tu lah, saya pun tak tau nak pujuk dia macam mana.

sebenarnya saya tahu, dia fobia melihat kesengsaraan ibu dan kakaknya 
bersuamikan lelaki yang bengis dan tidak boleh ditegur. mungkin inilah yg 
membuatkan dia cukup berhati-hati dalam memilih pasangan.

soal kelemahan yg dia ada tu, saya percaya dia mmg boleh perbaiki, sebab saya 
tengok dia seorang yang baik. cumanya, dia sukar nak memahirkan kebolehannya 
memasak akibat sikap bapanya yang pasti melenting jika masakan yg dimasak tidak 
seperti yg diharapkan oleh bapanya itu. sampai satu tahap, bapanya sanggup 
mencampakkan makanan hanya semata-mata kerana cara memotong ketam tidak 
mengikut seleranya.

dia pernah cerita, dulu dia pernah masak lauk yg mana semua ahli keluarga yg 
lain cukup sukakannya. mereka memuji2 dan berkali2 tambah makanan. malangnya, 
bila bapanya mula duduk di meja makan dan mendapati ada masakannya itu terus 
dia membebel2 mengatakan tak sedap walhal tidak sedikit pun bapanya mencicip 
masakan itu. hal ini tidak saja berlaku pada dirinya, tetapi seluruh 
keluarganya.

sering kali juga, sahabat saya dan ibunya berkecil hati kerana hampir setiap 
hari bapanya akan membeli sarapan dan lauk-pauk di kedai, walhal mereka sedang 
masak di rumah. sia2 katanya.

ramai juga rakan setugas kami yg lelaki bertemu saya berbicara tentang sahabat 
saya yg satu ini. saya tahu, ramai yg tertarik dengannya. mereka kata dia 
memang cukup pakej: walaupun seorang yg kuat pelupa tetapi dia seorang yg baik, 
lemah lembut, memahami, islamic, happy, rajin, suka menolong orang, naif tetapi 
sebenarnya bijak. cuma mereka hairan kenapa sukar membuka pintu hatinya. saya 
sendiri tak pernah bagitau mereka kenapa sahabat saya begitu. saya tak mahu 
memalukannya.

sepanjang saya mengenali dia, saya tahu, dia bukanlah seorang yg tidak mahu 
berkahwin langsung. dia selalu berkata, kalau dah jumpa yang baik, jangan 
tunggu lama2, kawin jer.

adik dia pun dah kahwin. katanya, dia yg pujuk suruh cepat2 amik laki tu bila 
didapati lelaki itu seorang yg baik dan penyabar. pernah semasa perkenalan 
adiknya itu dgn suaminya (semasa praktikal), datang lelaki lain yg sudah 
bekerjaya tetap, ada rupa paras, harta benda dan nampak baik. tetapi, sungguh2 
sahabat saya ini suruh pilih temannya yang sedia ada. katanya, kita tak tahu 
sejauh mana kebaikan dan kelemahan orang yg kedua ini, tetapi kita dah 
mengenali banyak perkara baik dan kelemahan orang yg pertama.

satu soalan dr sahabat saya ini kpd adiknya yg membuatkannya tidak lagi menoleh 
ke arah orang lain ialah: "boleh terima tak segala kelemahan yg dia ada (lelaki 
pertama)? kalau dah boleh, tak usah fikirkan orang lain lagi!" dari sini, saya 
dapat menilai cara pemikiran sahabat saya itu. dia bukan mencari kesempurnaan 
semata-mata. tetapi, mungkin ada kelemahan tertentu yg sukar dia terima. yg 
saya nampak kat dia ialah dia tak boleh terima lelaki yang pemarah dan hanya 
mahukan kesempurnaan pada dirinya.

satu perkara lagi, dia ni kalau orang approach, dia mesti akan buat solat 
istikharah dulu. tapi, heran tak pernahnya positif. katanya, ada sekali tu dia 
mintak ibunya solat sunat sekali. manalah tahu, mungkin disebabkan dosa2nya, 
dia susah dapat jawapan positif. tapi, hasilnya tetap sama. ibunya juga merasa 
keberatan yang amat sangat. untuk pengetahuan korang semua, ibunya memang 
berharap sangat dia kawin cepat2.

bila mana kami berdua keluar berjalan2 dan singgah solat di masjid, saya selalu 
nampak dia akan solat sunat lama2. bila saya tanya, dia doa apa? dia hanya 
tersenyum. tp, saya rasa, saya dapat mengagaknya. mungkin korang juga begitu 
kan?

sebenarnya, dia pernah bagitau saya satu cerita yg mungkin mempengaruhi semua 
kejadian ini. dulu, pernah ada orang yg marahkannya dan menyumpahnya 'tak akan 
kawin sampai bila2' semata2 kerana dia menolak lamaran orang itu. macam mana 
sahabat saya ini tak tolak, lelaki itu sudahpun beristeri.

so, sekarang ni saya dah pening. ada idea tak, macam mane la saya nak 
nasihatkan dia nih. saya ceritakan semua ini agar memudahkan anda memahami 
dirinya. ye lah, kita kalau nak nasihat orang kena lah faham keadaan dan 
pengalaman hidup seseorang itu terlebih dahulu, kan?




--- On Thu, 11/12/09, [email protected] <[email protected]> wrote:

From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Mencari Pasangan Hidup
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Thursday, November 12, 2009, 7:49 AM







 









      cuma ada beberapa perkara yang perlu kita tahu n amik tau..
pasangan n perkahwinan tuh ibarat satu pertaruhan sbb kita tpaksa berkorban, 
mengorbankan byk perkara n menerima segala kemungkinan baik dan buruk yer, sama 
ada pada pasangan atau family atau pn org lain..
 
sbb..ujian n dugaan pasti akan datang, sama ada dr pihak pasangan atau pihak 
lain tmasuklah anak2 atau cucu2 nanti n kita x tau selama mana n sejauhmana 
kita akan berbahagia dengan pasangan tuh..
 
so, jgn lah anggap yg buruk tuh semata2 utk buruk saja, yg baik tuh akan kekal 
baik..dlm quran pn ada sebut "boleh jadi yg kita x suka tuh akan baik pd kita n 
boleh jd yg baik tu ada lah x baik utk kita...."
 
so, jgn disangka, akan terus baik utk slama yer..sesapa pn pasangan kita, pasti 
nak yg tbaik tetapi jgn kita lupa, mampukah kita mjaga yg tbaik...?
 
segala yer risiko n kemungkinan. ..cuma bagaimana kita mengharungi yer n 
menghadapi yer...sebelum, selepas n semasa....
 
pasangan kita itu hanya pinjaman n sementara, jgn sekali2 anggap pasangan itu 
adalah milik kita, ada hak org lain atas dia gak...
 
............ ......... ......... ......... ......... ......... ......... 
......... ......... ......... ......... ......... ......... .........
 


--- On Tue, 11/10/09, fari...@yahoo. com <fari...@yahoo. com> wrote:


From: fari...@yahoo. com <fari...@yahoo. com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Mencari Pasangan Hidup
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Tuesday, November 10, 2009, 12:48 PM


 



salam....
mencari teman/pasangan itu sebagai usaha,tambah pula dengan memantapkan solat 
fardhu dan diikuti dengan doa dan  solat sunat seperti hajat....... 
..sungguhpun begitu, mantapkan diri dengan memperbaiki kelemahan diri...itu sbb 
'cuma ada sdikit tambahan' yg tuan nyatakan.... ..kerana jodoh itu akan mudah 
hadir apabila kita memperkasakan diri dgn memperbaiki kelemahan yg 
ada.......allah akan memberi jodoh seseorg itu mengikut keperluan diri dan masa 
hambaNya.... ..




From: "[email protected]" <[email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Sunday, 8 November 2009 7:59:32
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Mencari Pasangan Hidup

 






salam...
 
sy rase seseorg perlu mengubah pegangan kwn awk tu... dalam hidup ini, banyak 
sangat perkara baik yg kita kene redha...hanya perlu berdoa je lah utk 
memperolehi kebaikan ...doa je yg boleh mengubah sesuatu... selepas berusaha...


 
"i dont know the time beFore u came,
but i definitely cAn recall the time wHen u arE around
and i wonder how would i Survive withoUt ur presence"
 
 
 

--- On Wed, 4/11/09, abia...@yahoo. com <abia...@yahoo. com> wrote:


From: abia...@yahoo. com <abia...@yahoo. com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Mencari Pasangan Hidup
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Wednesday, 4 November, 2009, 8:32 PM


 





Salam,

saya pun nak carikan pasangan buat sahabat saya, seorang wanita bujang berusia 
32 tahun.

ciri2 lelaki sama seperti di bawah: bujang dan bekerjaya, sebaya atau lebih tua 
2 - 3 tahun, dan beriman (berfikrah islam)

cuma ada sedikit tambahan, lelaki tu mesti seorang yang penyabar (tidak mudah 
marah2 dan bukan seorang yang kasar), dapat menerima kekurangannya iaitu 
seorang yang pelupa dan tak berapa mahir memasak (tapi tahu memasak).

dia nih susah skit nak terima pinangan orang sebab katenye takut terkene macam 
bapak dan abang ipar die. katenyer buatpe kawin kalau asyik menyakitkan hati. 
kalau jenis yang boleh bertolak ansur dan mudah dibawak berbincang, takpe la 
jugak. nih... asyik2 dapat laki yang lebih suke pompuan tunduuuuk je kat depe. 
nabi dan sahabat pun tak buat camtu kan isteri mereka.

orangnyer baik, santun, kadang kala kalut skit, mudah baik dengan orang yang 
baik dengannyer, islamic
 thinking,






--- On Thu, 10/29/09, [email protected] <[email protected]> wrote:


From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Mencari Pasangan Hidup
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Thursday, October 29, 2009, 10:46 PM


 

Assalamualaikum. ..

Saya ingin mencari pasangan hidup untuk seorang kawan wanita,butir- butir 
adalah seperti dibawah:

Status : Bujang
Umur  : 29 Tahun

Ciri suami yang dicari:
Lelaki yang dicari : Bujang dan berkerjaya(tak kisah sgt kerja apa)
Umur : Sebaya atau lebih 2 atau 3 tahun lebih tua
Beriman dan pandai menjaga hati isteri dan orang tua.

Sesiapa yang mempunyai kenalan atau berminat sila emailkan biodata anda kepada 
email saya.
Terima kasih.

ir_di...@yahoo. com





New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!



Enjoy more chat on blogs and websites
Experience it with the Online Pingbox Creation Wizard!






















      

Kirim email ke