YB Tuan Hj Mohamad Taufek Abd Ghani http://mohdtaufek.blogspot.com , ADUN Paroi 
, N.Sembilan yang juga merupakan AJK PAS Pusat amat prihatin dengan nasib anak 
gadis Melayu yang menjadi mangsa pujukan lelaki asing. Pada tahun 2008 YB Hj 
Taufek terlibat dalam misi menyelamatkan anak gadis berusia 12 tahun dari 
Rantau, N.Sembilan yang dilarikan ke luar negara.

********************
Kakak derita di Lombok
Harian Metro 10 Nov 09

SEREMBAN: “Kakak menyuarakan hasrat pulang ke pangkuan keluarga kerana dia 
berdepan tekanan dengan keadaan kehidupan di Lombok selain memikirkan nasib dan 
masa depan anaknya.”

Begitu kata Normah Ghani, 23, yang juga adik kepada Normaliza ketika 
menceritakan keadaan dialami kakaknya kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) 
Paroi, Mohamad Taufek Abdul Ghani, untuk mendapat bantuan.

Normaliza, 26, atau dipanggil mesra ahli keluarganya sebagai Angah dari Felda 
Palong 5 di Jempol, berada di Lombok, Indonesia hampir dua tahun lalu selepas 
mengikut teman lelakinya dan berkahwin di sana pada penghujung 2007.

Kini, dia yang mempunyai seorang anak berusia lima bulan menyatakan hasrat 
kembali ke negara ini dipercayai selepas menghadapi tekanan dengan keadaan 
kehidupan yang dilaluinya di sana.

Normah menyatakan hasrat kakaknya itu kepada Mohamad Taufek pada awal minggu 
lalu untuk mendapatkan bantuan dan kerjasama wakil rakyat berkenaan bagi 
membantu membawa kakaknya kembali ke negara ini dengan secepat mungkin.

Mohamad Taufek berkata, pihaknya sudah dihubungi ahli keluarga terbabit untuk 
meminta bantuan bagi membawa Normaliza pulang ke negara ini selepas dia 
mengikuti lelaki berkenaan ke Lombok pada hujung tahun lalu.

“Saya dimaklumkan oleh ahli keluarga berkenaan mengenai hasrat Normaliza yang 
kini mempunyai seorang anak berusia lima bulan untuk pulang ke negara ini dan 
menemui ahli keluarganya di Felda Palong 5 di Jempol.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20091110073104/Article/index_html

Rombongan Malaysia telah berjaya mencantumkan kasih antara seorang ayah Che 
Ishak dan anaknya Che Siti Nor Azreen bila kita dapat bertemu di Pusat 
Perlindungan Anak Nusa Tenggara Barat di Bandar Mataram pada jam 9:45 pagi 15 
April Lombok. Berita penuh di Blog YB Taufek 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2008/04/berita-dari-lombok-indonesia.html

Laporan dari Harian Metro di Blog PAS N.Sembilan 
http://pasns.blogspot.com/2008/04/berita-adun-paroi-dan-pj-pas-nsembilan.html

Gambar sambutan kepulangan adik Azreen di LCCT pada Blog berikut
http://nurmutiara.blogspot.com/2008/04/allah-selamatkan-adik-azreen.html




Kirim email ke