Ya..sepatutnya dah lama kerajaan buat undang2 supaya kejadian sebegini
tak berulang lagi.
Pemaju sebegini sepatutnya dah dicampakkan ke dalam penjara supaya
merasai keperitan
pembeli yang ditipunya .Setakat disenarai hitam apa ci .!!!! Esok cari
nama org lain dan daftar
nama syarikat lain dan terus tipu org2 lain....
 
Tak seperti di Melaka ataupun mungkin di tempat lain..rumah taman hanya
boleh dibeli setelah
rumah tersebut siap segalanya ( termasuk sijil menduduki ), jadi
pinjaman akan diluluskan bila
butiran mengenai rumah lengkap.
Tak menyusahkan , tak sampai sebulan dah boleh pindah dan tak payah nak
pening kepala nak
bayar sewa dll. 
Nasihat tambahan kepada pembeli, Tanya dulu pihak pemaju " package "
begini..kalau tak de 
tinggalkan..kalau degil juga nak beli , jgn salahkan sesiapa kalau dah
kena tipu .
 
Wassallam
 
 
-----Original Message-----
From: [email protected] [mailto:[email protected]] On
Behalf Of Suara N9
Sent: Monday, November 30, 2009 11:33 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Pembeli Rumah Ditipu Orang Minyak
 
  
Dari Blog YB Dato Kamarul , Pengerusi PKR N.Sembilan

November 2009
PEMBELI RUMAH DITIPU 'ORANG MINYAK' 

Sekiranya ada yang sudah lupa, atau belum tahu ceritanya, biar saya
ulang. Kisah seorang wanita warga emas, Siti Hawa Abdullah, 61 tahun.
Tahun 1982, masih muda pada usia awal 30an, dia berhasrat memiliki rumah
sendiri. Dia membeli sebuah rumah di Taman Senawang Jaya (Fasa 1C),
Seremban. Ketika membayar wang pendahuluan kepada pihak pemaju, dia
membayangkan betapa bahagianya tinggal di rumah sendiri dalam tempoh 2
tahun lagi. 

Malang baginya sebab setelah menunggu penuh semangat selama 2 tahun,
rumahnya tidak siap. Dia terus menunggu, menunggu, dan menunggu.
Akhirnya beberapa bulan lalu rumah idaman itu siap juga, setelah dia
menunggu selama 27 tahun! Bayangkan dari pertengahan usia hingga
memasuki usia emas, dia menunggu selama lebih suku abad untuk mendapat
rumah. Tidakkah Siti Hawa boleh disenaraikan dalam Buku Rekod Dunia
sebagai pembeli paling lama menunggu untuk mendapatkan rumah? 

Perangkaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyebut ada 148
projek perumahan terbengkalai dilaporkan sejak tahun 1990. Berpuluh ribu
pembeli kini masih menjadi mangsa. 

Seorang pembantu pengurus di sebuah syarikat pengangkutan berjumpa saya
baru-baru ini, membawa bersamanya surat perjanjian jual beli rumah,
surat peguam, surat bank dan lain-lain dokumen. Dia membeli rumah kos
sederhana satu kawasan perumahan di pinggir KL, berharga RM150,000.
Projek tersebut sepatutnya siap dalam 3 tahun. Sampai kini dia sudah
menunggu lapan tahun, rumah impian itu baru lebih kurang 30 peratus siap
- baru nampak tiang, bumbung dan sebahagian dinding yang semuanya sudah
berlumut dimakan cuaca - itu pun dalam semak samun yang mungkin telah
menjadi tempat musang, ular sawa, kala jengking atau jin aprit,
jembalang tanah dan suku-sakatnya. 

Rumah tidak tahu bila akan siap, tetapi sejak hari pertama
menandatangani perjanjian jual beli, termasuk dengan pihak bank, dia
telah menanggung segala akibatnya. Dia terpaksa membayar balik kepada
bank RM1,350 setiap bulan. Terlewat sehari dua bank bising-bising, dan
kenakan faedah lambat bayar. Dalam waktu yang sama dia kena juga
membayar sewa rumah. Bayangkan lapan tahun membayar balik pada bank
untuk rumah yang tidak pernah diduduki. Lapan tahun juga terpaksa
tinggal di rumah orang yang sewanya naik, naik, dan terus naik. Dia
sekarang sudah separuh gila sebab dikejar bank setelah dua bulan
tertunggak. Terkini, dia menerima surat peguam dari bank untuk
mengheretnya ke mahkamah kerana kegagalan melunaskan hutang. 

Alangkah menderitanya hidup! Semuanya gara-gara pihak pemaju yang tidak
bertanggungjawab. Bagi berpuluh ribu mangsa yang menderita, apa lagi
kata-kata dan gelaran yang patut diberikan kepada pemaju berkenaan
selain penyangak, lintah darat, pembelit, kaki putar alam. Pemaju sudah
awal-awal 'sakau' duit pembeli. Ketika pembeli tercungap-cungap dikejar
bank, pemaju mudah sahaja cuci tangan dan menghilang diri. Menurut
kenyataan kementerian berkenaan sebanyak 120 kontraktor telah
disenaraihitamkan seluruh negara setakat ini atas pelbagai kesalahan,
termasuk kegagalan menyiapkan projek perumahan mengikut jadual. 

Apakah cukup sekadar 'dihitamkan'? Sedangkan sesetengah dari kontraktor
hitam itu masih terus selesa dengan rumah besar, kereta mewah, makan
angin luar negara. Ketika pembeli menderita, mungkin ada yang membunuh
diri, 'orang minyak' itu terus ketawa besar, cerut besar, perut besar.
Sedikit pun tidak rasa bersalah. 

RM200 juta juga telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2010 untuk membantu
projek rumah terbengkalai. Peruntukan dalam Belanjawan 2010 itu terlalu
kecil, dan patut ditambah bagi membantu berpuluh-puluh ribu lagi pembeli
rumah yang sesetengahnya telah menunggu dalam derita selama sepuluh
tahun. 

Apalah RM200 juta jika dibandingkan dengan skandal PKFZ yang berjumlah
berbilion-bilion ringgit itu. Menyedihkan dan menyakitkan hati kos awal
projek komersial dan perindustrian Zon Bebas Pelabuhan Klang hanya RM2.5
bilion, tiba-tiba melonjak RM4.6 bilion. 

Siapakah musibatnya? Pada ketika berpuluh ribu pembeli rumah menderita
dan mengharapkan bantuan untuk mengatasi masalah projek rumah
terbengkalai, ada pula pihak yang dengan mudah menyelewengkan duit
berbilion ringgit menerusi projek PKFZ. Ini yang orang politik kita kena
tengok! 

Artikel penuh di http://telokkemang.
<http://telokkemang.blogspot.com/2009/11/pembeli-rumah-ditipu-orang-miny
ak.html> blogspot.com/2009/11/pembeli-rumah-ditipu-orang-minyak.html 

Kirim email ke