Di Negeri Sembilan berhampiran dengan kampung kelahiran saya iaitu di Kota ada sebuah kampung bernama Kampung Penajis. Walaupun ejaannya Penajis tetapi loghat Negeri Sembilan disebut Penajeh.
Sejarah bermulanya kerajaan Negeri Sembilan ialah di Kampung Penajis dimana Raja Melewar yang berasal dari Minangkabau telah ditabalkan sebagai Yam Tuan Besar Negeri Sembilan yang pertama pada tahun 1773 oleh Datuk-Datuk Penghulu Luak di Kampung Penajis, Rembau. Begitu signifikan sekali Penajis di Negeri Sembilan ini. Tapi nama Kampung Penajis seakan-akan tenggelam. Mungkin ada pihak yang malu untuk mempromosikan nama Kampung Penajis dan kaitannya dengan pembentukan awal kerajaan Negeri Sembilan. Kenapa ianya diberi nama Penajis atau asal usul Penajis tidaklah diketahui umum. Akan tetapi menurut bahasa Sanskrit Tajeh berasal dari suku kata Taj yang bermaksud mahkota. Barangkali Penajeh bermaksud orang yang memakai mahkota atau orang yang dimahkotakan. Sehubungan dengan itu kerajaan Negeri Sembilan , pakar-pakar sejarah di Negeri Sembilan , ketua-ketua adat , Kementerian yang berkaitan haruslah mengkaji semula akan kepentingan Kampung Penajis dalam sistem pemerintahan raja berpelembagaan di negeri ini. Malah adalah lebih baik Kampung Penajis ini bukannya ditukar nama, akan tetapi ditukar ejaan ke Kampung Penajeh melambangkan tempat Yam Tuan yang pertama dimahkotakan. DAULAT TUANKU Rozmal bin Malakan Kampung Kota Pulau, Kota, Negeri Sembilan http://waghih.blogspot.com Blog Sekolah Penajis http://pssskpenajis.blogspot.com , http://skpenajis.blogspot.com Gambar Masjid Kg Penajis http://magnificentpicture.blogspot.com/2009/01/masjid-kampung-penajis.html TAJ (tahzh) Variations: Tajh, Taje, Tajeh, Tajee, Taji, Tahj Gender: M Origin: Sanskrit Meaning: "crown" Cool-sounding name reflecting the magnificence of the seventeenth-century Indian Taj Mahal. http://nameberry.com/babyname/Taj
