PROGRAM SUMBANGAN DERMA MEMBINA BANGUNAN MADRASAH Adalah dimaklumkan Madrasah Dakwah Islamiah , Pondok Sri Permai di Pasir Puteh, Kelantan dalam proses untuk membina sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi beberapa keperluan asas madrasah, iaitu tiga bilik kelas belajar, satu bilik perpustakaan, makmal komputer, pejabat dan bilik penginapan tetamu.
Kos pembinaan adalah dianggarkan sebanyak RM 300,000.00 Segala sumbangan bolehlah disampaikan kepada wakil yang dilantik atau melalui akaun madrasah iaitu No. Akaun : 03-090-02-009151-6 (BIMB). Wakil di N.Sembilan ialah Ustaz Zulkifli bin Mat Zari atau boleh menghubungi Ustaz Mohd Nazri Yusof 019-3457690 Sila ke pautan berikut untuk mendapatkan surat kebenaran kutipan derma yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan, surat dan borang derma dari Madrasah Dakwah Islamiah dan gambar-gambar sekitar Pondok Sri Permai http://waghih.blogspot.com/2009/11/bersama-kita-bangunkan-madrasah-pondok.html ***************** Madrasah Dakwah Islamiah , Pondok Sri Permai Pondok Seri Permai Seligi ini telah diasaskan pada tahun 1989M oleh Tuan Guru Abdul Hamid B. Hj. Daud. Terletak kira-kira 45 km dari Pusat Bandar Kota Bharu. Kawasannya yang dikelilingi kawasan bukit, menjadikannya tempat yang sangat sesuai untuk menuntut ilmu. Pengerusi Pentadbir Nama : Tuan Guru Abdul Hamid B. Hj. Daud Tempat lahir : Pattani Tahun lahir : 1937M Pendidikan : Pondok Dala - 10 Tahun - Haji Abdul Rahman B. Muhd. Irsyad Pondok Perigi - 5 Tahun - Haji Wan Ismail B. Haji Ibrahim Pondok Piak - 5 Tahun - Haji Husin Bin Haji Awang SISTEM PEMBELAJARAN DAN MATAPELAJARAN YANG DIAJAR Pengajian Umumi (pelajar diberi kebebasan memilih mata pelajaran yang hendak diikuti) Kitab-kitab Pondok Terdapat kira-kira 100 orang pelajar pondok dan 100 penghuni keluarga Sumber dan gambar dari http://muttaqim.blogspot.com/2009/10/ziarah-pasir-puteh-1.html Madrasah Dakwah Islamiah Pondok Seri Permai Seligi Kg Permatang Sungkai 16800 Pasir Puteh Tel 012-9528801 Ustaz Arfan Sumber Blog E Pondok http://epondok.wordpress.com/2009/11/09/telefon-perhubungan-pondok-ahli-pppb/
