*Dari Blog** Hembusan Amal4U* <http://hembusan-amal.blogspot.com/>
<http://1.bp.blogspot.com/_Etx5djtAdo0/SxRySXk5g6I/AAAAAAAABPA/xDrVH5GR-vs/s1600/w0002.jpg>

*"Aku mohon perlindungan Mu ya Allah daripada syaitan yang di rejam".*

*** **K*ewujudan iblis jauh lebih awal daripada kejadian manusia. Apabila
Adam dicipta, timbul keegoan iblis yang merasa dirinya lebih hebat.Kerana
itu ia enggan tunduk sujud kepada Adam.

 Ibarat kata orang tua tua"aku lebih dahulu makan garam". Begitulah
andaianya, walaupun keeangganan iblis disebabkan kejadiannya daripada api
dirasakan lebih baik daripada Adam yang dicipta daripada tanah.

 Kemarahan dan dendam kepada Adam dan anak cucunya ditunjukkan secara terang
terangan. Bahkan kepada Allah dia melahirkan azamnya untuk menyesatkan
mereka seluruhnya hingga hari kiamat.

 Kalau begitu mengapa kita manusia masih juga terjerumus kepada ajakannya?
Bukankah jalan sesat sudah ditunujukkan secara jelas? Mengapa masih terus
mengikutinya?

 Itulah manusia, kita sememangnya sering lalai dan lupa. Dan kita juga
disuruh sentiasa saling ingat mengingati.

 Sekurang kurangnya dengan mengetahui kelemahan, kegemaran dan pelbagai
perkara yang berkaitan dengan makhluk yang direjam ini, kita dapat lebih
berwaspada.



Salaam & Regards

*Amri el Wahab*

SMS 0122441105
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com

Mutiara Kata:"Kalau kita hendak menasihati orang tanya hati kita
dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada
orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita
hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk
kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".
Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan
bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita
dapat tapi bala.
Sent from Kuala Lumpur, Malaysia

Kirim email ke