---

Syarikat Abroad Technology Centre Sdn Bhd

Nudin Awang adalah salah seorang pemilik saham dalam syarikat Abroad technology 
Centre Sdn Bhd (Abroad). Dia merupakan salah seorang dari empat orang pemegang 
saham syarikat tersebut dan memegang 15,000 dari 50,000 saham syarikat.

Tempat perniagaan adalah di alamat 2818-D Tkt 1, Jalan Che Su, Kota Baru. 
Abroad didaftar pada tahun 1996 dan didapati mendapat kontrak membekalkan 
digital billboard disekitar Kota Baru.

Nudin berjaya memperolehi projek ini dengan bantuan dan kerjasama Pengerusi 
Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pelancongan, ADUN YB Takiyuddin 
Hassan. Takiyudin mengetahui akan hubungan rapat Nudin dengan Nik Aziz dan 
terpaksa memberi projek ini untuk dilihat baik pada pandangan Nik Aziz.

Syarikat J-Corp Sdn Bhd

Nudin juga adalah proksi kepada Nik Aziz dalam sebuah syarikat bernama J Corp 
Sdn Bhd. Syarikat pernah mendapat keluluskan dari kerajaan negeri untuk menanam 
kelapa sawit bersama Yayasan Kelantan Darul Naim untuk peruntukan tanah seluas 
22,000 ekar.

Usahasama ini dijalanakan di bawah syarikat bernama Ladang Relai Sdn Bhd tetapi 
tanah itu kemudiannya dijual kepada Tradewind Berhad.

Nudin telah memainkan peranan dalam mendapatkan kelulusan tanah 22,000 ekar 
tersebut. Walaupun kelulusan perlu melalui satu jawatankausa, tetapi keputusan 
hanya dibuat oleh Nik Aziz yang mana ahli-ahli jawatankuasa yang lain tidak 
berani membantah.

Dari jualan tanah kepada Tradewind, bahagian keuntungan untuk Nudin dipercayai 
adalah sebanyak RM2 juta.

Konsesi syarikat Great Eastern Mills Sdn Bhd

Nudin juga telah mendapat konsesi balak seluas 20,000 ekar yang diterima secara 
usahasama dengan Yayasan Islam Kelantan (Yakin), anak syarikat SEDC Kelantan.

Konsesi balak itu ialah konsesi yang telah diberi kepada syarikat Great Eastern 
Mills Sdn Bhd tetapi ditinggalkan ekoran masaalah dengan kerajaan negeri.

Nudin memgang ekuiti 85% dan SEDC memgang hanya ekuiti 15% dalam projek 
usahasama tersebut.

Lain-lain

Nudin juga tersenarai sebagai Pengarah dan Pemegang saham dalam enam buah 
syarikat berikut:


1. Zata Bahjan Sdn Bhd
2. Zinatan Sdn Bhd
3. Pelita Gagasan Sdn Bhd
4. Al Amin Properties Sdn Bhd
5. Abroad Multi Network Sdn bhd
6. An Minda Sdn Bhd

--
Muhammad Khalidi Ramli (MKR),
Chief Executive Officer,
NH ARIES SDN. BHD.(787182-W).
5 - 6, Tingkat 2, Wisma Dato’ Lope
Batu 7, Jalan Cheras
43200 Cheras
Selangor Darul Ehsan
www.kowasa.org

BLOG:
www.kelabperantaujeli.wordpress.com


      

Kirim email ke