah.” “Bukankah Allah dah beri jaminan lelaki 
mukmin untuk perempuan yg mukminah? Lelaki soleh akan bertemu jodoh dengan 
wanita solehah? InsyaAllah” “Habis sekarang ni saya terpaksalah hentikan 
pencarian wanita solehah demi berusaha menjadi lelaki soleh, gitu?”
“Tak gitu. Cuma lebihkanlah usaha mjadi lelaki soleh. Sambil itu, teruskan juga 
pcarian menjejaki isteri yg solehah..”
“Baik juga cara ini. Serampang dua mata,” katanya.

“Satu lagi.. pesan saya, berpada-padalah dgn piawaian solehah awak tu. Jgn 
terlalu tinggi, nnti tak tcapai. Cukuplah dgn tahap sederhana.”
“Maksudnya?”
“jgn tlalu ideal memilih calon isteri kerana sifat2 solehah itu sesuatu yg 
bersifat on going process. Maksudnya dibina secara berterusan. Mungkin sbelum 
kahwin tahapnya sederhana, tetapi dengan pimpinan suaminya nanti, tahap 
solehahnya boleh dpertingkatkan lagi.”
“Boleh blebih kurang lah ye?”
“Bkn begitu maksudnya. Panduan dan ajaran Islam ini mudah tetapi itu bukan 
alasan untuk dpermudah-mudahkan.”

“Apa kaitannya dgn apa yg kita bincangkan ni?”
“Begini, awak mesti ketat dalam menilai diri sendiri. Jangan ambil mudah soal 
iman dan takwa diri. Letakkan piawaian yg tinggi buat diri sendiri. Bukankah 
lelaki yg nantinya akan jd pemimpin isteri dlm rumahtangga? Sebaliknya, 
permudah dan rendahkan sedikit penilaian terhadap calon isteri, dengan 
perkiraan nanti dia boleh dbentuk lg setelah menjadi isteri..”
“Oh, saya faham..”

“Baguslah kalau begitu. Sayangnya, kebanyakan lelaki menilai sebaliknya.. Untuk 
diri sendiri dinilai dgn piawaian soleh yg rendah, tetapi utk calon isterinya 
dnilai dgn piawaian yg tinggi mlangit... Itu silap..”

“Alhamdulillah. . Saya harap jodoh saya akan tiba jua nanti.”
“Amin.. Tamatkanlah penantian solehah itu dgn mpercepatkan pbinaan soleh diri!”

(yg ni offrecord.. “Kalo cam2 awak je la jd calon isteri saya?”
Terkedu seketika.. “Pulak!”
-The end-

p/s: akak x sempat lg la nk huraikan citer ni.. InsyaAllah kita sambung kat 
Part 2.. Sementara tu, adik2 boleh komen..(Ni homework dr akak tau..)
http://zailina88. blogspot. com





      Get your new Email address!
Grab the Email name you&#39;ve always wanted before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/

Kirim email ke