assalamualaikum w.b.t.

ANDA hanya menyemarakkan api yang menyala jika berterusan menyerang pasangan di 
saat hubungan tidak keruan.

Dalam sesebuah perhubungan, ada pasang surutnya. Bahkan pasangan yang dilihat 
begitu mesra, romantis dan saling berkasih sayang boleh berantakan hanya kerana 
salah faham atau munculnya orang ketiga.

Apabila hubungan semakin intim atau kebahagiaan mula dikecapi, jagalah hati 
pasangan. Barangkali anda lebih disenangi pasangan kerana di saat bertengkar, 
anda lebih banyak mengalah demi menyelamatkan perhubungan.

Jangan fikirkan untuk menikmati saat bahagia saja sedangkan terlupa menelah 
ribut yang tiba-tiba melanda perhubungan.

 
Sebaiknya ketika pasangan sedang menyinga, anda harus reda dan memberi ruang 
untuk berfikir sejenak jika mahukan hubungan berdua kembali seperti sebelumnya.
 
Barangkali petua berikut ini mampu menangani sebahagian besar masalah yang 
dihadapi:



Hubungan tidak terjamin lagi

Wanita tertarik dengan lelaki yang penuh karisma dan keyakinan. Andai anda 
sendiri berasa kurang yakin malah sesekali berasa cemburu dengan status kerjaya 
dan gajinya yang tinggi, pasti mereka mulai menghindari anda.

Jika ada perasaan sebegitu, sebaiknya anda kawal hati dengan sebaiknya. Tidak 
salah andai gaji mereka lebih besar daripada anda.



Suka dengan (nama wanita lain)

Jangan beritahu mereka mengenai isi hati anda ini lebih-lebih lagi jika anda 
seorang lelaki yang mudah tertarik dengan mana-mana wanita cantik.



Simpan rahsia kelemahan anda

Jika anda lelaki yang takutkan labah-labah mahupun cicak, simpan rahsia itu 
sebaiknya supaya tidak diketahui si dia. Biarkan mereka tahu rahsia anda secara 
semula jadi iaitu sepanjang berhubungan dengan anda.



Bandingkan dirinya dengan teman wanita terdahulu

Wanita tidak suka dibandingkan dengan perempuan lain terutama hal yang buruk. 
Jika anda berbuat begitu, anda sebenarnya menempah satu hubungan yang singkat.



Jangan jadi anak emak

Beberapa kali dalam sehari anda menghubungi ibu anda? Jika jawapannya kerap, 
sebaiknya kurangkan sedikit. Wanita tidak suka berasa seperti sedang berebutkan 
diri anda daripada ibunya. Jadi simpan rahsia diri sekemas-kemasnya.



Anda punyai hobi yang pelik

Anda mungkin pengumpul barangan Transformer atau jam antik tegar dan menjadi 
teruja apabila melihat telur cicak. Tetapi anda perlu sedar, apakah mereka 
dapat menerima hobi pelik anda itu?

Jangan pula berlagak baik dengan memberitahu perkara sebenar kepada mereka. 
Peluang untuk anda ditinggalkan adalah lebih tinggi sebenarnya.



"Saya tidak berkenan awak berkawan dengan... (kawan perempuannya) "

Jangan sesekali merendah-rendah atau memperlekehkan temannya. Sebaiknya 
beritahu perkara yang baik saja mengenai mereka. Anda baru saja bersama 
dengannya sedangkan teman mereka sudah mengenali teman wanita anda sejak sekian 
lama.

Siapakah yang lebih mengenali teman kekasih anda itu? Pastinya anda tidak dalam 
senarai di atas.



Anda sudah melakukan sesuatu yang memalukan sebelum ini. Anda fikir inilah masa 
yang sesuai untuk membuktikan kejujuran dengan mendedahkan perkara sebenar. 
Sebenarnya pasangan anda tetap tidak dapat menerima anda pernah menduakannya.

Walaupun wanita menyatakan mereka tidak berasa apa-apa, sebenarnya sesetengah 
mereka tebal dengan sifat dendam dan akan terus mengingati perkara itu sampai 
bila-bila. Berhati-hati apabila mahu melepaskan beban yang anda tanggung.



Anda tertarik dengan teman baiknya yang sangat seksi.

Jika anda fikir teman baiknya itu kelihatan seksi, jangan beritahu perkara 
sebenar walau dengan nada bergurau sekalipun. Tidak mungkin pasangan anda 
berasakan itu satu gurauan, malah mereka akan berasa marah dan terluka.

Dalam jangka masa panjang, kepercayaan mereka terhadap anda sedikit terhakis. 
Jangan sesekali fikir mereka kuat menghadapi kenyataan anda. Hakikatnya 
mana-mana perempuan tidak sekuat itu. Jadi jangan ambil risiko.


" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak  pula aku sanggup 
keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang  mengharap belas darimu ........Ya 
Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua 
ibubapa  kami, dosa semua umat2 islam yang masih  hidup mahupun yang telah 
meninggal dunia.


.



      
_________________________________________________________________________________________
Feel safer online. Upgrade to the new, safer Internet Explorer 8 optimized for 
Yahoo! to put your mind at peace. It's free. Get IE8 here! 
http://downloads.yahoo.com/my/internetexplorer/

Kirim email ke