Hadis Sayidina Othman bin Affan r.a:
Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya: Sayidina Othman bin Affan r.a telah 
meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua 
tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan 
mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali 
dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas 
itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan 
kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali 
sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti 
membasuh kaki kanannya. Kemudian Sayidina Othman r.a berkata: Aku pernah 
melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah 
mendengar baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku 
berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata 
antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang 
telah lalu.

(Riwayat Muslim)

Kirim email ke