*Ini kisah dari ibu teman aku.
Makcik Tia pulang ke kampung seorang diri kerana ada urusan
keluarga dengan menaiki bus. Waktu hari biasa, kebanyakkan
warga indonesia yang sama-sama menuju ke utara. Kebetulan
Makcik Tia duduk bersebelahan dengan seorang pelajar wanita
yang mahu pulang bercuti ke kampung. Apa yang Makcik ter-
perasan seorang warga indonesia yang lelaki duduk selang satu
bangku di tempat yang bertentang, asyik memerhati wanita yang
disebelah makcik Tia ( yang bernama Suraya), menurut makcik
Tia, Suraya seorang wanita yang cantik. Sekali pandang punyai
persenaliti yang menarik.

Lelaki itu kelihatan seperti resah,makcik Tia dah prejudis pada
lelaki itu, mungkin Suraya tidak perasan, kerana asyik membaca
sebuah novel dan sesekali membalas msg yang di terima. Menurut
makcik Tia memang memenatkan menaiki bus dari Shah Alam
ke utara tanah air, teresa terlalu lama. Bus berhenti di satu lokasi
untuk berehat sekejap, tetepi bukan di hentian, di satu lokasi
yang ada hanya satu restauran disitu, tempatnya agak terpencil.

Tiba-tiba lelaki itu datang mengadap Suraya,Suraya seperti ter-
pingga-pingga. Lelaki itu mananyakan pada Suraya lama lagi ke
nak sampai kat Ipoh, dan Ipoh kat mana, banyak perkara remeh
temeh yang ditanya pada Suraya. Tapi sempat makcik Tia
mencelah pada lelaki itu, ya ada apa yang boleh saya tolong
sambil memandang lelaki itu. Lelaki tu menjawab saya tanya
dia ( Suraya ). Namum Suraya cuma sempat cakap tidak tahu.
Makcik Tia cuma menyuruh lelaki itu bertanyakan pada driver sahaja.
Lantas makcik Tia mengajak Suraya turun dari bus untuk makan.

Kebetulan makcik Tia dan Suraya menuju ke lokasi yang sama.
Ini bukan apa hanya sebagai peringatan pada sesiapa sahaja
samada orang awam atau pelajar, berhati-hati samada orang yang
kita kenali, lebih-lebih lagi orang yang tidak kita kenali. Kehilangan
pelajar yang pulang ke kampung ada terjadi dan ada juga yang di-
bawa lari ke negara luar seperti Indonesia melalui jalan laut secara
haram.

Dan baru-baru ini kisah seorang pelakon bernama Bella, di bawa ke
Lombok (kalau tak silap) oleh kekasihnya daripada hidup senang
di negara sendiri, derita hidup di negara orang. Aku pun tak dapat
nak buat andaian samada terpukau atau secara sukarela.

Ini pernah terjadi pada seorang yang pernah aku kenali (Ain) telah jatuh
cinta dengan seorang lelaki dari Lombok dan akhirnya mengikut ke-
Lombok melalui jalan laut di Johor, menurut Ain terlalu sukar perjalanan,
dengan muatan penumpang yang banyak dan di beri makan nasi dan
ikan yang hanya direbus. Ain menjadi perhatian lelaki-lelaki disitu dan
ada yang cuba mencabul, namun teman lelakinya mengawal dengan
baik.

Apabila sampai di lokasi memang Ain terperanjat melihat keadaan sekitaran
yang penuh dengan hutan-hutan dan punyai bukit bukau, namun Ain menaiki
motor yang telah sedia menunggu. Ain ditempatkan yang kononnya dirumah
nenek lelaki itu. Menurut Ain tiada kemudahan asas di situ, penduduk di situ
hanya bertani.Rumah nenek itu hanya sebuah pondok yang agak usang, tapi
ada juga rumah batu yang berhampiran, yang dibuat dari rezeki hasil bekerja
di Malaysia. Memang malang nasib Ain yang sebenarnya lelaki itu telah pun
beristeri yang punyai anak satu. Seperti disambar petir bagi Ain. Menurut
Ain
dia hampir gila dan sakit selama sebulan disana, namun nenek lelaki itulah
yang membela Ain kerana cucunya telah mempermainkan Ain. Menurut Ain,
beberapa kali dia dibawa menemui dukun. Akhinya Ain pulih, rasa kasih pada
pemuda itu telah berkurangan dan dapat menerima hakikatnya. Pada mulanya
pemuda itu mahu menjadikan Ain isteri kedua, tapi isteri beliau mengugut
akan
membunuh anak mereka dan membunuh diri.

Akhirnya Ain setelah hampir dua bulan di sana selamat pulang ke tahan air,
dengan bantuan nenek dan orang-orang kampung yang simpati dengan nasib
Ain dengan menaiki flight.

p/s harap maaf kiranya ada warga disini yang berkecil hati dengan paparan
ini,
terutama warga indonesia yang berada disini, sekadar berkongsi cerita dari
apa
yang diperolehi. Kebetulan kisah Bella dipaparkan malam tadi di TV3.
*
-- 
*Jangan menampal dunia
dengan mengoyakkan akhirat.

Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...

Have a unique character like salt
its presence is not felt but its
absence makes things tasteless.

*
  <http://sig.graphicsfactory.com/>

Kirim email ke