Salam bro

Apakah kenderaan berusia lebih 15 tahun majoritinya tidak selamat ? Ada 
kenderaan yang baru berusia 1 bulan pun tidak selamat. Apa ke tidaknya , 
pemilik kereta sekarang kaya-kaya tak tahu mana nak dermakan duit, sanggup 
ubahsuai kenderaan, tukar rim sport, potong spring, tambah spoiler, pasang 
cermin gelap dan macam-macam lagi. Adakah kenderaan yang baru berusia 1 bulan 
ini selamat ?

kita derma jugak bro, ubahsuai tu minat dan hobi masing-masing la. tukar sport 
rim kita pilih yang berkualiti daripada jenama terkemuka seperti Enkei dan 
bukan seperti cap ayam JRD, BRM yang senang retak bila masuk lubang. Tambah 
spoiler tu bagus bro, tak tahu ke dengan tambah spoiler, pada kelajuan tertentu 
ia akan menambah daya tujahan kebawah (downforce) dan menambahkan lagi 
kestabilan kereta. potong spring?? kitaorang tak buat, tu hanya yang duit ciput 
saja bikin itu macam, mekanik pun tak suka membuatnya kerana bahaya. pasang 
cermin gelap tu bagus tambah privacy, kita punya kereta buat apa nak sibuk2 
tayang apa di dalamnya? eropah, usa, japan semua cermin belakangnya gelap untuk 
privacy selain UV protection. satu lagi kebaikan cermin gelap, pada kenderaan 
sepeti MPV yang pada dasarnya tiada 'bonet' kalau tidak pasang cermin gelap, 
memang akan mengundang mata pencuri kalau kita letakkan apa2 barang di dalam 
tempat duduk belakang.



________________________________
From: "[email protected]" <[email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Tue, November 10, 2009 9:24:05 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Kereta tidak selamat mesti dihapuskan di 
Malaysia


Dasar otomotif negara, kejap umum periksa yang dah berusia 15 tahun, kejap 
tarik balik. Macam biskut pula, macam main yo yo pula apabila hendak 
melaksanakan apa-apa peraturan di Malaysia.

Masalah utama kemalangan jalanraya di Malaysia ini ialah sikap. Selagi tidak 
diubah sikap, buatlah apa-apa undang-undang sekali pun, tak akan selesai 
masalah di jalanraya sampai bila-bila, tahun 2020 pun tak selesai.

Baik sikap pengguna jalanraya, mahu pun sikap pihak penguatkuasa. Sama saja, 
dua kali lima kedua-duanya.

Apakah kenderaan berusia lebih 15 tahun majoritinya tidak selamat ? Ada 
kenderaan yang baru berusia 1 bulan pun tidak selamat. Apa ke tidaknya , 
pemilik kereta sekarang kaya-kaya tak tahu mana nak dermakan duit, sanggup 
ubahsuai kenderaan, tukar rim sport, potong spring, tambah spoiler, pasang 
cermin gelap dan macam-macam lagi. Adakah kenderaan yang baru berusia 1 bulan 
ini selamat ?

Sedangkan ada kereta yang berusia 30 tahun , tapi dijaga rapi oleh pemiliknya, 
semua lampu berfungsi, brek berfungsi. Sebabnya kenderaan lama , pemilik tak 
perlu risau bayar ansuran bulanan. Sedangkan pemilik kenderaan baru yang hendak 
berlagak sanggup biarkan tayar botak kerana tak mampu nak tukar tayar.

Yang penguatkuasa pula satu hal, baik polis, baik JPJ.  Menguatkuasakan 
undang-undang hanya bersungguh-sungguh bila ada operasi, bila ada sekatan 
jalanraya. Sedangkan kalau kita sendiri memandu di jalanraya banyak kesalahan 
pengguna jalan raya yang boleh kita lihat , dan andaikata kita ada kuasa mahu 
di tahan pengguna jalanraya ini. Antaranya seperti motosikal lampu tidak 
berfungsi walaupun pada malam hari, walhal motosikal baru. Kereta yang 
diubahsuai. Lori yang mengeluarkan asap hitam. Bas ekspress yang melebihi had 
laju di lebuhraya.

Kalau setakat nak periksa bunga tayar, periksa lampu brek, periksa lampu 
hadapan, cermin gelap tak perlu pergi PUSPAKOM yang menyusahkan pengguna, 
rasanya di Negeri Sembilan hanya ada sat PUSPAKOM iaitu di Senawang. Buatlah 
pemeriksaan di mana-mana. Kalau didapati kenderaan tidak selamat , berikan 
notis untuk pemeriksaan di PUSPAKOM.

Buat apa hendak menyusahkan pemilik kenderaan yang menjaga kenderaan mereka 
dengan undang-undang yang kejap buat, kejap tarik balik ?

Memang banyak kenderaan tak selamat di atas jalanraya di Malaysia ini. Tak 
perlu tunggu 15 tahun. Kalau nak lupuskan kenderaan lama, perluaskanlah lagi 
rebat pembelian kereta baru kepada semua jenis kenderaan.

Ubahlah sikap kita semua, baik pengguna mahu pun penguatkuasa.

Cuba disiplinkan diri sendiri.

“Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat 
tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa 
dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki 
jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan 
kenderaan yang buruk” . (Hadith sahih riwayat Ibn Hibban)





      

Kirim email ke