|
Assalamualaikum semua,
PASTI Baitul Ikhwan, No 27 Jalan Pantun U2/31, Taman TTDI Jaya Shah Alam kini membuka pendaftaran untuk kemasukan 2010 bagi anak-anak berumur 4,5 & 6 Tahun.
Pendaftaran awal adalah amat dialu-alukan dan dapat membantu pengurusan PASTI, memandangkan tempat yang agak terhad.
Untuk pendaftaran atau maklumat lanjut, sila berhubung dengan:
1. En Yazsid (Pengurus PASTI) - 013 3696937
2. Cik Sulaiha (Guru Kanan) - 016 2157626
3. En Idlan Juhairi (AJK) - 017 2547761
SEDIKIT LATARBELAKANG PASTI
Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) ditubuhkan bermatlamat mengembalikan pemahaman masyarakat umum terhadap kepentingan pendidikan Islam dan meransang kepekaan kebangkitan Islam sejagat, selain dari melahirkan insan yang beriman, berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia. Ia juga bertindak membentuk fikrah masyarakat ke arah harakah Islamiyah dan beriltizam dengan Islam yang rata-rata masyarakat kini sedang mengalami dan menghadapi keruntuhan aqidah serta akhlak akibat dari serangan ideologi sekular dan kebendaan.
Falsafah Pendidikan Islam Pendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat.
Falsafah Pendidikan PASTI Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul dari aspek sahsiah, keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada Islam, Iman dan Ihsan.
Mengambil kira bakat dan potensi yang sedia ada, pendidikan awal PASTI berusaha mengembangkan kemahiran
kognitif, psikomotor, bahasa, sosio-emosi dan sosial selain kepelbagaian bakat serta kecerdasan yang sedia terpupuk di dalam diri tunas Islam.
Usaha-usaha PASTI menerusi pembentukan peribadi unggul ini bertujuan mempersiapkan diri mereka menjadi warga yang cintakan negara serta berpegang teguh dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian supaya diredhai Allah S.W.T. di dunia dan di akhirat.
Visi Melahirkan insan soleh di Malaysia melalui pendidikan pra-sekolah sebagai elemen terpenting.
Misi Meningkatkan mutu serta kualiti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan serta kuantiti PASTI di Malaysia bagi menjadikan PASTI pilihan utama kepada
masyarakat yang cintakan pendidikan Islam.
Kuasa Penubuhan PASTI PASTI merupakan satu aktiviti PAS yang tertakluk sepenuhnya kepada Perlembagaan PAS melalui Fasal 6(2) yang mana Perlembagaan PAS ini telah didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan. |