*
"Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya
orang yang mengerjakan dosa, kelak akan diberi pembalasan di atas apa
yang mereka telah kerjakan." (Surah Al An'aam : 120)

Walaupun sedar bahawa sedang diperhatikan oleh Allah tetapi masih juga
kerap lakukan maksiat.

Walaupun rasa takut azab Allah tetapi tetap juga selalu buat dosa.

Masih tinggalkan solat.
Masih tidak menutup aurat dengan sempurna.
Masih bercakap bohong.
Masih hasad dengki.
Masih suka cerita keburukan orang lain.
Dan banyak lagi...

Sepatutnya apa jua yang Allah suruh kita mesti taat dan amalkan sebab
Allah adalah tuhan yang menciptakan kita.

Apabila kita tidak taat perintah Allah bermakna kita telah ikut
kehendak musuh.

"Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan kecuali orang yang
dirahmati oleh Tuhanku". (Yusuf:53)

"Patutkah kamu mengambil iblis dan keturunannya sebagai pemimpin selain
daripadaKu, sedang mereka adalah musuhmu ?" (Al-Kahf: 50)

Musuh kita adalah iblis dan nafsu.

Musuh mesti dikalahkan, bukan diikut.

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 12/04/2009 09:30:00 AM

Kirim email ke