‘Apa salah anak saya’Oleh Omar Osman
[email protected]
SUNGAI PETANI : “Apa salah anak saya sehingga dia dibunuh. Sepanjang hidupnya,
dia tidak pernah mengganggu sesiapa pun,” kata Zaiton Said, 52, ibu Zazali
Derani, 30, yang mati dibunuh dengan mayatnya ditemui di Taman Permai Bistari,
Sungai Lalang, dekat sini, semalam.
Mayat Zazali yang juga pesakit mental ditemui dalam keadaan berlumuran darah
oleh seorang lelaki di tepi semak berhampiran kawasan perumahan itu kira-kira
jam 6.45 pagi.
Mayatnya dijumpai selepas lelaki terbabit ternampak beberapa ekor anjing
mengerumuni sesuatu sebelum mendapati ia mayat seorang lelaki.
Zaiton berkata, walaupun anaknya itu mengalami masalah mental dan beberapa kali
dimasukkan ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, tetapi dia tidak pernah
mengganggu atau menyakiti sesiapa.
“Arwah tak pernah ganggu orang pun. Yang saya tahu, dia sering berjalan seorang
diri di sekitar pekan Sungai Lalang, malah sebelum ini hampir sebulan dia tidak
keluar dan hanya berkurung dalam bilik,” katanya ketika ditemui, di sini,
semalam.
Beliau berkata, anak keduanya itu pulang ke rumah mereka di Taman Desa Aman, di
sini, kira-kira jam 1.30 pagi semalam, namun dia tidak sempat menemuinya yang
keluar semula kira-kira setengah jam kemudian.
“Dua hari lalu, dia meminta wang 30 sen daripada saya untuk membeli rokok
sedangkan sebelum ini dia tidak pernah berbuat demikian,” katanya.
Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 8.30 pagi semalam
selepas dimaklumkan penduduk mengenai penemuan mayat di kawasan perumahan itu.
Bapa mangsa, Derani Abu, 52, berkata dia terkejut bagaimana anaknya itu boleh
pergi ke Taman Permai Bistari, kira-kira dua kilometer dari rumahnya sedangkan
sebelum itu rakannya memberitahu mereka minum bersama di sebuah gerai makan di
Taman Desa Aman kira-kira jam 1 pagi sebelum anaknya itu pulang ke rumah.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan
Law Tiang Hut, berkata polis menerima satu laporan penemuan mayat yang dibuat
seorang lelaki pada jam 7.05 pagi di Balai Polis Bedong.
Katanya, sepasukan polis yang bergegas ke tempat kejadian kemudian menemui
mayat seorang lelaki terbaring dengan kesan kecederaan parah di muka termasuk
hidung dan mulut dipercayai dipukul dengan benda keras.
“Polis turut menemui sepasang selipar milik mangsa berhampiran tempat kejadian
bagaimanapun senjata yang digunakan tidak ditemui,” katanya.
CINTA IBARATKAN KUPU2 YANG BERTERBANGAN, BUKAN MUDAH TUK MEMILIKI CINTA SEJATI,
HANYA KETAQWAAN KEPADA_NYA, MAKA CINTA ITU ADALAH YANG TERINDAH
JOM SINGGAH DULU YE
PETUA KULIT CANTIK..
SMS MURAH2