assalamualaikum w.b.t.
 

 



AdDinTazkirah Remaja: Usah buka aib sesama Muslim

Bersama Mohd Zawawi Yusoh



 

Kelak Allah tutup aibnya di akhirat

DALAM satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menutup 
keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Alah akan tutup aibnya di akhirat."

 

********************************************************************


Cubakita sama-sama teliti satu kisah di zaman Nabi Musa a.s. Pada suatu ketika 
Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka berkumpul dan 
datang menemui nabi.

Mereka berkata: "Ya Kaliimallah! Berdoalah kepada Tuhanmu agar Dia menurunkan 
hujan kepada kami."

Berangkatlah Nabi Musa bersama kaumnya menuju ke padangpasir yang luas. Dengan 
jumlah yang ramai itu mereka berdoa dalam keadaan lusuh dan penuh debu, haus 
serta lapar.

Nabi Musa berdoa: "Ilaahi! Asqinaa ghaitsak...wansyur 'alaina rahmatak..."

Selepas itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin 
berkilauan. Maknanya segumpal awan pun tidak muncul jua.

Kemudian Nabi Musa berdoa lagi: "Ilaahi...asqinaa..."

Allah pun berfirman kepada Nabi Musa, maksudnya: "Bagaimana Aku akan menurunkan 
hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba di kalangan 
yang hadir berdoa bermaksiat sejak 40 tahun lalu. Umumkanlah di hadapan manusia 
agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah Aku tidak menurunkan 
hujan untuk kalian..."

Lalu Nabi Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya: "Wahai hamba yang 
bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun...keluarlah ke hadapan kami...kerana 
engkaulah hujan tidak turun..."

Seorang lelaki melirik ke kanan dan kiri. Tidak seorang pun yang keluar di 
hadapan manusia. Saat itu pula dia sedar kalau dirinyalah yang dimaksud.

Dia berkata dalam hatinya: "Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan 
terbuka rahasiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tidak akan 
turun."

Hatinya pun gundah gulana. Air matanya pun menetes, menyesali perbuatan 
maksiatnya, sambil berkata di dalam hati: "Ya Allah! Aku sudah bermaksiat 
kepada-Mu selama 40 tahun. Selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh 
sekarang aku bertaubat kepada-Mu, maka terimalah taubatku."

Tidak lama selepas pengakuan taubatnya itu, awan-awan tebal pun muncul. Semakin 
lama semakin tebal menghitam dan akhirnya turunlah hujan.

Nabi Musa kehairanan. "Ya Allah, Engkau sudah turunkan hujan kepada kami, namun 
tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia."

Allah berfirman, maksudnya: "Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab 
hamba yang kerananya hujan tidak kunjung turun.."

Nabi Musa berkata: "Ya Allah! Tunjukkan padaku hamba yang taat itu."

Allah berfirman, maksudnya: "Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia 
bermaksiat kepada-Ku. Apakah Aku membuka aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku!"

Semoga cerita ini menjadikan kita hamba yang tidak menghina dan mengaibkan 
kesalahan yang dilakukan seseorang.

Bukan itu sahaja, kita juga dilarang mendedahkan keaiban sendiri. Tetapi hal 
ini sering terjadi dalam dunia yang hangat dengan kejungkilan kisah dosa 
peribadi, kadang-kadang menjadi pelaris dan menghangatkan lagi buku dan siaran 
televisyen.

 


" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak  pula aku sanggup 
keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang  mengharap belas darimu ........Ya 
Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua 
ibubapa  kami, dosa semua umat2 islam yang masih  hidup mahupun yang telah 
meninggal dunia.


      
____________________________________________________________________________________________
Firefox 3 Faster, More Secure, Customisable and FREE.
http://my.downloads.yahoo.com/firefox/

Kirim email ke