SEJARAH BANGSA KITA
[email protected],

1865 Tiga Daerah dipajakkan oleh Sultan Mumin kepada Amerika dan mengelar 
JOSEPH TORRE berpangkalan di Muara Sungai Kimanis sebagai “SERI MAHARAJA”. 
British curiga. William Clark Cowie berniaga kongsi dengan Sultan Sulu di 
Sandakan.

Sejak itu, nama2 penjajah Baron Von Overbeck, Count Mengelas, Lord Redsdale, 
Alfred Dent, William Pryer, William Pretyman, William Hood dikenal orang. 
Sultan Brunei melantik Baron menjadi “Maharaja Sabah” sekaligus “Raja Gaya dan 
Sandakan” dan dianugerahi Wilayah Teluk Gaya, Sungai Sibuga termasuk Kimanis.

22 Januari 1878 Sultan Sulu menyerahkan wilayah Sungai Sibuga sehingga ke 
Sungai Pandasan kepada Baron yang kemudian bergelar “Datu Bendahara dan Raja 
Sandakan”. Ketika itu William Pryer menjadi Residen Sandakan.

Mac tahun 1885, England, Jerman merestui kedaulatan Sepanyol di Pulau Sulu. 
Gugurlah tuntutannya ke atas Borneo Utara.Tiga tahun kemudian Nov,1888-Mac,1889 
meletus PERANG PADAS DAMIT yang melibatkan Pangeran Shahbandar.

1894 tiba-tiba terjadi PUNCAK KEKACAUAN dahsyat. Inggeris berhadapan dengan 
anak Datu Balu/Orang Besar Sulu yang memerintah Sungai Sugut. Ibunya lahir di 
Sungai Inanam. Di Sungai Inanamlah anak muda itu menghabiskan masa mudanya. 
Anak muda yang dimaksudkan ialah PADUKA MAT SALEH.

HAJI OTANG memfitnah Mat Saleh dengan tuduhan membunuh peniaga Dayak. Mat Saleh 
diperintah tangkap, tetapi dapat melepaskan diri. Perahu di Raja Mat Saleh dan 
2 buah Payung Sutera dirampas. Mat Saleh secara senyap pulang semula menghimpun 
senjata dan kekuatan. Ogos 1896 Mat Saleh diisytihar sebagai “Pelanggar 
Undang-Undang”

Paduka Mat Saleh bangun dan bangkit. Bangkit dan bangun. Menguapkan bau tanah. 
Menyalalah sukmanya bagai kain seteron yang biru. Berkilat dan berkilauan. Mat 
Saleh bagaikan proton, bergolak dan bergolak. Di bawah panas matahari. Akhirnya 
Julai 1897 dengan angkatan ia bakar Pulau Gaya. Membunuh mata-mata yang 
menyerang. Menawan NEUBRONNER, tetapi KATICK sempat melarikan diri ke Papar.

Katick kerani dan tali barut Inggeris melapor semua hal. Polis berbangsa Sikh 
di Papar berlari sejauh 40 batu ke Mempakul ketemu Pemangku Residen Pantai 
Barat yang namanya HEWETT dan 12 Julai, 1897 HEWETT berkapal dan berdiri 
berwajah singa marah di Pulau Gaya.

Pulau Gaya ranap. Hangus terbakar, kecuali rumah-rumah Bajau. Hewett melihat 
orang Mengkabong membakar bangsal2 milik China yang kerugian RM100,000. Orang 
Mengkabong lari ke dalam hutan kala melihat Hewett datang garang bersenjata 
pistol dan senapang. Hewett dengan bantuan polis Sandakan menyerang kampung Mat 
Saleh di Sungai Inanam. Mat Saleh lari dan membina kubu di Ranau.

Disember 1897, satu angkatan 150 Dusun dan Dayak, diketuai oleh Residen 
Sandakan/ditemani oleh Hewett, Ormsby dan Wise bertolak ke Ranau membawa Meriam 
dan 38 butir peluru. 12 Disember, 1987 Mat Salleh dikepung, saluran air 
dipotong.

13 Disember,1897 tepat detik 6:45 pagi kala mentari mula menampakkan diri. 
Gunung gelisah resah. Bukit enggan bicara. Tidak ada nyanyian burung2 pagi. 
Langit hitam serbasalah. Tiba-tiba api menyala-nyala.Terjadi pekelahian.

Kubu ditembusi musuh.Berlakulah pertempuran luka berdarah. Darah di mana-mana. 
5 orang Inggeris termasuk JONES ketuanya terbunuh. Mat Saleh berjaya. Inggeris 
mundur, tetapi 8 Januari 1898, sekali lagi kubu Mat Saleh diserang. Peluru2 
Inggeris tanpa mata meranap sasaran. Akhirnya kubu binasa dibakar, tetapi 
Inggeris gagal menangkap Mat Saleh.

Mesyuarat yang dihadiri oleh William Clark Cowie di Sandakan memutuskan Mat 
Saleh segera diburu dan ditangkap, tetapi William membantah dan segera mengutus 
surat kepada Sultan Sulu meminta Sultan memujuk Dang Bandang agar Mat Saleh 
yang tinggal di Lowanti Ranau berbaik dengan Inggeris.

Mei 1898 diadakan mesyuarat antara William dan Mat Saleh di Sungai Menggatal. 
Mat Saleh yang bersongkok emas, berbaju dan berseluar renda-renda, memakai ikat 
pinggang diampunkan. Mat Salleh diberikuasa tinggal di lembah Tambunan. Hewett, 
Reddie, Applin, Wise, Ormsby membantah keras tindakan dan meletakkan jawatan.

Di Tambunan Mat Saleh mendirikan kubu besar dan kukuh. Mat Saleh menyebelahi 
orang Dusun di Utara Tegaas melawan Taiwan dan Sensurun. Mat Saleh memberitahu 
ia ditipu mengenai surat perjanjian di Menggatal kerana William sendiri 
mengakui lewat catatan di diarinya.

15 September 1899 London memerintah agar Mat Salleh dibunuh. 31 Disember, 1899 
Kapten Harrington membawa 140 orang angkatan polis yang bersenjatakan sebuah 
meriam besar untuk memerangi Mat Saleh. Ikut sama ketika itu ialah Fraser, 
Dunlop, Ast-kinson, Conyn-gham dan Dansey.

Inggeris menyerang kampung-kampung di sekitar kubu. Mat Saleh dan pengikut2nya 
bersikap menentang berpantang sebelum ajal tiba demi bangsa dan tanah airnya. 
Akhirnya 31 Januari, 1900 tercatat sejarah luka. Ketika Mat Saleh keluar dari 
lubang KUBU, tiba-tiba peluru Inggeris menghujani tubuh Mat Saleh. Mat Saleh 
tersungkur mati. Ketiga-tiga isterinya dan 3 orang anak2nya terselamat. Inilah 
antara kekejaman Inggeris yang tamak kuasa.

Dengan itu berakhirlah perjuangan Mat Salleh. Bermakna tamatlah kuasa 
orang-orang Bajau di Pedalaman. Tetapi Mat Sator, Kamunta, Mat Daud, Timus, 
Langkap, Gunting, Sherif Osman, Pak Musa, Sarah, Santara, Antanom terus 
berjuang. Berjuang dan berjuang.

Sejarah ini mungkin dilupakan tetapi harus dimengerti oleh anak bangsa merdeka 
yang mengebar bendera di merata. Bangsa kita diam tak mendengar derita keluh 
perit ranjau hidup Mat Saleh. Rawan, sedih, pilu duka mencuka sukma. Mat Kilau, 
Bahaman merasa bahangnya. Parameswara merintih sepanjang zaman kerana Tamasek 
di riba orang.

Sebagai karyawan seni yang menerima anugerah Negara mewah merdeka tanpa titis 
keringat dan air mata darah, maka mohon duduklah saudara-saudara dengan santai 
seketika. Wajarkan minda ke depan menghadiahkan Al-Fatihah buat mereka pejuang 
bangsa dan agama.

MARI kita merenung jauh ke dalam diri dan melihat sejarah bangsa kita yang luka 
dan kemudian apa saja yang kita lakukan selama ini untuk negara bangsa dan 
apakah akan kita biar kita menjadi pelarian dan kemudian disumpah oleh anak 
cucu cicit kita lantaran diam kerana Rasuah bermaharajalela? Inilah tugas dan 
peranan saya yang sisa sebelum ajal menjemput nantinya.fikirlah!
Dikemaskini pada hari Sabtu · Komen·SukaTidak suka

Yna James, Mott William Eloh Rasam dan Shun Oguri suka ini.

Lihat semua 50 komen
Tuliskan komen...SEJARAH BANGSA KITA

 ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
[email protected]
[email protected]
019-8400005/016-8222262
014-5555175

Kirim email ke