ini lah senarai aktiviti teratas dan tersohor yg paling suka di buat oleh orang kita khususnya orang melayu. yang paling mendapat restu dari semua pehak temasuk kerajaan ialah mengintip dan mencari-cari kesalahan dan mengaibkan orang lain. golongan ini akan mengendap jiran tetangg, pantang nampak jer couple, lapor kan pehak kerajaan. tak sampai 10minit sampailah mereka ni untuk tangkap khalwat, lepas tu masok suratkhabar untuk memalukan mangsa. tak der ke keja lain yang lebih berfaedah.? selalu jugak tertangkap couple yang dah kawin atau muhrim. dah kena saman malu.......! ish ish ish..udah udah ler tu...
--- On Thu, 26/11/09, [email protected] <[email protected]> wrote: From: [email protected] <[email protected]> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Mengumpat,dengki dan sombong To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Thursday, 26 November, 2009, 3:25 AM Mengumpat adalah perbuatan yang tercemar, semua manusia ada celanya. Seperti diri kita sendiri tidak suka diumpat dibelakang. Peliharalah lidah dari membicara keaiban orang lain samada dikenali atau tidak. Juga jauhi perkara yang sebangsa dengannya iaitu menfitnah, membusukan orang lain. Jangan mengotori diri dengan perbuatan begini. Dan usalah merasa iri hati terhadap teman yang mendapat kurnia dari ALLAH yang telah dilimpahkan ALLAH terhadapnya. Tidak ada faedah terhadap diri kita, apa yang dapat hanya terasa jiwa yang resah, hati dibaluti selimut kekotoran. Merupakan lambang betapa jeleknya seseorang itu. Kenikmatan orang lain tidak akan berpindah pada kepada kita. Kedengkian itu dapat merosakkan iman, bagaikan badam merosak madu. Begitu juga dengan bersikap sombong selalu menyakiti orang yang paling dicintai iaitu diri sendiri. Firman ALLAH yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.- Al-Hujurat:12 -- Jangan menampal dunia dengan mengoyakkan akhirat. Janganlah menjadi begitu masin.. sehingga orang meludahmu.. Dan janganlah pula berlaku terlampau manis, sehingga mereka menelan dirimu begitu saja... Have a unique character like salt its presence is not felt but its absence makes things tasteless. ______________________________________________________________________________________________________________________ Get more social and better connected today. Add more friends to Yahoo! Messenger now! http://malaysia.messenger.yahoo.com/invite/
