semoga ada manfaatnya, insyaAllah.....


  *Tips berurusan dengan lelaki*

[image: 
Artikel]<http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&new_topic=2>
Oleh:
*nasya*<http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Your_Account&op=userinfo&username=nasya>

"Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips
ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki
dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan
lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga
hati...


1. Elakkan berurusan dengan lelaki  - Selagi masih boleh dan berpeluang
untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal
repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan
wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan
daripada orang lelaki.


2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium
perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil.
Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan
sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat
smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini
kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang
bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan
suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu
bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah
lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada
penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa
ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga
menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti
mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih, kan
???


3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya
merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut
sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu
berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa
“ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan
pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”


4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills
yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking
to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja.
Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan
mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.


Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata
mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah
Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi,
mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…".
Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau
susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..


Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan
isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita
nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan
nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai
cik_____, tundukkanlah pandangan.." . Isk,isk..tak layaknya..


5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang
yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat
nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat
bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak,
tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan
kerja cepat-cepat, then go.


Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara
professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita
mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari
pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya.
Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam."

Kirim email ke