Antara doa dan politik
Minda Dr. Maza
�
Baru-baru heboh isu seorang tokoh politik telah mendoakan agar keburukan 
menimpa pemimpin negara. Doa ini adalah tindakan balas bagi isu royalti minyak 
Kelantan. Berbagai pandangan dikeluarkan. Biasanya, penyokong parti politik 
masing-masing akan memberikan pandangan yang berpihak.
Kesemua pihak cuba membela tokoh partinya. Itulah salah satu keburukan politik 
kepartian apabila fanatik menyelimuti diri.
�
Golongan agama yang berkepentingan pun akan mengambil kesempatan mengampu pihak 
yang boleh memberi manfaat keduniaan kepada mereka.
�
Maka pandangan dan hukum agama akan diberikan berasaskan kepada keperluan 
politik, bukan tuntutan nas dan penilaian realiti yang berlaku. Sedangkan nas 
syarak itu asas, sedangkan realiti itu dinilai dalam melihat adakah wujud 
keserasian untuk dipadankan nas tertentu dengan konteksnya yang sesuai.
�
Maka perkara pertama seorang pengkaji Islam hendaklah memahami apakah 
dalil-dalil syarak dalam sesuatu perkara. Kedua, adakah dalil-dalil itu 
bertepatan dengan realiti atau konteks yang wujud. Umpamanya perkara yang 
pernah saya sebutkan dahulu tentang hukum menjawab salam bukan Muslim. Nabi SAW 
bersabda:
�
"Sesungguhnya Yahudi apabila memberi salam kepada kamu, sebenarnya dia 
menyebut: as-samu 'alaika (maut atau kemusnahan). Maka kamu jawablah wa 'alaika 
(ke atas kamu). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
�
Maka ertinya menjawab salam bukan Muslim dengan ucapan 'wa 'alaika' itu hanya 
dalam konteks di mana mereka memberi salam dengan cara dan niat yang jahat, 
bukan dalam keadaan yang apabila salam diberikan dengan sopan dan hormat.
�
Ertinya melihat nas dalam realitinya adalah penting bagi seorang sarjana dalam 
memahami sesuatu hukum.
Perbezaan keadaan boleh membawa kepada perbezaan hukum. Namun, dalam menilai 
hukum ia mestilah bertitik tolak dari dalil-dalil syarak, kemudian memahami 
dalil-dalil tersebut dalam realitinya yang sebenar.
�
Saya bukan ingin berbicara tentang doa politik tersebut, tetapi ingin berbalik 
kepada isu doa keburukan kepada sesama Muslim, boleh atau tidak?.
�
Ada yang menjawab sama sekali tidak boleh. Ada pula yang menjawab sama sekali 
boleh. Mungkin ada yang fanatik parti akan menjawab, doa untuk parti musuh 
boleh, parti sendiri tak boleh. Itu pun belum lagi kita tanya dia 'Bagaimanakah 
mengklasifikasi perkataan 'musuh' menurut Islam?!
�
Sebelum kita melihat ke dalam konteks bersaing politik dan salahguna agama 
dalam suasana politik yang ada, mungkin seseorang boleh menjadikan soalan itu 
lebih mudah dihayati dan difahami dengan bertanya; "Jika seseorang Muslim 
menzalimi saya, bolehkah saya doakan agar Allah mengambil tindakan atau 
menghukumnya di dunia?".
�
Maka di sinilah memerlukan dalil-dalil syarak dalam menetap asas ini. Kemudian, 
barulah kita akan lihat konteksnya, iaitu adakah orang yang dikatakan zalim itu 
memang benar-benar zalim?! Kemudian, adakah setimpal kadar kezaliman itu dengan 
isi doa yang dilafazkan?!
�
Dalam hidup kita ini kita mungkin akan menemui manusia yang mengaku Muslim 
tetapi sangat jahat, menganiayai dan menzalimi kita. Menipu, memfitnah dan 
menyiksa kita; boleh atau tidak kita berdoa agar Allah mengambil tindakan 
kepadanya?
�
Lebih jelas jika kita kenang wanita yang dirogol, atau diragut sehingga cacat, 
atau keluarga dibunuh, adakah mereka diizinkan Islam agar berdoakan kepada 
Allah untuk menurunkan musibah atau balasan dunia kepada orang menzalimi 
mereka?!
�
Ungkapan sesetengah tokoh agama bahawa sama sekali tidak boleh doa bala atau 
keburukan kepada Muslim sekalipun zalim adalah kurang teliti dan menafikan 
nas-nas yang mengizinkan hal ini. Sementara kenyataan yang menyebut boleh 
secara mutlak berdoa agar diturunkan bala kepada Muslim atau bukan Muslim tanpa 
meneliti kadar yang dikatakan zalim itu, atau musibah yang diminta itu akan 
menyebabkan doa menjadi permainan lidah dan berlaku perbuatan melampau dalam 
berdoa.
�
Diizinkan
�
Namun kita percaya Allah Yang Maha Bijaksana tidak akan menerima doa yang tidak 
betul atau disalahgunakan.
�
-Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ialah bekas Mufti Perlis.
�
Wassalam.
�
AFFINBANK� -� "BANKING WITHOUT BARRIERS"
�
Noorshamsudin Hj. Mohd Darus
IS Audit, Group Internal Audit
1st Floor Menara AFFINBANK
80 Jalan Raja Chulan, KL
�
Tel:� 03-27315246 (Ofis) / 012-2923403 (H/P) / 03-61040412 (Home)


      

Kirim email ke