Assalamu`alaikumwaRahmatULLAHIwaBarakatuh...
 
27 Disember, adalah 10 Muharram... RasulULLAH S.a.w. anjurkan kita berpuasa 
sunat pada 10 Muharram dan diganding dengan 9 atau 11 Muharram..., untuk 
bezakan amalan kita orang Islam dengan amalan orang Yahudi yang berpuasa sunat 
pada 10 Muharram sahaja.
 
InsyaALLAH, ALHAMDULILLAH..., sejak lamaaa dah...,  AKAD amalkan berpuasa pada 
9 Muharram dan 10 Muharram... Sebab bimbang, kalau AKAD puasa pada 10 Muharram, 
kununnya..., untuk puasa pada 11 Muharram juga...,  dibuatnya ditaqdirkan 
ALLAH, Mr. ArchAngel /Mr Archie, datang mencabut nyawa AKAD..., belum sempat 
nak puasa sunat gandingan pada 11 Muharram...,  tidakkah ituw, namanya mati 
dalam keadaan mengikut cara orang Yahudi LaknatULLAH, jika terlupa berniat 
untuk berpuasa gandingan pada 11 Muharram ituw...  AKAD tak mau..., semoga 
ALLAH jauhkan kita orang beriman kepada ALLAH dan kepada Nabi Muhammad 
Sallallahu`alaihiwasalam..., daripada mati sebagai golongan yahudi 
LaknatULLAH... Ameeen Ya ALLAH...
Namun, tak pulaklah dilarang mengerjakan puasa sunat 10 Muharram pada 10 dan 11 
Muharram... Sebabnya..., niat dalam hatiy kita..., InsyaALLAH..., ALLAH 
SubhanawaTa`ala, Tuhan Yang MAHA Haebat ituw..., dah rekodkan dalam buku 
catatan amalan soleh..., InsyaALLAH...,
 
AKAD AIJAdRS
================================================================   

--- On Tue, 12/15/09, ArifYoges <[email protected]> wrote:


From: ArifYoges <[email protected]>
Subject: Puasa Asyura 10 Muharram / 27-DEC serta 9 hari sebelumnya
To: [email protected]
Date: Tuesday, December 15, 2009, 7:41 PM






Puasa Sunat ‘Asyura

PENDAHULUAN
Allah S.W.T dengan sifat-Nya yang Maha Pemurah (al-Rahmah) lagi Maha Penyayang 
(al-Rahman) telah menetapkan sesesetengah bulan itu memiliki keutamaan yang 
lebih berbanding dengan bulan-bulan yang lain agar Dia dapat memberi ganjaran 
yang lebih kepada hamba-hamba-Nya pada kadar-kadar masa yang tertentu itu. Di 
antara bulan yang dianggap istimewa itu adalah bulan Muharram yang merupakan 
bulan yang pertama dalam kalendar hijrah dan ia juga merupakan salah satu dari 
empat bulan-bulan haram yang penuh berkat.
Firman-Nya dalam Surah At-Taubah, Ayat 36:

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, 
(yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan 
bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu 
ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam 
bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah 
kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan 
ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”
Menerusi firman-Nya “maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan 
yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya)” ia menunjukkan bahawa pada 
bulan-bulan haram yang mana Muharram adalah salah satu darinya kita dilarang 
dari melakukan perbuatan-perbuatan yang terlarang kerana dosa melakukan 
kemungkaran pada bulan-bulan ini adalah lebih buruk balasannya daripada Allah 
S.W.T. berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Namun begitu bagi mereka yang 
melakukan amal-amal yang soleh ganjaran pahalanya juga adalah lebih tinggi 
berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati 
dalam setahun maka sabda Nabi s.a.w. ini memperincikan lagi tentang nama 
bulan-bulan tersebut:
“Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan 
langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah 
bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu 
bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan 
Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya’ban.” – 
Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662
Kita telah sampai ke dalam bulan Muharram. Bulan awal yang mulia ini adalah 
bulan pertama di dalam Kalendar Hijriah. Seperti yang kita sedia kita maklum, 
di dalam bulan Muharram inilah ada hari yang telah disunatkan kepada kita untuk 
berpuasa iaitu puasa hari ‘Asyura. Malah, ada petunjuk dari Rasulullah juga 
memberi galakan untuk berpuasa pada hari kesembilan Muharram.

KELEBIHAN

Daripada Abu Hurairah Radiyallahu’anh berkata : bahawa Rasulullah 
Sallahu’alaihiwasallam bersabda : “Seafdal-afdal puasa selepas bulan Ramadhan 
ialah bulan Allah Muharram dan sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah 
solat pada malam hari”. Di dalam riwayat yang lain “Solat di sepertiga malam”
[Riwayat Muslim no.2812 dan 2813]
GALAKAN BERPUASA ‘ASYURA’
Daripada Abu Qatadah Radiyallahu’anh bahawa Rasulullah ditanya akan puasa hari 
‘Asyura. Maka sabdanya : “ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. Didalam 
riwayat yang lain “..adapun puasa pada hari ‘Asyura menghapuskan dosa tahun 
sebelumnya”.
[Riwayat Muslim no. 2803 dan 2804]
Hadith diatas jelas merupakan anjuran Rasulullah kepada umatnya agar berpuasa 
pada hari kesepuluh di dalam bulan Allah Muharram. Ini dijelaskan pada akan 
terhapusnya dosa setahun yang lalu iaitu dosa-dosa yang kecil. Majoriti ulama 
menyatakan bahawa dosa-dosa besar tidak dapat dihapuskan dosanya melainkan 
dengan bertaubat kepada Allah Ta’ala dan menegakkan hukum hudud terlebih dahulu 
bagi pesalah yang thabit didalam undang-undang Islam.
HIKMAH PUASA ‘ASYURA’
Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah, beliau 
mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa ‘’Asyura. Kemudian Rasulullah 
shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya, “Hari apa yang kamu berpuasa ini?” 
Orang-orang Yahudi tersebut menjawab, “Ini adalah hari yang sangat mulia. Ini 
adalah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Ketika itu pula 
Fir’aun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini dalam keadaan 
bersyukur, maka kami pun mengikuti beliau berpuasa pada hari ini.” Rasulullah 
shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas berkata, “Kita seharusnya lebih berhak dan 
lebih utama mengikuti Musa daripada kalian.” Lalu setelah itu Rasulullah 
shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa.
[HR. al-Bukhari no.2004 dan Muslim no. 2714]
Hadith tersebut di atas menunjukkan kepada kita betapa Rasulullah mengikut apa 
yang dilakukan oleh Nabi Musa kerana merasakan umatnya lebih berhak untuk 
meluahkan rasa kesyukuran seperti yang berlaku kepada Nabi Musa yang selamat 
dari ancaman Fir’aun.
Antara hikmahnya ialah membezakan umat Nabi Muhammad dari orang Yahudi. Ini 
kerana ada hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang menjelaskan bahawa 
orang Yahudi menjadikan hari 10 Muharram ini sebagai satu perayaan, tetapi umat 
Islam menjadikan hari ini untuk berpuasa. Ini merupakan perbezaan yang sering 
baginda lakukan dan kita akan lihat beberapa perbezaan yang Nabi anjurkan 
kepada umatnya.
DISUNATKAN PUASA PADA 9 MUHARRAM
Daripada Ibn Abbas Radiyallahu’anhuma bahawa Rasulullah ketika berpuasa pada 
hari ‘Asyura dan mengalakkan untuk berpuasa, para sahabat bertanya : “Ya 
Rasulullah, sesungguhnya hari tersebut (’Asyura) merupakan hari ini adalah hari 
yang diagung-agungkan oleh Yahudi dan Nasrani. Kemudian baginda bersabda : jika 
tiba tahun berikutnya – insyaAllah – kita akan berpuasa pula pada hari 
kesembilan”.
Ibn Abas berkata “Belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam 
sudah meninggal dunia.”
(HR. Muslim no. 2722)
Di dalam riwayat yang lain, Nabi Sallallahu’alalihiwasallam bersabda:
“jika ada kesempatan ke tahun akan datang, aku akan berpuasa pada hari 
kesembilan”.
(HR. Muslim no.2723)
Ini menunjukkan kesungguhan baginda ingin berpuasa tetapi tidak kesampaian. 
Walaubagaimanapun, para ulama bersetuju untuk menyatakan ini menunjukkan betapa 
Nabi Muhammad Sallallahua’alaihiwasallam ingin melakukan perbezaan daripada 
amalan ahli kitab. Ini juga dijelaskan oleh satu athar daripada Ibnu Abbas :
“Berpuasalah pada hari kesembilan dan kesepuluh, dan bezakanlah (dari meniru) 
Yahudi”
[HR. Al-Baihaqi no.8665]
Ini disokong dengan banyaknya hadith yang menegah kita meniru orang-orang kafir.
KESIMPULAN
Setelah dinyatakan sunat berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh, 
sebahagian ulama membahagikan martabat puasa di dalam bulan ini. Antaranya 
Syeikh Abdullah Soleh AlFauzan mengatakan puasa di dalam Muharram terdapat 
beberapa peringkat  iaitu :
Pertama : Berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharram. Ini berpandukan dari nukilan Imam 
Ahmad [AlMughni 4/441, Iqtidaus Siratul Mustaqim 1/419]
Kedua : Berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini seperti yang dijelaskan di dalam 
artikel ini.
Ketiga : Berpuasa 9 dan 10 atau 11 Muharram. Ini berpandukan dari satu athar 
yang dhoif dari Ibn Abbas.
Keempat : Hanya melaksanakan puasa 10 Muharram. Ini menjadi perselisihan para 
ulama akan makruhnya dengan hanya berpuasa pada hari 10 Muharram. Dan yang 
paling jelas, ia makruh kepada sesiapa yang mampu untuk mengumpulkan hari ke 9 
dan 10 dan tidak hanya berpuasa pada hari ke 10 sahaja.
Wallahua’lam
[Risalah Ahadith Syahrillah AlMuharram ms 13]
Muhd Arif Yoges
Design Engineer
ISSES TECHNOLOGY (M) SDN BHD
Tel: 603-6028 4188 (Hunting line)
Fax: 603-6028 4199
Mobile: +6019-388 0257
Company Email: [email protected]
Website: www.isses-tech.com


      

Kirim email ke