Benarkah Lelaki Selamat Dari Azab Neraka..?
Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang menceritakan pengalaman
baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di
mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang
kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan
semasa berada di dunia.
Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki
terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah
yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak
tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.
Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan 
kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini 
berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah ‘Ashabun Nar’ (ahli neraka), 
al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut 
oleh baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam seperti golongan ‘dayus’, 
peminum arak dan anak-anak derhaka.
Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini
ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis
baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari
bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan
ini di akhirat tidak lain adalah neraka.
Siapa Golongan Dayus..?
Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada
seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa
mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga
seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak
memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.
Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang
dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk
syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup
aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.
Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj
Sayidina Ali Karamallahuwajhah berkata:
“Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah
>Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu
>kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya
>Rasulullah?”
Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:
“Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku
>melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku
>menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”
Saidina Ali Karamallahuwajhah bertanya:
“Apakah yang ayahanda lihat di sana?”

 Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:
“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak
>kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya,
>tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya
>(tekak).
>>“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat,
>tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat
>perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api
>neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya
>sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta,
>diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya
>keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta
>dan sopak.
“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi,
>badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku
>lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke
>kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya
>dengan corong api neraka.”
>
Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya:
“Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang 
dilakukan oleh perempuan itu?”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:
“Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu
>adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya.
>Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya
>untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang
>menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua
>kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa
>izin suaminya.
“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas
>ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias
>untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting
>api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing,
>bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas
>ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh
>sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti
>himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti
>anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.
Seterusnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari
>kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat
>di belakang tengkoknya.”
Abu Bakar as-Sidiq mengatakan, aku dengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi 
Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan 
kemurkaan Allah.”
Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam 
bersabda yang bermaksud:
“Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke
>dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu
>syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan
>masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat
>kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya
>seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku
>saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya, “Mengapa ya Rasulullah?”
Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:
“Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan
>ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia
>belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)
Tazkirah Jumaat: Lelaki ramai masuk neraka?
Ustaz Zainudin Hashim
Fri | Jul 24, 09 | 12:43:04 pm MYT
Kalau dilihat secara renungan makrifat,
terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman
baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di
mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang
kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan
semasa berada di dunia.
Iklan





Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada
panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan
pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh
akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.
Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran,
menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi
penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah
‘Ashabun Nar’ (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun,
az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w.
seperti golongan ‘dayus’, peminum arak dan anak-anak derhaka.
Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini
ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis
baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari
bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan
ini di akhirat tidak lain adalah neraka.
Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada
seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa
mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga
seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak
memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.
Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang
dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk
syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup
aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.
Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj
Sayidina Ali k.w. berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap
Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami
bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya
Rasulullah?”
Baginda s.a.w. menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit,
di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab
itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”
Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah
s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak
kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya,
tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya
(tekak).
“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat,
tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat
perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api
neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya
sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta,
diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya
keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta
dan sopak.
“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti
himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan
yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut
dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api
neraka.”
Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi,
beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh
perempuan itu?”
Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung
rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan
muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang
menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan
anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya
tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin
suaminya.
“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah
perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk
lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka
kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan
berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya,
disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi
tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah
ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah
perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.
Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan
menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah
jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang
tengkoknya.”
Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda
yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati
suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”
Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke
dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu
syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan
masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat
kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku lihat api neraka,
tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan
yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah
perempuan.”
Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w.
menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya,
Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum
berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)
Alhamdulillah, peristiwa ini banyak menyedarkan dan memberi
pengajaran.. Janganlah kita tergolong dalam golongan yang suka
menangguhkan ‘T A U B A T’. Kita tidak tahu, bilakah
masanya Allah Subhanahu Wata’ala akan perintahkan jantung kita untuk
berhenti bekerja, langsung anggota tubuh badan yang lain pun akur lalu
nyawa pun dicabut..?
Bila datang perintah Allah, maka sudah pasti tubuh badan kita tidak
mampu menidakkannya.. Namun.. Berapa banyakkah perintah Allah selama
ini kita nafikan..?
Mohon izin para sahabat tolong sebarkan link ini kepada kenalan lain
melalui e-mail, friendster, tagged, facebook dll dengan salin dari
tanda * hingga * untuk link ringkas.
* Israk Mikraj : Siapakah Lelaki & Wanita Ahli Neraka..?
Jemput ziarah;
http://qhazanah.wordpress.com/2009/11/05/israk-mikraj-golongan-lelaki-dan-wanita-ahli-neraka/
 *
Ayuh para sahabat, para penziarah halaman Qhazanah, jadikan mati itu
sebagai penasihat dalam sesuatu apa sekali pun agar kita senantiasa
berhati-hati dan meraih keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala..
Wallahua’lam..


      

Kirim email ke