Alhamdulillah EXPO Pendidikan Islam Negeri Sembilan telah berjalan lancar pada 
13 Disember 2009 di perkarangan Masjid Bandar Baru Senawang.

Antara aktiviti yang diadakan  ialah pertandingan mewarna kanak-kanak, 
pertandingan rubik cube, bengkel roket air, pameran pendidikan Islam, jualan 
amal dan gerai.

Pertandingan rubik cube telah menarik perhatian para pengunjung. Ianya 
merupakan acara yang julung kali diadakan. Kategori sekolah menengah dimenangi 
oleh Mohd Alif Md Yusof dengan masa 48 saat beliau telah dapat menyamakan semua 
warna rubik cube. Manakala kategori sekolah rendah dimenangi oleh Zaim Hamidi 
Roslee dengan masa 52 saat.

Laporan bergambar pada pautan berikut 
http://masjidsenawang.blogspot.com/2009/12/sekitar-expo-pendidikan-islam-nsembilan.html
 



      

Kirim email ke